Home Lain-lain SERAM: Patung Elsa Kembali Ke Rumah

SERAM: Patung Elsa Kembali Ke Rumah

0
SERAM: Patung Elsa Kembali Ke Rumah
Sumber : Facebook

Sebut sahaja patung berhantu,pasti ramaiyang teringat akan filem seram Chucky & Anabelle

Namun kejadian kali ini sangat pelik kerana ia menglibatkan patung kegemaran kanak-kanak iaitu patung Elsa,karakter dalam filem animasi Frozen

Ia menjadi igauan buat sebuah keluarga di Texas,Amerika Syarikat apabila patung Elsa yang dibuang sebanyak dua kali kembali semula ke rumah mereka.

Anak patung berkenaan milik anaknya, Aurelia yang diberikan sebagai hadiah sempena perayaan Krismas.
Emily Madonia berkata, ketika mula patung itu dibawa ke kediaman mereka, ia sudah menunjukkan keanehan apabila menyanyi dan bercakap dalam bahasa Sepanyol ketika ia dalam mod ‘off’ laludia mengambilkeputusan untuk membuangnya.

“Tetapi dua minggu kemudian patung tersebut kembali ke rumah saya.Dua kali terjadi dan serius kami perlukan bantuan,” ujar Emily Madonia.

Kejadian ini turut dikongsikan ke laman Facebook miliknya.