Cerita Artis Sabah!

Tipe-X @ Malaysia (Live In Kota Kinabalu)

Tipe-X

Bebas Pusing, Salam Rindu, Pacar Yang Baik, Genit…..

Siapa yang pernah mendengar tajuk-tajuk lagu di atas, itu merupakan antara lagu-lagu sebuah kumpulan yang memperjuangkan konsep Ska dari Indonesia yang menggelarkan diri mereka sebagai Tipe-X.

Buat pertama kalinya dalam sejarah di Malaysia, Tipe-X bakal menjejakkan kaki mereka, bukan di Kuala Lumpur, tetapi di Sabah, Negeri Di Bawah Bayu pada 10 Disember 2016 ini.

tipe-x

14716209_660426817449269_4437079760568748545_n

Hiburan NST percaya setiap peminat setia Tipe-X sudah pasti berdebar-debar menantikan kehadiran band ini yang masih utuh sebagai band Ska terbaik di Indonesia.

Tipe-X dibentuk pada September tahun 1995, pada mulanya kelompok ini menggunakan nama Headmaster sebagai nama band, namun mereka akhirnya memilih nama Tipe-X bagi memudahkan peminat mereka mengingati band itu.

Album pertama Tipe-X berjudul Ska Phobia diterbitkan pada tahun 1999 dengan single ‘berhantu’ utama bertajuk Genit dan Angan yang sekaligus menaikkan nama Tipe-X di persada seni Indonesia sehingga terjual melebihi 380 Ribu unit dan turut dikenali di negara jiran, Malaysia.

Lagu-lagu seperti ‘Salam Rindu’, ‘Sakit Hati’ dan ‘Selamat Jalan’ pula menjadi kegemaran para muda-mudi sepanjang tahun 2001 sehingga tahun-tahun seterusnya selepas kejayaan Tipe-X mengeluarkan album kedua ‘Mereka Tak Pernah Mengerti’ pada tahun itu yang turut melayakkan mereka menerima Triple Platinum dan terjual melebihi 500 Ribu unit.

Meneruskan perjuangan tanpa kelibat pemain dram mereka, Hendro yang digantikan oleh Aditya Pratama, Tipe-X kembali dua tahun selepas itu (2003) dengan album ketiga berjudul ‘Super Surprise’ yang menampilkan single-single terbaik mereka ‘Karena Cemburu’, ‘Gombal’ dan ‘Pacar Yang Baik’, ternyata Tipe-X masih mempunyai aura tersendiri kerana masih mampu menjual lebih dari 150 Ribu unit dan dan dianugerahi satu platinum.

Dua tahun selepas itu, selepas fenomena kemunculan banyak band baharu dari Indonesia, Tipe-X muncul semula dengan ‘Discography Hitam Putih’ yang sekaligus menyaksikan ulang tahun ke 10 tahun kumpulan Tipe-X dan terjual lebih 120 ribu unit.

‘A Journey’ merupakan percubaan pertama Tipe-X membuat koleksi ‘The Best Of Tipe-X’ dengan menghimpunkan lagu-lagu mereka yang terkenal sekitar tahun 90-an seperti ‘Sakit Hati’, ‘Genit’ dan ‘Mawar Hitam’, termasuk ‘lagu ‘Kamu Penipu’ sebagai single utama album tersebut, dan juga berjaya terjual melebihi 120 ribu unit, dan selepas ‘A Journey’, Tipe-X mengucapkan selamat tinggal kepada Adi yang bergabung dengan Ada Band.

Pada album keenam, Tipe-X bertambah matang dari segi pemilihan lagu-lagunya yang seiring dengan perubahan aliran muzik dunia masa kini, di mana di dalam album berjudul ‘Festival Perasaan’ itu, mereka turut bertindak berani dengan membawa seorang penyanyi dari Kanada, Chelssie Baker yang berduet dengan mereka dalam bahasa Indonesia bertajuk ‘Ciuman Pertama’ selain turut memperkenalkan beberapa pemuzik jemputan.

Biarpun pada waktu itu mereka terpaksa bersaing dengan pelbagai genre muzik dan lagu pilihan yang ada dari seluruh dunia yang pengaruhnya juga sudah menular ke Indonesia, namun Tipe-X tetap berharap album tersebut dapat mengubati kerinduan para peminat terutamanya pencinta muzik Ska sekaligus meyakinkan mereka bahawa Ska itu masih wujud di Indonesia dan kumpulan yang sehingga kini masih ada ialah Tipe-X.

