“Bermula Dengan Tiga Ekor Kambing..Kini Ada 2 Kandang Kambing Besar’,- Sably Yusin, RANAU

108

Inspirasi Usahawan Sabah – Sably Yusin

Untuk program Sabahan Dot My kali ini, kami berpeluang menemuramah salah seorang usahawan Sabah yang mempunyai banyak pengalaman mengenai perniagaan berkaitan penternakan kambing. Bermula dengan tiga ekor kambing..

Tuan Sably Yusin, merupakan pemuda yang berasal dari Ranau,Sabah telah memulakan perniagaan kambing mereka beberapa tahun yang lepas. Dan siapa sangka, dengan hanya bermula 3 ekor kambing sahaja, beliau kini telah mempunyai dua buah kandang yang besar dan beratus-ratus ekor kambing.

Tim Sabahan Dot My sebelum ini telah berpeluang untuk berkunjung ke kandang kambing beliau yang terletak di Lohan,Ranau.

Tuan Sably mengikuti kursus penternakan kambing selepas tamat belajar di UMS sekitar tahun 2010.

Selain itu juga, melalui perniagan beliau iaitu Retro Hebat, pasaran perniagaannya kini juga telah tembus bukan sahaja di dalam Malaysia tetapi juga ke negara jiran iaitu Brunei. Katanya lagi, melalui perniagaan ini juga, beliau mempunyai ramai kawan-kawan baru terutamanya dari rakan-rakan penternak yang lain.

Nasihatnya juga kepada mereka yang ingin menceburi bidang ini juga, mereka perlu mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan seperti ilmu pengurusan, ilmu penternakan kambing dan banyak lagi.

Apa yang lebih menarik, kini beliau juga telah membuka satu-satunya taman kambing yang terletak di Lohan,Ranau. Jika sebelum ini di Ranau terdapat tempat-tempat pelancongan menarik seperti Arnab Village, kini tarikan baru lagi dengan adanya Sably Goat Haven.

Kami dari tim Sabahan Dot My mendoakan semoga tuan Sably Yusin akan bertambah sukses lagi pada masa akan datang dan menjadi salah satu inspirasi kepada anak-anak muda di seluruh Sabah.

Untuk mereka yang ingin menghubungi tuan Sably atau ingin mengikuti perkembangan beliau, boleh follow terus facebook beliau https://www.facebook.com/sably.yusin .

Jangan lupa tengok video Inspirasi Usahawan Sabah – Sably Yusin.
(link video ada di atas).

Ingin mengikuti rancangan-rancangan Sabahan Dot My?
Join channel telegram kami,
t.me/sabahanmyofficial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here