Sumber : Google

Industri muzik di Sabah telah digemparkan dengan sekumpulan rapper  kelahiran anak jati sabahan iaitu K-Clique.Dimana,mereka telah mencipta record sebagai penyanyi rap dengan jumlah ahli paling ramai di Malaysia iaitu sebanyak 8 orang. Kumpulan K-Clique semakin mendapat perhatian meluas di kalangan penggemar muzik di Malaysia.

Kredit Photo : Instagram Gnello (K-Clique)

K-Clique adalah kumpulan rapper yang sangat unik.Mereka terdiri daripada 8 orang ahli iaitu Mk,Noki,Tuju,Somean,Gnello,Kdeaf,Fareed dan Nastynas.Mereka bukan sahaja  popular di Sabah malahan mendapat sambutan gempak di Semenanjung Malaysia.

Sumber : Google

K-Clique sering diperkatakan antara yang mempunyai potensi cerah untuk menerima pengaruh besar lebih besar di pasaran muzik tempatan mahupun di antarabangsa.

K-Clique merupakan artis rakaman syarikat Black Hat Records (BHC) milik penyanyi rap iaitu Alif.K-Clique telah tampil dengan single pertama bersama syarikat BHC berjudul “MIMPI“.lagu mimpi ini mendapat sambutan yang sangat gempak di seluruh Malaysia dan lagu mimpi sering dimainkan di station radio Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Baru-baru K-Clique juga tampil lagi lagu baru “Beg 2 Back” sempena pelancaran produk K-Clique Juice.Mv produk K-Clique Juice shooting di Chiang Mai,Thailand dan mendapat 8 juta view di channel youtube K-Clique.



Semoga industri muzik Sabah semakin berkembang meluas dan banyak melahirkan generasi muzik tempatan di Sabah. Orang bilang “Kita-kita juga baini” siapa lagi yang boleh menaikkan industri muzik di Sabah kalau bukan kita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here