Usahawan Sabahan

Tips Marketing : Promosi Mesej Yang Sama! – Khairilizwan

self-promotion2-1024x796
Promosi
merupakan komponen penting dalam sesuatu perniagaan,tanpa melakukan promosi,sudah tentu perniagaan tersebut boleh “bungkus” dalam beberapa bulan sahaja!

Tentu sekali anda tidak menginginkan ianya berlaku kepada perniagaan anda.Oleh itu,anda perlu melakukan promosi yang TEPAT tidak kira anda menggunakan kaedah pemasaran online mahupun offline.

Baiklah,melalui artikel ringkas ini,tips yang saya kongsikan adalah melakukan promosi bisnes anda menggunakan “mesej yang sama” pada iklan-iklan anda.

Kenapa perlu menggunakan promosi mesej yang sama?

Kajian menunjukkan bahawa 90% daripada apa sahaja mesej promosi akan dilupakan oleh prospek dalam masa 2 minggu yang pertama! – Irfan Khairi @ Buku Nota Jutawan Nota Perniagaan.

Ini bermaksud,bakal-bakal pelanggan anda termasuk anda sendiri kebiasaannya akan lupa mesej iklan dalam masa 2 minggu yang pertama,tambahan pula jika mesej-mesej iklan yang dipromosikan sentiasa berubah-ubah!

Jika anda tidak konsisten menggunakan mesej promosi iklan anda,prospek anda akan mudah cepat mesej iklan yang anda ingin sampaikan dan ini sudah tentu merugikan anda.

flipBlueLine

Mesej promosi yang sama seolah-olah “memukau” pelanggan-pelanggan anda.Bayangkan jika pelanggan-pelanggan anda sering melihat atau mendengar promosi iklan anda yang sama setiap hari,sudah tentu ianya akan mampu “berlegar-legar” di dalam minda mereka.

Saya akan kongsikan lagi beberapa tips ringkas mengenai marketing kepada anda.Nantikan!

Soalan : Apakah ayat iklan TV yang masih bermain di fikiran anda pada masa kini walaupun anda sudah lama tidak melihat atau mendengar iklan tersebut? Kongsikan di ruangan komen… :)

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend