Final PitchBorneo 2016 : Siapa Bakal Membawa Pulang Geran RM20,000?

pitchborneo1Klik untuk menonton video :

Akhirnya setelah selesai destinasi terakhir PitchBorneo 2016 di Tawau, 15 – 16 Okt 2016 yang lepas, kini tiba masanya para finalist berentap ke pentas final PitchBorneo 2016.

Pentas final ini kemungkinan besar akan diadakan di Klagan Hotel Regency,1Borneo,Kota Kinabalu pada 18 – 20 Nov 2016 ini.

pitch

Apa itu PitchBorneo?
PitchBorneo merupakan program yang dibangunkan oleh SATA dan disokong penuh oleh Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (Sabah) .

Melalui program ini, peserta – peserta PitchBorneo diberi peluang untuk membentangkan idea bisnes mereka dan 10 idea bisnes yang terbaik akan mendapat geran sebanyak RM20,000.

Program ini tidak hanya terhad kepada mereka yang telah menjalankan perniagaan sahaja tetapi juga mereka yang mempunyai idea bisnes hebat walaupun belum bermula.

Pitch Borneo
Sepanjang Sabahan Dot My mengikuti program ini sebagai media rasmi online untuk PitchBorneo 2016 ini, kami melihat banyak idea-idea bisnes menarik yang dibentangkan oleh usahawan-usahawan Sabahan. Bukan itu sahaja, semangat-semangat para usahawan muda Sabahan juga perlu dipuji dan dicontohi oleh usahawan-usahawan lain di luar sana.

Begitu juga dengan pihak SATA,yang diketuai oleh presidennya tuan Saverinus Phillip Kitingan, kita dapat lihat keseluruhan krew-krew PitchBorneo yang terlibat dalam menjayakan program ini sentiasa bekerjasama dan saling tolong menolong antara satu sama lain.

img_0559
Terdapat 6 finalist untuk 4 daerah utama sebelum ini,bermaksud ada 24 finalist yang akan ke final PitchBorneo 2016 ini.

Siapakah diantara 24 finalist yang akan membawa pulang geran RM20,000 pada final PitchBorneo 2016 ini?

Nantikan….

Warna Membantu Membina Jenama Perniagaan Anda! – Khairilizwan

colour2

Adakah anda setuju,jika saya katakan bahawa warna perniagaan anda merupakan salah satu antara perkara yang paling penting untuk perniagaan anda?

Namun,apa yang saya lihat sendiri,terdapat juga para usahawan yang mungkin memandang remeh perkara ini.Padahal,pemilihan warna yang sesuai untuk perniagaan anda adalah sangat penting sekali.

Baiklah,adakah anda dapat teka warna bagi jenama-jenama syarikat ini?

  • Warna utama bagi Facebook? _________ .
  • Warna utama bagi Air Asia? _________ .
  • Warna utama bagi Maybank? _________ .
  • Warna utama bagi Digi? _________ .

Ya! Saya pasti,anda semua pasti dapat menjawab soalan yang saya berikan di atas…Tentu anda bayangkan warna-warna bagi syarikat tersebut.

Sebagai seorang usahawan,anda harus memilih warna yang sesuai untuk perniagaan anda.

Dengan meletakkan warna khas untuk syarikat anda,pelanggan-pelanggan anda tentu sekali lebih mudah mengingati warna syarikat anda dan juga syarikat anda akan dilihat lebih professional dan mempunyai identiti yang tersendiri.

Berikut merupakan panduan pemilihan warna yang anda boleh gunakan bagi memilih warna untuk perniagaan syarikat anda.
Colours-Mean-Brands1-1024x825
color-emotion-1024x897

Saya berharap,artikel ini mampu memberikan anda sedikit panduan bagaimana cara untuk memilih warna perniagaan anda.

Jika anda tidak keberatan,anda boleh kongsikan warna perniagaan yang anda gunakan di ruangan komen 🙂

Oleh : Khairilizwan Jamros (Usahawan Internet Sabah)

 

Program Usahawan Skillpreneur (Slot Biz Online) – Khairilizwan

Alhamdulillah,selesai menjayakan slot asas bisnes online yang dikendalikan oleh saya sendiri bersama Khaiz Group selama 4 jam melalui Program Usahawan SKILLPRENEUR – Slot Bisnes Online yang diadakan di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sabah (KBS),Putatan,Sabah.

IMG_5695

Sedikit huraian ringkas mengenai yang dijalankan ini :
– Pelajar terdiri lebih kurang 30 orang dari IKBN Kinarut,Sabah.
– Hampir keseluruhan peserta yang mengikuti slot ini,masih “0” mengenai bisnes online.
– Saya ambil pendekatan,1 jam berikan sedikit penerangan mengenai bisnes online dan selebihnya membuat tugasan dalam kumpulan.
– Syukur,semua semangat dengar penerangan,walaupun pada mulanya masih “blur” mengenai bisnes online.

:: TUGASAN ::
– Dipecahkan kepada 3 kumpulan.
– Setiap kumpulan diberikan tugasan untuk membuat syarikat/kedai “dummy” mereka sendiri.
– Buat nama syarikat,logo,domain,dan macam2 lagi.
– Buat fan page untuk syarikat mereka (Tutorial cara buat fanpage melalui telefon pintar diberikan).
– Setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan kaedah promosi mereka secara online.
– Setiap kumpulan sangat TEKUN dan SERONOK menyiapkan tugasan.Kelas habis jam 4 petang,hampir jam 6 baru berenti..itu pun kena suruh berhenti eheh..
– Setiap kumpulan memberi penerangan mengenai syarikat “dummy” mereka.Macam-macam gelagat dan idea menarik yang mereka pelajari secara tidak langsung ketika membuat tugasan yang diberikan.
– Alhamdulillah,hampir kesemuanya dari mereka “faham” asas bisnes online,faham sikit-sikit pun satu permulaan yang baik.

Untuk slot Affiliate & Dropship,hanya dapat berikan sedikit pengenalan sahaja..Masa sangat tidak mengizinkan dan terhad,itupun terlajak sedikit dari jam 10 ke jam 10 lebih.

20151123074246

Insyallah,bisnes online di Sabah akan terus berkembang dari semasa ke semasa.Dan kami dari Khaiz Network akan sentiasa memberikan kemampuan yang terbaik untuk mengembangkan perniagaan ini di negeri di bawah bayu ini.

Khairilizwan Jamros
Usahawan Internet Sabah
No.Tel : 0198616716
http://khairilizwan.com