Home Berita / Isu Semasa lebih “100,000” suntikan vaksin polio kepada kanak-kanak di Sabah.

lebih “100,000” suntikan vaksin polio kepada kanak-kanak di Sabah.

0
lebih “100,000” suntikan vaksin polio kepada kanak-kanak di Sabah.

SANDAKAN: Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata kerajaan melalui Kementerian Kesihatan akan menyediakan lebih 100,000 suntikan vaksin polio kepada kanak-kanak di Sabah.

“Setakat ini, kita telah menggunakan 10,000 suntikan vaksin berkenaan di Sabah,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kempen Imunisasi Polio Sabah (KIPs) Peringkat Daerah Sandakan di Balairaya Kampung Bahagia Batu Sapi, pagi tadi.

Beliau berkata beberapa ribu lagi vaksin polio akan datang bagi mengekang penyebaran wabak berkenaan.

“Keperluan bagi penyediaan vaksin itu mengikut jumlah keperluan yang kita perlukan di Sabah,” katanya.

Beliau mengakui keperluan sebenar bagi vaksin polio itu lebih 100,000 bagi kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah bukan sahaja kepada warga tempatan tetapi juga warga asing berikutan virus itu mula dikesan dalam kalangan mereka.

Frankie berkata 10,000 vaksin yang datang fasa pertama ini adalah yang digunakan dalam Kempen Imunisasi Polio di Tuaran, Kota Kinabalu dan Sandakan.

“Pihak Kementerian Kesihatan juga akan melaksanakan program sama di Papar dan Kinabatangan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata apabila banyak lagi vaksin polio akan datang pihaknya akan laksanakan lebih banyak program di setiap daerah di Sabah.

“Setakat ini, virus polio yang berlaku di negeri ini masih terkawal dan pelaksanaan program iminusasi akan dilaksanakan,” katanya.

Ditanya mengenai kes Influenza A (H1N1), Frankie berkata wabak H1N1 masih dipantau oleh pihaknya.

“Tiada sebarang keperluan bagi Kementerian Kesihatan untuk menutup mana-mana premis atau sekolah di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata pendidikan kesihatan mengenai penyakit H1N1 dan cara mengelak jangkitan adalah amat penting dilakukan.

“Bukannya hanya bergantung dengan vaksin semata-mata tetapi langkah pencegahan boleh dilakukan melalui penutup mulut, etika cara batuk dan sentiasa menjaga kesihatan diri setiap masa,” katanya.

Sumber : Utusan Broneo Online