Home Berita / Isu Semasa HATI-HATI MENDERMA! GUNA GAMBAR BAYI UNTUK MENIPU!

HATI-HATI MENDERMA! GUNA GAMBAR BAYI UNTUK MENIPU!

0
HATI-HATI MENDERMA! GUNA GAMBAR BAYI UNTUK MENIPU!

Hati-hati ketika ingin menderma terutamanya apabila anda melihat gambar bayi yang memerlukan rawatan di sosial media. Ini kerana, terdapat individu ataupun sindiket di luar sana telah menggunakan gambar bayi-bayi tersebut sebagai jalan mudah untuk mereka mendapatkan wang.

Ya sebelum ini, admin pun sering lihat ada rakan-rakan facebook termasuk di group-group komuniti share berkenaan gambar bayi yang memerlukan dana untuk rawatan dan terdapat juga mereka yang tidak bertanggungjawab di luar sana menjadikan ini salah satu cara untuk menipu mereka yang bersimpati.

Apa yang admin dapat lihat juga, mereka membuat satu page facebook yang seolah-olah page rasmi media seperti Sinar Harian, Harian Metro bagi mengelirukan pengguna-pengguna facebook.

Sudah tentu bagi mereka yang mudah bersimpati akan terperangkap menderma ke akaun bank pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut tanpa mereka memeriksa kesahihan berita tersebut.

Dunia sekarang makin canggih, tapi hati manusia semakin ketinggalan.

SHARE.