Home Makanan SIAPA CAKAP MAKANAN “ORANG BAJAU” TIDAK SEDAP!! BELUM CUBA BELUM TAHU.

SIAPA CAKAP MAKANAN “ORANG BAJAU” TIDAK SEDAP!! BELUM CUBA BELUM TAHU.

0
SIAPA CAKAP MAKANAN “ORANG BAJAU” TIDAK SEDAP!! BELUM CUBA BELUM TAHU.

Kaum Bajau merupakan kaum bumiputra kedua terbesar di negeri Sabah. Kaum Bajau kebanyakkannya beragama Islam dan berasal dari dua kumpulan etnik yang tidak jauh bezanya iaitu Bajau di pantai Timur dan juga Bajau di pantai Barat. Mereka ini merupakan antara pelaut terkenal pada zaman dahulu sebelum kedatangan penjajah di Sabah.

Umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau berasaskan makanan laut dan makanan berasaskan ubi, serta tanaman huma yang lain. Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan secara mentah.

Antara makanan tradisional masyarakat Bajau yang kamu patut cuba  di Sabah adalah seperti :

1) Sagol Atau Senagol

Hidangan bernama sagol atau senagol ini merupakan masakan berasaskan isi ikan yang dimasak dengan kunyit. Biasanya untuk menyediakan hidangan ini, ikan yang digunakan adalah terdiri dari ikan yu, buntal, tombad, pari, kat, peteg, ulapai, banggak – banggak atau tabullung.

Sumber Photo : Google

Ikan yang digunakan perlu dicelur atau direbus separuh masak bagi memudahkan membersih lapisan kasar pada kulit ikan yu, atau duri pada ikan buntal. Ia juga memudahkan isi ikan hancur supaya mudah dicampur dengan kunyit yang telah dihiris.

Sumber Photo : Google

2) Lato’

Lato’ merupakan sejenis tumbuhan laut di Sabah dan ianya kelihatan seperti buah anggur hijau kerana bentuknya yang bulat. Namun, saiznya agak kecil berbanding buah anggur. Ia merupakan makanan wajib suku kaum Bajau Pantai Timur untuk hidangan makan tengahari atapun malam.

Sumber Photo : Google

Ia turut dikenali sebagai Caulerpa lentillifera” atau juga dikenali sebagai kaviar hijau. Lato’ sangat terkenal di Filipina dan banyak diternak di kawasan persisiran pantai Filipina dan juga di Kepulauan Okinawa, Jepun.

3)Bamban/ “Bianbam”

Bamban merupakan makanan yang dimasak menggunakan tepung panggih. Tepung ubi yang diparut lalu diperah airnya sehingga menjadi seakan – akan tepung ini dipanggil tepung panggih.

Sumber Photo : Amie’s Little Kitchen

4)Tayum “Landak Laut”

Tayum merupakan makanan tradisi sangat disukai oleh masyarakat “Bajau” yang di kenali landak laut.Ia sangat mudah ditangkap kerana pergerakannya yang perlahan.

Sumber Photo: Google

Namun, ia perlu ditangkap dengan berhati – hati kerana durinya yang tajam. Isi tayum boleh dikeluarkan dengan pelbagai cara dan berwarna sedikit kuning seakan warna kunyit. 

Sumber Photo: Google

5)Kuih Penjaram

Kuih penjaram ini sering disediakan semasa meraikan majlis – majlis kesyukuran atau kenduri di kalangan masyarakat Bajau. Rasa kuih ini sedikit manis dan lemak.

Sumber Photo : Google

Penjaram juga turut dikenali dengan nama “penyaram”. Selain masayarakat Bajau, ia juga begitu popular di kalangan orang Melayu Brunei di negara Brunei.

Sumber Photo: Google

6)Kabau Rebus “Ketam Rebus”

Kabau dikenali sebagai ketam oleh masyarakat Bajau. Hidangan ini begitu mudah untuk disediakan.

Sumber photo : google

Memandangkan negeri Sabah sangat  terkenal dengan makanan laut, maka tidak hairanlah masyarakat Bajau di Sabah banyak menjadikan hidangan makanan laut sebagai makanan tradisi mereka. Malah, kebanyakan masyarakat Bajau pula terdiri daripada nelayan yang menjadikan lautan sebagai sumber makanan mereka.

Sumber Photo : Google

7) Loho

Hidangan ini merupakan makanan masyarakat Bajau yang sangat mudah untuk disediakan. Loho adalah makanan seakan asam pedas dan sangat menyelerahkan.

Sumber Photo : Google

Biasanya loho ini dimakan bersama tompek atau putu. Namun, ianya juga boleh dimakan bersama nasi putih.

Sumber Photo: Google

Ikan segar yang sering digunakan untuk memasak hidangan ini adalah ikan batu yang dikatakan isinya agak sukar hancur jika dimasak lama. Nama lain bagi ikan batu ini adalah ikan kutambak /  atau ikan nek da’im.Sangatlah sedap jika cicah dengan lada cili api.

8)Ikan Liking

Ikan liking antara makanan yang sangat “popular” dan menjadi kegemaran masyarakat Bajau malahan menjadi santapan suku kaum lain di Sabah. Biasanya ia hanya boleh diperolehi di daerah Kota Belud sahaja.

Ikan Liking
Sumber Photo : Google

Ikan ini merupakan ikan masin yang dijeruk serta diperam bersama garam. Untuk menghasilkan ikan liking ini, biasanya ikan talang digunakan. Ikan talang tersebut perlu dibiar buruk terlebih dahulu sebelum diperap dengan garam selama satu malam atau lebih.

Sumber Photo : Google

Terdapat dua jenis ikan liking iaitu ikan yang dijerukkan bersama cili, atau ikan yang dijeruk biasa sahaja. Ikan liking ini boleh digoreng, dimasak lemak bersama buah labu kuning, masak sambal tumis pedas dan sebagainya.

KESIMPULAN

Makanan suku kaum Bajau mempunyai keunikannya dan cita rasanya yang tersendiri sehinggakan hari ini ramai masyarakat selain suku kaum mereka turut meminati makanan tradisi mereka.Sangatlah rugi kepada kamu yang tidak mencuba.

“Jangan lupa untuk kongsi artikel ini ya…kalau bukan anda siapa lagi??.hehe agar makanan tradisi ini dikenali oleh masyarakat diluar sana.”