Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pada 27 Sept 2018 yang lepas, Sabahan Dot My telah menghadiri pelancaran tayangan perdana filem Tangisan Akinabalu yang berlangsung di MBO Imago,Kota Kinabalu,Sabah. Filem inspirasi Gempa bumi Sabah 2015 ini mengisahkan tentang sekumpulan malim gunung yang terlibat semasa kejadian gempa bumi yang berlaku di Sabah pada tahun 2015.

Filem yang menjalani penggambaran pada September 2016 ini diterbitkan oleh sebuah syarikat tempatan Sabah iaitu New Line Film Sdn Bhd dan diarahkan oleh Dato’ Jurey Latiff Rosli. Filem yang dilakonkan oleh pelakon utama iaitu Yuri Mejal dan Phanthegerow dibantu keseluruhannya oleh pelakon dari negeri Sabah ini adalah memastikan filem ini dekat dengan penonton Sabah.

Filem ini juga menampilkan penampilan khas oleh Datuk Yusof Haslam sebagai OCPD Ranau manakala penampilan istimewa oleh Hosiani Keewon, Juara Unduk Ngadau 2018 sebagai Puteri Cinabalu. Keseluruhan penggambaran dijalankan di Kundasang,Gunung Kinabalu dan sekitar Kinabalu.

Jumlah krew yang terlibat adalah seramai 43 orang dan seramai lebih 30 orang pelakon pembantu dan lebih 300 pelakon extra terlibat menjayakan filem ini. Filem ini juga mendapat kerjasama daripada Kementerian Komunikasi Dan Multimedia, FINAS, Kementerian Pelancongan Sabah,Taman Taman Sabah, Bomba, JPAM,Kota Kinabalu Airport. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia, Yang Berhormat Tuan Mohamaddin Ketapi.

Original Sound Track single “Bisikan Cinta”.
Penyanyi : Hosiani Keewon
Komposer : Iswow Penulis
Lirik : Yusof Kelana

Show CommentsClose Comments

Leave a comment

Dapatkan Update Terkini Kami!

Dapatkan video-video menarik, info, tips dan banyak lagi di Sabahan Dot My!