skip to Main Content

TUARAN- SEMPENA TAWAR MENAWAR ATAUPUN KERANA AIR SUNGAI YANG TAWAR

Menurut kata orang tua-tua, Pekan Tuaran suatu masa dulu terkenal dengan tamu minggunya. Pekan ini menjadi tumpuan orang ramai yang datang dari semua pelusuk negeri Sabah. Orang ramai datang ke pekan ini semata-mata untuk berjual beli. Ada penduduk yang datang memperdagangkan hasil pertanian mereka, dan ada juga yang datang sekadar membeli-belah.

Pekan Tuaran

Kebanyakan mereka yang datang ke Pekan Tuaran membawa hasil pertanian yang hendak dijual meggunakan sampan atau rakit. Hasil tanaman atau ternakan ini akan dijual dan kebanyakan akan ditukar dengan barang-barang lain.

Sikap tawar-menawar adalah telah menjadi kebiasaan orang-orang yang datang ke tamu Pekan Tuaran. Sempena dengan tawar menawar inilah, nama Tuaran diambil dan sehingga kini nama Tuaran masih digunakan.

Selain itu, ada juga cerita yang mengatakan bahawa asal usul nama Tuaran ini adalah diambil sempena dengan nama sebatang sungai yang airnya tawar dan terletak berhampiran dengan Pekan Tuaran. Itulah dia Sungai Tuaran yang juga merupakan antara sistem perhubungan dan pengangkutan terpenting bagi penduduk suatu masa dulu.

Demikian kunun kisah asal-usul nama Tuaran ni.

*sumber Library Sabah State Archives

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top
Search