Sumarli Tampil Kelainan Bersama si Gaman

Berbeza dengan artis-artis Sabah yang lain,Sumarli mempunyai bakatnya tersendiri iaitu “bercakap tanpa menggerakkan mulut”.

Sumarli yang dibantu oleh patung kesayangannya iaitu “si Gaman”,tentu sekali menceriakan sesiapa sahaja yang mendekati mereka.

sumarli1 sumarli2 sumarli3

Pihak Sabahan Dot My berpeluang interview bro Sumarli yang juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian,lakonan dan juga kerja-kerja di belakang tabir.

Jom kita kenali bro Sumarli ūüôā
FB => https://www.facebook.com/intisar.qaie

Support Sabahan Support Sabahan Dot My

Kisah si Ateng @ Baha Tungau

Pihak Sabahan Dot My berpeluang untuk menemubual artis Sabah yang boleh dikatakan otai iaitu bro Ateng atau juga dikenali sebagai Baha Tungau.

Ateng @ Joanes Robert Johnny memulakan karya sebagai penyanyi sejak kecil lagi dan bakatnya mula ditonjolkan selepas mengikuti pertandingan menyanyi sempena pesta kaamatan dan menjadi Juara pada ketika itu.

ateng1 ateng2ateng4

Ateng yang menjadikan John Gaisah sebagai idolanya juga mempunyai bakat dalam pembikinan lagu,lirik dan mempunyai studio rakamannya sendiri iaitu Baha Tungau Studio yang terletak di Kampung Melisau, Tenghilan, Sabah. Antara lagu bro ateng yang popular ialah “Norubat Piginawaan” dan beberapa lagi .

Jum kita kenali Ateng @ Baha Tungau dengan lebih lanjut!


Pernah dengar mengenai Baha Tungau yang pernal viral dulu?
Bah tinguk ni video hehe..

LIKE => https://www.facebook.com/Baha-Tungau-880914645359029/

Selain itu,sebelum ini bro Ateng telah mencipta lagu terbarunya yang bertajuk “Lagu Si Kawan“.
Untuk menonton Muzik Video “Lagu Si Kawan” ini yang dihasilkan oleh Khaiz Production dan kerjasama bersama Ging Pisang (MrClyrie),anda boleh tonton video tersebut di bawah :


“Support Sabahan,Support Sabahan Dot My”

Tahfifah Buat Apiz PasChya Menangis

Apiz PasChya merupakan artis yang popular di negeri di bawah bayu,Sabah.Kemampuan vokal Apiz PasChya hebat dan setanding dengan artis-artis popular yang lain di seluruh Malaysia.

Bukan itu sahaja,Apiz PasChya juga mempunyai bakat dalam menghasilkan lagu dan lirik.Antara lagu-lagu beliau yang popular ialah Sesuai Bercinta,Bukan Hanya Sekali,Ingin Kamu,Tahfifah dan banyak lagi.

Pihak Sabahan Dot My berharap,Apiz PasChya akan terus maju dalam karier seni ini dan pihak kami akan sentiasa support Apiz PasChya!

FB Profile : facebook.com/Apispaschya
Fan Page : https://www.facebook.com/apizpaschyaofficial
Instagram : apizpaschya
Support Sabahan,Support Sabahan Dot My

Kim Azizd (DJ EraFM Sabah) @ Sabahan Dot My

Pihak Sabahan Dot My berpeluang untuk temubual salah seorang penyampai radio EraFM Sabah iaitu Kim Azizd. Kim Azizd bukan sahaja berbakat sebagai penyampai radio tetapi juga seorang yang sangat berbakat dalam bidang nyanyian dan juga ahli silap mata.

Bagi pihak Sabahan Dot My,Kim Azizd seorang yang mudah berkawan dan mesra walaupun baru pertama kali berjumpa dengannya.

Bah apa lagi! Jum kita saksikan video temubual Sabahan Dot My bersama Kim Azizd!

Klik Butang “PLAY“.

 

kim erafm sabah

‘Pakaian sedondon idea Akim’ – Stacy

KUALA LUMPUR: Penyanyi Stacy, 26, mendedahkan idea untuk mereka sekeluarga mengenakan baju sedondon apabila keluar bersiar-siar adalah daripada suaminya sendiri, Akim Ahmad, 25.

Sejak akhir-akhir ini, pasangan selebriti terbabit bersama anak angkat mereka, Bella, sering mencuri perhatian peminat di laman sosial Instagram dengan gaya pakaian sama. “Pastinya ramai tidak dapat menyangka idea untuk memakai baju sedondon adalah daripada Akim.

