Siapa yang tidak kenal dengan lagu-lagu dari kumpulan nasyid Raihan?
Anak-anak 80an-90an mesti banyak yang hafal lagu-lagu raihan ni kan, tidak kisah apapun agama. (kalau kids-kids jaman now admin tidak tau la..haha)

Raihan (digayakan sebagai RAIHAN) ialah sebuah kumpulan nasyid Malaysia yang membawa erti haruman dari syurga. Kumpulan ini ditubuhkan bersama Farihin Abdul Fatah pada tahun 1996. Anggota asal kumpulan ini ialah Azahari Ahmad (Allahyarham; 1968-2001), Nazrey Johani, Abu Bakar Mohd Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim. Kemunculan Raihan pada penghujung 90-an telah menggegarkan Malaysia dan bermulalah industri nasyid secara komersial. Lagu-lagu seperti Puji-Pujian, Iman Mutiara dan Syukur telah membawa Raihan ke mercu populariti dan mencatatkan rekod penjualan album tertinggi di Malaysia.
Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Raihan

Sekitar tahun 2005 lalu, vokalis utama RAIHAN iaitu Nazrey Johani telah meninggalkan kumpulan tersebut bagi membolehkan beliau untuk fokus kerja-kerja dakwahnya di Sabah. Beliau kini sibuk menguruskan Maahad Tahfiz Bayu Syahadah di Kampung Bitoon, Ranau, Sabah.

Baru-baru ini, lagu-lagu kumpulan Raihan telah menjadi fenomena kembali apabila lagu-lagu popular tersebut telah diberikan nafas baru dan mendapat tontonan di youtube sehingga lebih 18 juta tontonan!

Selain itu juga, Nazrey Johani juga kini aktif mendendangkan lagu-lagu RAIHAN yang sudah pasti ditunggu-tunggu oleh para peminat Raihan.

Berbalik kepada kisah Nazrey Johani keluar Raihan sebelum ini, beliau menceritakan titik-titik kisah tersebut di dalam satu video mengapa beliau tinggalkan RAIHAN.

“Yang kita sayang pasti kita tinggal, yang kita mahu sangat tidak pernah dapat”.

Katanya, pada tahun 1 Januari 2006, Nazrey Johani telah mengambil keputusan untuk membantu kerja-kerja dakwah di Sabah. Pada mulanya, Nazrey balik selama 20 hari untuk menjalankan jelajah dakwah dan pada ketika itu juga kumpulan Raihan mempunyai lebih 16 show.

Selepas hari ke-20, Nazrey telah membuat keputusan untuk keluar Raihan bagi fokus menjalankan dakwah di Sabah.

Admin doakan Nazrey Johani sentiasa dalam keadaan sihat dan diberikan rezeki yang melimpah. Semoga suatu hari nanti, admin berkesempatan bertemu dengan Nazrey (admin pun peminat Raihan ni :p )

p/s Keluar juga bahasa sabahan Nazrey Johani..ehhe..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here