Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Bagi mereka yang ingin bercuti di Kundasang ataupun Ranau, rasanya tidak lengkap jika anda serta keluarga tidak berkunjung ke gerai Sushi Sujieko yang terletak di pekan Ranau (Bersebelahan Petron).

Gerai Sushi ini menyediakan pelbagai jenis sushi termasuk Sushi ala Sabahan iaitu Sushi Tuhau (belum cuba belum tau…nyum3).
Anda tidak perlu risau kerana gerai sushi ini adalah 100% HALAL dan dimiliki oleh Suzelah Roslan, seorang usahawanita tempatan Sabah. Ketika ditemubual oleh tim Sabahan Dot My, Suzelah berkata dia mendapat idea untuk menghasilkan Sushi versi Sabahan ini kerana sangat berminat dengan makanan ala Jepun serta Korea dan membuka gerai sushi tersebut sejak 2017 lagi.

“Alhamdulillah, respon yang baik dari pelanggan-pelanggan sekitar Ranau dan ada juga yang luar Ranau sanggup singgah semata-mata ingin merasa sushi dari Sushi Sujieko”, Suzelah.

Bagi mereka yang mengemar Kimchi, kini Sujieko juga telah mengeluarkan satu lagi produk iaitu Kimchi Sujieko.
Produk ini juga mendapat sambutan yang memberangsangkan. (Admin pun suka makann..)

LOKASI SUJIEKO :

Jika mereka yang ingin berkunjung ke gerai Sujieko, boleh rujuk peta lokasi di atas, ataupun anda boleh juga menggunakan Google Maps dengan mencari “Sushi Sujieko“.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi terus mereka melalui no.tel 0104657269 .
Dan jangan lupa like mereka ya 🙂

Jum kita serbu! nyum3!

Show CommentsClose Comments

Leave a comment

Dapatkan Update Terkini Kami!

Dapatkan video-video menarik, info, tips dan banyak lagi di Sabahan Dot My!