Artikel & Info Sabahan

MISTERI BATU BAJAU, TAMBUNAN – NAMA SEBENAR AJAU

Batu Ajau

Keberadaan sebuah ‘batu besar’ yang terletak di Kampung Solibog,Tambunan,dimana Batu berkenaan di beri nama ‪Batu Bajau (hairan mcm mana nama itu boleh tukar pigi “Batu Bajau”), ‬sebenarnya sebagai memberi penghormatan kepada seorang penduduk yang tinggal di Kampung berkenaan satu masa dahulu yang mempunyai ketinggian dan ukuran badan yang sangat besar,dan dikatakan isterinya juga mempunyai tinggi dan besarnya lebih kurang dengan suaminya (Ajau).

AJAU

Nama sebenar orang ini adalah Lumanjau, org Dusun panggil dia dgn nama pendek “Ajau”. Nama itu tidak ada kaitan dengan bangsa Bajau. Dulu ada orang Bajau Kota Belud yg datang menuntut kawasan tugu batu itu, agak melucukan kerana batu itu ndak ada kaitan sama sekali dengan bangsa Bajau. “Ajau/Lumanjau/Lumajau” ini org Dusun asli Tambunan, cuma tubuhnya agak besar. Mereka kononnya keturunan manusia besar seperti Gombunan, Tamadon, Gambaliau, dan sebagainya.

Tiada sesiapa yang dapat memberitahu secara terperinci tentang ‘size’ sebenar Ajau, Ajau memiliki saiz badan yang sangat besar.Tapak kaki Ajau juga sangat besar sehinggakan apabila dia menyeberangi sungai ramai orang kampung yang akan mengekorinya. Ini kerana, mereka ingin mengambil ikan-ikan yang mati kena pijak Ajau. Oleh sebab itu,orang kampung mendapat faedah daripada Ajau terutamanya dari segi makanan. Apabila orang kampung hendak menangkap ikan, maka Ajau akan diminta untuk berbaring di dasar sungai Pegalan. Orang kampung akan mengumpul ikan-ikan yang mati itu pada (bekas) tempat Ajau berbaring.

Tersebutlah bahawa pada kala itu terjadi permusuhan serta perbalahan antara kampung,yang disebabkan kehadiran Ajau di kampung tersebut yang memberi kebaikan dan faedah pada orang-orang Kampung Solibog.Oleh itu, orang-orang yang berada di daerah bukit (orang Tasapang) mencuba untuk membunuh Ajau agar orang-orang Solibog tidak mendapat faedah lagi. Mereka telah berusaha untuk membunuh Ajau menggunakan penyumpit yang telah di ‘isi’ dengan racun.Namun demikian usaha yang mereka lakukan menyerang Ajau hanyalah sia-sia.

Penghormatan yang diberikan kepada Bajau bukan sahaja kerana sumbangannya dari segi penangkapan ikan tetapi juga kerana suatu peristiwa. Peristiwa Bajau mengangkat satu batu besar ke tempat di mana dia hendak dikebumikan. Ramai orang telah mencuba untuk mengangkat batu besar tersebut yang kononnya terletak di bawah ketiaknya ke suatu tempat. Sehingga ke hari ini, batu besar itu masih dapat dilihat tetapi dinamakan Batu Bajau bersempena dengan nama beliau, tetapi hakikatnya nama itu tidak ada kaitan dgn bangsa Bajau. Dulu ada org Bajau Kota Belud yg datang menuntut kawasan tugu batu itu, agak melucukan kerana batu itu tak ada kaitan sama sekali dgn bangsa Bajau.

Batu Bajau mempunyai ketinggian setinggi sepuluh kaki. Batu ini secara semulajadinya mempunyai makna tersendiri kepada orang ramai. Batu ini dikatakan dijaga atau dihuni oleh roh-roh jahat yang akan mendatangkan penyakit kepada orang-orang yang datang mengganggu. Tidak lama dahulu, roh-roh jahat ini dikatakan sangat ganas di mana orang yang melaluinya akan sakit serta-merta dan tak kurang yang menemui ajal.

Ada mitos yang menyebar di kalangan masyarakat tempatan bahawa sesiapa seja yang limpas kawasan batu ini yang memakai baju lama akan jatuh sakit. Ramai orang ramai yang masih sangat mempercayai mitos ini sehinggakan mereka sanggup memakai baju baru ketika ingin melalui kawasan tersebut dengan alasan memastikan ‘penunggu’ ataupun semangat / roh pada batu itu tidak terganggu.

Apa yang pasti setiap cerita lisan mempunyai kekurangan yang mana penceritaannya di tokok tambah demi mencantikkan jalan sesebuah cerita, namun begitu pasti terdapat pengajaran dan teladan pada setiap cerita untuk kita sama-sama renungkan dan jadikan amalan mahupun sempadan dalam kehidupan seharian.
Sesungguhnya setiap bangsa di tanah Borneo pasti memiliki cerita mitos ataupun lagenda tersendiri, oleh sebab itu kita sebagai generasi penerus sudah selayaknya berbangga mempunyai pelbagai budaya,pelbagai tradisi dan cerita yang menjadi jati diri bangsa yang membentuk keberadaan kita pada hari ini.

Sumber Arkib Negara

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend