Ernaliyana atau lebih dikenali sebagai “Yana strawberry” adalah instafamous Sabah dimana dia sangat viral dan aktif denganaplikasi “Tik Tok”.Beliau berasal dari Tawau,Sabah.

Bantu sara keluarga

Bermula niat membantu keluarga menambah pendapatan, gadis comel Ernaliyana Ali, 15, mula menerima ulasan iklan ketika pengikut Instagram berjumlah 30,000 pada 2015. Ketika itu pendapatan diterima hanya RM1,000 sebulan.

Sumber : Instagram @yana.strawberry

 

“Lama-kelamaan saya semakin seronok apabila wang dalam akaun semakin bertambah. Saya terus meningkatkan pemasaran dengan memuat naik gambar dan video lucu sehingga ramai menerima kehadiran saya,” katanya yang kini menerima lebih RM11,000 sebulan hasil ulasan produk saja.

Sumber :Instagram @yana.strawberry

Kesibukan membuat empat hingga lima ulasan sehari menyebabkan dia tidak dapat menumpukan perhatian di kelas. Jadi, tahun lalu dia mengambil keputusan berhenti sekolah.

“Tetapi ini bukan bermakna saya tidak mengutamakan pelajaran. Saya mengambil guru peribadi di rumah kerana ia memudahkan urusan kerja.

Saya pula bukan orang senang, ibu sudah meninggal dunia manakala ayah sudah berusia dan tidak bekerja. Jadi pendapatan setiap bulan saya gunakan untuk membantu keluarga,” katanya.

Sumber : Instargram @yana.strawberry

Menggunakan Instagram sebagai tempat mencari rezeki, Ernaliyana dilihat sebagai Instafamous yang aktif dengan aplikasi Tik Tok. Berani dan berkeyakinan tinggi, video yang dimuat naik sentiasa mendapat ‘like’ yang tinggi disebabkan kreativiti dan kecomelannya.

Mengulas perkara ini, sebagai Instafamous dia mengakui harus cepat menggunakan setiap aplikasi yang sedang popular.

“Tik Tok misalnya antara yang sedang digunakan remaja dan popular dalam kalangan Instafamous. Saya mahu menjadi pengguna paling hadapan dan tidak ketinggalan mengikuti teknologi ini,” katanya yang mempunyai 398,000 pengikut di Instagram.

Sumber : My Metro
Artikel :11 September 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here