Saya sendiri tidak pernah terlintas berpakaian sedondon jika sekadar keluar bersantai. “Akim juga mempunyai sikap unik yang tidak diketahui ramai, iaitu gemar untuk keluar berjalan-jalan. Dia boleh merajuk jika permintaannya untuk beriadah tidak diendahkan saya,” katanya kepada BH Online.

Katanya, mereka berdua memang mempunyai jadual kerja seni yang padat demi masa hadapan keluarga. Keadaan itu membuatkan masing-masing ada kalanya tidak sempat untuk bersua muka. “Justeru, saya memahami usaha Akim untuk meluangkan masa bersama,” katanya. Dalam perkembangan terkini, Stacy giat mempromosikan single terbaharu berjudul Romeo, ciptaan suaminya itu.

Pada masa sama, penyanyi ini sedang mengumpul bahan untuk album penuh. “Alhamdulillah, peminat memberikan sambutan memberangsangkan terhadap lagu Romeo. Ramai juga yang tidak menyangka saya tampil dengan lagu berentak sebegini. “Malah saya sendiri keliru sama ada ia harus disertakan dengan tarian rancak atau sebaliknya. Romeo akan dimuatkan di dalam album terbaharu saya, namun belum pasti bila ia akan berada di pasaran?” kata Stacy.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/139487

Rosario, Juara Bintang RTM 2016

juaraf.transformed

KUALA LUMPUR: Peserta Sabah, Rosario Ninih Chamini Bianis, 21, muncul juara Bintang RTM 2016 menewaskan lima peserta lain dalam program yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini, malam ini. Kejayaan itu menyaksikan Rosario membawa pulang wang tunai RM20,000 dan pakej pelancongan ke Korea.

Selain itu, Rosario juga dipilih juri memenangi kategori Vokal Terbaik seterusnya membawa pulang wang tunai RM5,000. Pada peringkat akhir ini, Rosario menyampaikan lagu Run nyanyian asal Leona Lewis manakala persembahan duet dengan lagu Beribu Sesalan bersama Ernie Zakri.

Sementara itu tempat kedua dimenangi peserta dari Selangor, Nor Fazrina Mohd Gani atau Eryn, 23. Dia membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan pakej percutian ke Bali, Indonesia.

Dia juga turut membawa pulang RM5,000 untuk Persembahan Terbaik. Tempat ketiga pula membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan pakej pelancongan ke Jakarta, Indonesia dimenangi Nur Shafreeza Zainal Abidin atau Eeza, juga dari Selangor.

Sementara itu hadiah saguhati pula masing-masing dimenangi Idris Zulkifli, 19 (Perak), Muhammad Hafiz Ismail, 23 (Kelantan) dan Muhammad Adib Ibrahim, 24 (Pulau Pinang).

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/139944

Kisah Amos,Penyanyi Sumandak Kiulu

10518840_10205461959645882_6824193641562129113_n
Team Sabahan Dot My berpeluang menemubual penyanyi lagu “Sumandak Mantad Kiulu” iaitu Amos @¬†Amoster Alex Henry Inter.

Walaupun baru pertama kali berjumpa,amos seorang yang sangat mesra dan memberikan kerjasama yang terbaik kepada pihak kami.
1234750_10201802817849624_1263140956_n
1234188_10201944218344548_379894177_n

Walaupun seorang OKU,Amos sama sekali tidak menganggap ianya satu penghalang untuk menjadikan dia salah seorang atlet OKU yang berjaya mengharumkan nama negara suatu ketika dahulu.

Bah jum kita tonton video Amos @ Sabahan Dot My.

 

Rudy Zil , Penyanyi Lagu “Jahatnya Kamu”

1558462_789064271137863_3276961443109047957_n

Rudy Zil, pemuda berasal dari Tamparuli,Sabah ini popular dengan lagu ciptaannya sendiri iaitu “Jahatnya Kamu”. Rudy Zil¬†mula dikenali dan mempunyai¬†peminatnya sendiri apabila lagu-lagu ciptaannya berjaya menambat hati peminat-peminatnya melalui laman Youtube.

Sebelum ini Rudy Zil bersama pihak Khaiz Production telah berkerjasama untuk menyiapkan beberapa video klip lagunya antaranya lagu Jahatnya Kamu ,Lagu Perpisahan dan beberapa lagi muzik video yang lain pada masa akan datang.

Bah jom kita tonton cerita selanjutnya mengenai Rudy Zil.