Selepas ‘menghilang’ beberapa lama, pada tahun 2012, Tipe-X kembali mewarnai dunia seni hiburan Indonesia dengan album ‘Seven’ yang turut bermaksud album ketujuh mereka.

Selain memperkenalkan kombinasi pelbagai jenis muzik, Tipe-X turut menemukan pengganti kepada Adi, iaitu Arie Hardjo yang merupakan mantan drummer band rock, U’Camp dan kerap muncul sebagai additional drummer mereka sejak 2007, namun selepas itu Andi Toha (saksofon) pula memilih untuk mengundur diri.

Menariknya, pelancaran album itu dirancang khusus untuk X-Friends dengan nama X-Friends Day, di mana diselitkan lagu-lagu bertajuk ‘Indonesia Juara’, ‘Akibat Kencan Buta’, ‘Pacarku Gila Online’, ‘Pesta’, ‘Happy Birthday’, ‘Senang-senang’, ‘Jangan Rasis’, ‘Cinta Jauh’, dan ‘Rivers Of Bayblon’.

Itu antara lain cerita-cerita mengenai Tipe-X yang sudah pastinya menggamit kenangan zaman sekolah, zaman kolej atau ketika anda membesar mendengar lagu-lagu mereka.

Namun dengan memiliki tiket untuk menyaksikan konsert mereka pada 10 Disember ini, siapa tahu mimpi anda akan menjadi kenyataan.

Difahamkan bahawa selain Tipe-X, turut membual penampilan istimewa pada 10 Disember nanti ialah sebuah band yang mempertaruhkan Aggresive Oi! Punk dan pernah tercalon untuk kategori ‘Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik 2004’, iaitu Roots N Boots dan sebuah band dari Sabah iaitu Gerodok yang terkenal dengan lagu ‘Bulan 8 Di Sandakan’.

Slot satu jam kepada Tipe-X dengan lingkungan 10 hingga 12 lagu-lagu yang terkandung dari album pertama hingga yang terkini rasanya sudah cukup memberi impak kepada para penyokong setia kumpulan dari Jakarta itu.

Menurut penganjur dan merupakan ‘mastermind’ program itu dari pihak Barrom Heroes Shop, dijangkakan kehadiran peminat adalah dalam sekitar 1,500 hingga 2,000 yang terdiri daripada 80 peratus peminat Tipe-X.

Lebih mengujakan, sebagai penghargaan kepada usaha mereka dan para peminat setia Tipe-X, mereka turut mengadakan jualan tiket kepada pembeli ‘early birds’ yang mana cuma berharga RM50 sekeping, sah sehingga 30 Oktober ini.

Selain itu, laman komuniti terkenal, Sabahan Dot My turut diberi penghormatan untuk menjadi media rasmi bagi keseluruhan program itu dari mula hingga akhir, di mana mereka akan turut serta dalam kebanyakan aktiviti Tipe-X di Sabah nanti.

14523053_1744176375833332_476943900048249784_n

Pengasas Sabahan Dot My, Khairilizwan Jamros yang turut membesar dengan lagu-lagu Tipe-X turut menyatakan keterujaannya kerana dapat ‘berbakti’ dalam menjayakan konsert ‘Tipe-X Comes Alive – Live In Kota Kinabalu’ itu nanti.

“Siapa sangka selama ini anda hanya melihat perkembangan Tipe-X di internet atau mendengar lagu-lagu Tipe-X dengan membeli album-album mereka, namun kini berpeluang pula menyaksikan aksi secara ‘Live’, dapat pula bersua muka dengan mereka sebagai media rasmi, memang hebat,” katanya gembira.

14732389_1744176349166668_2674162316586748699_n

Bagi yang ingin mendapatkan tiket earlybird berharga hanya RM50 (sah sehingga 30 Oktober ini) boleh menghubungi krew-krew penganjur seperti Canthay (+60135430434  – Tawau), Joey (+601131450605 – Lahad Datu), Sarax (+60128100994 – Sandakan), Keningau: Tuo – +60146583142, Kota Kinabalu: Kijan –+60 16-586 4497, Saiful – +60179639663, Wan – +60168294760, Apik – +60162645756, Mr. Rody KKMP Studio – +601119568592, Ranau : Rizo – +60165769860, Papar: Yan – +60165847006, Labuan: Hardy – +60 12-862 3670, Brunei: Pandi – +6738642410, atau Mr. Mie – +60135165254

Sumber : New Sabah Times

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend