Mulai 01 Januari 2020,pihak PERKESO telah melancarkan skim baru iaitu Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri khas untuk golongan yang bekerja sendiri seperti peniaga online, penulis,peniaga pasar  dan lain-lain. Dengan adanya skim ini,ia mampu membantu golongan yang berkerja sendiri sekiranya terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini.

Perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri ini telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain seperti berikut:

·         Pengangkutan Barangan dan Makanan·         Perniagaan Online
·         Pertanian·         Teknologi Maklumat
·         Penternakan·         Pemprosesan Data
·         Perhutanan·         Ejen
·         Perikanan·         Perkhidmatan Profesional
·         Makanan·         Perkhidmatan Sokongan
·         Pembuatan·         Kesenian
·         Pembinaan·         Perkhidmatan Isi Rumah
·         Penjaja·         Penjagaan Perawatan dan Pemulihan Kesihatan
·         Premis Penginapan

Individu bekerja sendiri yang mencarum di bawah skim ini akan mendapat perlindungan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi resit bayaran caruman.

PERLINDUNGAN SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI
Skim ini memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Bencana Pekerjaan Sendiri ertinya kecederaan diri pada orang berinsurans bekerja sendiri yang disebabkan oleh suatu kemalangan atau suatu penyakit pekerjaan akibat daripada dan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendirinya termasuk semasa dalam perjalanan yang berkaitan dengan aktiviti pekerjaan sendirinya.

Penyakit pekerjaan adalah penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Skim ini menyediakan faedah tunai kepada orang berinsurans bekerja sendiri dan tanggungannya di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.

KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia / permastautin tetap tanpa mengira had umur;
  • Individu yang menjalankan pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah.

DOKUMEN DIPERLUKAN

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan kad PSV / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.

PEMBAYARAN CARUMAN

  • Pembayaran caruman secara tahunan atau bulanan.
  • Kaedah pembayaran secara tunai boleh dibuat di semua pejabat PERKESO
  • Kaedah online melalui perbankan internet di https://matrix.perkeso.gov.my/. (Untuk panduan sila pilih butang ‘Bantuan’).

JADUAL PILIHAN CARUMAN

Kadar caruman berdasarkan pilihan seperti di bawah:

PelanPendapatan Bulanan Pilihan Yang DiinsuranskanBayaran Caruman BulananBayaran Caruman Setahun
1RM1,050RM13.10RM157.20
2RM1,550RM19.40RM232.80
3RM2,950RM36.90RM442.80
4RM3,950RM49.40RM592.80

FAEDAH – FAEDAH YANG DISEDIAKAN:

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
  • Faedah Pendidikan

Untuk maklumat lengkap berkaitan faedah-faedah, sila muat turun risalah berikut;

muat turun SIP

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here