Artikel & Info Sabahan

Makna ‘Baru-nah’ Disebalik Nama Brunei

brunei

Etnik Brunei adalah salah satu kaum minoriti di Sabah. Suku kaum ini banyak terdapat di Wilayah Persekutuan Labuan, Membakut,Beaufort,daerah Papar,Bongawan serta beberapa daerah lain ,di Negara Brunei Darussalam dan terdapat juga di Lawas dan Limbang Sarawak.

Asal usul etnik ini di Sabah sangat berkait rapat dengan sejarah Kesultanan Brunei. Suatu masa dahulu, sebelum kedatangan penjajah British di Sabah, Sabah merupakan salah satu jajahan takluk KesultananBrunei. Oleh sebab itulah terdapatnya etnik Brunei di Sabah.

Sabah mula terpisah Kesultanan Brunei pada 11 Ogos 1865 apabila konsul Amerika, Charles I. Moses menubuhkan ‘American Trading Company’ di Ellena (Kimanis), Sabah. Ini diikuti lagi dengan penjajahan British, Jepun, British Colony dan akhirnya sehinggalah penyertaan Sabah dalam ‘Membentuk’ Negara Persekutuan Malaysia bersama-sama dengan Malaya, Singapura dan Sarawak pada 16hb September 1963.

Seperti mana etnik-etnik lain, etnik Brunei juga mempunyai sejarah yang tersendiri mengenai asal usul nama ‘Brunei’. Berdasarkan catatan tradisi lisan yang diperoleh daripada Syair Awang Semaun, perkataan ‘Brunei’ berasal daripada perkataan ‘baru nah’. Mengikut ceritanya,rombongan klan atau Sakai yang dipimpin Pateh Berbai (dari Kerajaan Paggaruyung Minangkabau)pergi ke Sungai Brunei untuk mencari tempat mendirikan negeri baru. Setelah mendapati kawasan itu berkedudukan strategik(diapit oleh bukit, air, mudah untuk di kenali ,memudahkan pengangkutan, dan kaya ikan),maka mereka pun mengucapkan perkataan ‘baru nah’ yang bererti tempat itu sangat baik dan berkenan di hati mereka.

brunei
Gambar hiasan

Perkataan ‘baru nah’ itu lama kelamaannya berubah menjadi Brunei.
Adapun jenis-jenis tarian Brunei Asli ini mempunyai pelbagai jenis dan mempunyai makna dan maksudnya tersendiri. Antara jenis-jenis tarian tersebut ialah Tarian Alus Jua Dendang, Tarian Samalindang, Tarian Dundang-Dundang, Tarian Adai-Adai, Tarian Kayum oh Ya Kayum, Tarian Zapin Laila Sembah, Tarian Joget Baju Putih, Tarian Indung Anak, Tarian Naindung,Tarian Medayut / Mendayut, Tarian Lanang Beladu Lanang dan Tarian Dang Mengalai.

brunei
Gambar hiasan

Namun begitu jika menelusuri Sejarah yang di perolehi dari Syair Awang Semaun menyebutkan leluhur Bangsa Brunei berkait rapat dengan Kerajaan Paggaruyung Minangkabau,ini dapat di lihat daripada gelaran-gelaran pembesar Kerajaan Brunei yang ‘sama’ dengan gelaran Kerajaan Melayu, Paggaruyung Minangkabau.

sumber arkib negeri Sabah
sumber gambar; mr google, borneohistory blogspot dll

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend