Penyanyi Lan Solo tidak mempedulikan kata-kata neg4tif yang dilemparkan kepadanya sebaik sahaja berita mengenai perniagaannya mula disiarkan di media.

Lan ketika dihubungi Gempak berkata, apa yang penting perniagaan menjual barangan dari Sabah dan Sarawak yang diusahakan bersama isteri, Nur Sheila Hassim adalah rezeki yang halal.

“Saya abaikan sahaja cakap-cakap orang, apatah lagi yang negatif. Lagi pun saya mencari rezeki yang halal.

“Buat apa nak malu? Malu adalah satu perkara yang merugikan sebab rezeki kan perlu dikongsi. Lagi pula niat kami buka Solo Borneo Mart adalah untuk membantu orang-orang dari Sabah dan Sarawak yang menetap di sini untuk mendapatkan makanan tempatan mereka,” katanya.

Tambah Lan lagi, dia bersyukur kerana kedai runcit mereka yang terletak di Puchong Prima itu kini menerima sambutan luar biasa.

“Alhamdulillah, sambutan di luar jangkaan walaupun Solo Borneo Mart masih baby. Bermula dengan hanya lima kuantiti setiap barangan, sekarang dah bawa masuk kuantiti yang besar sebab sambutan luar biasa.

“Kami sedang berusaha untuk mengembangkan lagi bisnes ini dan sedang dalam perancangan untuk membesarkan lagi Solo Borneo Mart dan mempelbagaikan lagi barangan dari Sabah, Sarawak dan Brunei selepas ini, Insya-Allah,” katanya.

Antara yang dijual di Solo Borneo Mart ialah ikan terubuk masin, mi kolok kering, pes laksa Sarawak, buah bambangan, tuhau, amplang serta pelbagai snek dan makanan ringan.

Katanya lagi, ramai teman artis berasal dari dua negeri itu, seperti Azharina dan Adira, turut berkunjung ke kedai mereka kerana rindukan makanan kampung halaman masing-masing.

“Terima kasih buat teman-teman dan semua yang telah menyokong saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Lan terlibat dalam program terbaru terbitan Astro, My Buskers.

Selain Lan Solo, rancangan 11 episod itu akan turut menampilkan artis seperti Datuk Awie, Ameng, Azharina, Datuk Hattan, Black, Adira, Hujan, Drama Band, Ruffedge dan One Nation Emcees.

Program My Buskers bersiaran selama 60 minit sepanjang 11 buah episod dan bersiaran secara ekslusif pada setiap Khamis, jam 9 malam bermula 12 Disember (Khamis) lalu di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber  : Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here