Lain-lain

Kenapa 15-30 Minit Sebelum Waktu Zohor Haram Solat

Solat

Kenapa 15-30 minit sebelum masuk waktu zohor kita diharamkan melakukan sebarang solat? Jawapannya,

1. Ketika itu matahari berada di kemuncak langit sebelum gelincir (masuk Zohor). Disebut juga waktu rembang.

2. Waktu ini diharamkan solat sunat apa pun kecuali:
+ Pada hari Jumaat bagi lelaki yang hadir solat Jumaat
+ Berada di masjidil haram (Mekah, Madinah dan al-Quds)

3. Waktu ini, jin dan syaitan sedang mengambil tenaga mereka kerana ciptaan mereka dari unsur api.
Dengan pancaran matahari yang kuat, tenaga mereka bertambah dengan cepatnya (recharge).

4. Ketika ini jugalah, ahli sihir membuat dan ‘menuju’ ilmu hitam mereka selain pada waktu tengah malam. – menurut Ilmu Perubatan Islam.

5. Manusia pula sebaliknya. Ketika ini, badan berada pada tahap paling lemah.
Maka Islam menggantikan ibadat solat sunat dengan tidur sunat yang namanya Qailulah untuk tujuaan kecergasan fizikal dan juga rohani.

6. Qailulah 15-30 minit sebelum Zohor. Itu yang terbaik.

7. Qailulah juga antara cara untuk awet muda. Kerana ketika tidur, segala tekanan kerja dan kehidupan di siang hari dilepaskan secara semulajadi.

8. Ikuti sunnah, pasti ada kejayaan. Siapa baca sampai habis untung 🙂

Nabi SAW bersabda:
“Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailulah.”

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend