skip to Main Content

Daftar Sekarang! 10 Idea Bisnes Terbaik, Menang RM20,000! PitchBorneo 2017!

Sudah pasti ini waktu yang ditunggu-tunggu oleh para usahawan Sabahan.
PitchBorneo 2017 kini dibuka! Adakah anda sudah bersedia?

Apa itu PitchBorneo? 
√ PitchBorneo merupakan satu pertandingan terbuka kepada usahawan baru ataupun lama bagi membentangkan idea bisnes mereka dan 10 idea yang terbaik berpeluang untuk memenangi RM20,000.00! PitchBorneo yang dahulunya dikenali sebagai Sabah Got Ideas (SIG) ini merupakan anjuran SATA bersama KPSKTM.Terhad kepada 30 peserta sahaja di setiap daerah.


Terdapat 4 daerah yang dipilih untuk program pitchborneo 2017 ini iaitu Tambunan,Kota Kinabalu,Ranau & Tawau.

Tambunan (15 – 16 Julai 2016)
Kota Kinabalu (26 – 27 Ogos 2016)
Ranau (23 – 24 Sept 2016)
Tawau (14 – 15 Okt 2016)

Penyedia Media Online (PMO) & Platform Media Rasmi (PMR) Pitchborneo 2017.

Sekali lagi pada tahun ini Pitchborneo 2017 akan bekerjasama dengan Khaiz Group sebagai PMO & Sabahan.My sebagai PMR. Syukur Alhamdulillah kerjasama ini kini masuk tahun yang kedua.

Pada tahun ini juga beberapa video highlight akan di keluarkan secara berperingkat dan followers kepada program ini boleh menontonnya nanti secara eksklusif melalui link di bawah:

sabahan.com.my/pitchborneo

Semoga apa yang bakal dikongsikan akan memberikan banyak manfaat kepada semua penonton. Kami Sata bersama rakan-rakan stratergik kami sentiasa berusaha agar dapat menjadi sebuah platform unik kepada agenda pembangunan keusahawanan di Sabah. Doakan kejayaan program ini sekali lagi pada tahun ini.

Kepada para peserta yang telah mendaftarkan diri, jumpa anda di sana nanti. Semoga berjaya..

 

Untuk Info lanjut,layari http://www.pitchborneo.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top
Search