Home Hiburan FRANCIS LANDONG ARTIS TEMPATAN PALING “LAGEND” DI SABAH

FRANCIS LANDONG ARTIS TEMPATAN PALING “LAGEND” DI SABAH

0
FRANCIS LANDONG ARTIS TEMPATAN PALING “LAGEND” DI SABAH

Nama Francis Landong terkenal di kalangan rakyat Sabah. Beliau adalah salah seorang penyanyi tempatan yang paling dihormati dan masih aktif dalam bidang nyanyian.

Image result for francis landong
Sumber Photo : Google

Sebab utama yang membuatkan beliau menjadi legend no. 1 artis tempatan Sabah adalah kerana beliau konsisten. Konsisten bermaksud dalam setiap dekad, dari tahun 90an sampailah sekarang, beliau tidak putus-putus mengeluarkan album Top yang menjadi nyanyian orang sama ada time karaoke, keramaian atau kahwin.

Artis terkenal ini dari “Land Below the Wind” memulakan karyanya sejak awal 1980-an dan pernah menjadi pemenang ‘Lagu Dusun RTM, Sabah VFM Sesi 2009/2010’.

Beliau juga mempunyai lebih daripada 10 album dan beberapa lagu popularnya terdiri daripada Nung Noilaan Ku Daa, Hey … Aramai tii, Pikir-pikir dulu, Adat Kampung, Nokopisuai Kito Nodi,koupusan dan banyak lagi.”Koupusan” adalah antara lagu popular beliau yang sering kali di mainkan oleh radio tempatan Sabah.

Beliau mempunyai suara yang unik,malahan belum ada yang dapat ditandingi mana-mana artis dusun di Sabah.Dan yang paling menghairankan, suara beliau masih lagi kekal seperti suara asal ,orang bilang “Otai Masih Berbisa“.

Biasanya kalau orang makin berumur, suara makin kurang mantap dan tidak bertenaga tapi bagi Francis Landong umur bukanlah penghalang untuk meneruskan karya beliau dalam bidang nyanyian . 

 

 

https://youtu.be/vxtj1dLK5r4