Jenama PopOutInk Semakin Popular!

Sejak direalisasikan sekitar tahun 2016, jenama baju PopOutInk semakin mendapat perhatian dan juga mempunyai pengikut jenama baju ini sendiri.

Dengan menggunakan nama “PopOutInk”, Ghazali Hajiji,anak jati sabah yang juga merupakan pemilik kepada PopOutInk cuba menjadikan jenama ini bukan sahaja mampu terkenal di Sabah ataupun seluruh Malaysia, malah berpotensi untuk berkembang termasuk luar negara.

Menurut Ghazali, apa yang menarik mengenai PopOutInk, mereka cuba menerapkan satu idea dan design universal yang mampu dipakai oleh sesiapa sahaja.

Tambahan lagi, sejak video Sakinah vs Ondu bersama PopOutInk viral di laman sosial facebook sehingga mencecah melebihi 400k views, jenama PopOutInk bukan sahaja dikenali di Sabah dan semenanjung Malaysia tetapi juga termasuk beberapa negara jiran lain seperti Brunei.

Untuk mereka yang berminat dengan design-design baju PopOutInk, anda boleh berkunjung ke premis mereka yang terletak di Politeknik Commercial Centre (berdepan dengan Politeknik Kota Kinabalu, Sabah) ataupun anda boleh kunjungi laman web serta facebook mereka untuk sebarang pembelian secara atas talian :

http://www.popoutink.com

https://www.facebook.com/PopOutInk

Daftar Sekarang! 10 Idea Bisnes Terbaik, Menang RM20,000! PitchBorneo 2017!

Sudah pasti ini waktu yang ditunggu-tunggu oleh para usahawan Sabahan.
PitchBorneo 2017 kini dibuka! Adakah anda sudah bersedia?

Apa itu PitchBorneo? 
√ PitchBorneo merupakan satu pertandingan terbuka kepada usahawan baru ataupun lama bagi membentangkan idea bisnes mereka dan 10 idea yang terbaik berpeluang untuk memenangi RM20,000.00! PitchBorneo yang dahulunya dikenali sebagai Sabah Got Ideas (SIG) ini merupakan anjuran SATA bersama KPSKTM.Terhad kepada 30 peserta sahaja di setiap daerah.


Terdapat 4 daerah yang dipilih untuk program pitchborneo 2017 ini iaitu Tambunan,Kota Kinabalu,Ranau & Tawau.

Tambunan (15 – 16 Julai 2016)
Kota Kinabalu (26 – 27 Ogos 2016)
Ranau (23 – 24 Sept 2016)
Tawau (14 – 15 Okt 2016)

Penyedia Media Online (PMO) & Platform Media Rasmi (PMR) Pitchborneo 2017.

Sekali lagi pada tahun ini Pitchborneo 2017 akan bekerjasama dengan Khaiz Group sebagai PMO & Sabahan.My sebagai PMR. Syukur Alhamdulillah kerjasama ini kini masuk tahun yang kedua.

Pada tahun ini juga beberapa video highlight akan di keluarkan secara berperingkat dan followers kepada program ini boleh menontonnya nanti secara eksklusif melalui link di bawah:

sabahan.com.my/pitchborneo

Semoga apa yang bakal dikongsikan akan memberikan banyak manfaat kepada semua penonton. Kami Sata bersama rakan-rakan stratergik kami sentiasa berusaha agar dapat menjadi sebuah platform unik kepada agenda pembangunan keusahawanan di Sabah. Doakan kejayaan program ini sekali lagi pada tahun ini.

Kepada para peserta yang telah mendaftarkan diri, jumpa anda di sana nanti. Semoga berjaya..

 

Untuk Info lanjut,layari http://www.pitchborneo.com

Final PitchBorneo 2016 : Siapa Bakal Membawa Pulang Geran RM20,000?

pitchborneo1Klik untuk menonton video :

Akhirnya setelah selesai destinasi terakhir PitchBorneo 2016 di Tawau, 15 – 16 Okt 2016 yang lepas, kini tiba masanya para finalist berentap ke pentas final PitchBorneo 2016.

Pentas final ini kemungkinan besar akan diadakan di Klagan Hotel Regency,1Borneo,Kota Kinabalu pada 18 – 20 Nov 2016 ini.

pitch

Apa itu PitchBorneo?
PitchBorneo merupakan program yang dibangunkan oleh SATA dan disokong penuh oleh Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (Sabah) .

Melalui program ini, peserta – peserta PitchBorneo diberi peluang untuk membentangkan idea bisnes mereka dan 10 idea bisnes yang terbaik akan mendapat geran sebanyak RM20,000.

Program ini tidak hanya terhad kepada mereka yang telah menjalankan perniagaan sahaja tetapi juga mereka yang mempunyai idea bisnes hebat walaupun belum bermula.

Pitch Borneo
Sepanjang Sabahan Dot My mengikuti program ini sebagai media rasmi online untuk PitchBorneo 2016 ini, kami melihat banyak idea-idea bisnes menarik yang dibentangkan oleh usahawan-usahawan Sabahan. Bukan itu sahaja, semangat-semangat para usahawan muda Sabahan juga perlu dipuji dan dicontohi oleh usahawan-usahawan lain di luar sana.

Begitu juga dengan pihak SATA,yang diketuai oleh presidennya tuan Saverinus Phillip Kitingan, kita dapat lihat keseluruhan krew-krew PitchBorneo yang terlibat dalam menjayakan program ini sentiasa bekerjasama dan saling tolong menolong antara satu sama lain.

img_0559
Terdapat 6 finalist untuk 4 daerah utama sebelum ini,bermaksud ada 24 finalist yang akan ke final PitchBorneo 2016 ini.

Siapakah diantara 24 finalist yang akan membawa pulang geran RM20,000 pada final PitchBorneo 2016 ini?

Nantikan….

Tips Marketing : Promosi Mesej Yang Sama! – Khairilizwan

self-promotion2-1024x796
Promosi
merupakan komponen penting dalam sesuatu perniagaan,tanpa melakukan promosi,sudah tentu perniagaan tersebut boleh “bungkus” dalam beberapa bulan sahaja!

Tentu sekali anda tidak menginginkan ianya berlaku kepada perniagaan anda.Oleh itu,anda perlu melakukan promosi yang TEPAT tidak kira anda menggunakan kaedah pemasaran online mahupun offline.

Baiklah,melalui artikel ringkas ini,tips yang saya kongsikan adalah melakukan promosi bisnes anda menggunakan “mesej yang sama” pada iklan-iklan anda.

Kenapa perlu menggunakan promosi mesej yang sama?

Kajian menunjukkan bahawa 90% daripada apa sahaja mesej promosi akan dilupakan oleh prospek dalam masa 2 minggu yang pertama! – Irfan Khairi @ Buku Nota Jutawan Nota Perniagaan.

Ini bermaksud,bakal-bakal pelanggan anda termasuk anda sendiri kebiasaannya akan lupa mesej iklan dalam masa 2 minggu yang pertama,tambahan pula jika mesej-mesej iklan yang dipromosikan sentiasa berubah-ubah!

Jika anda tidak konsisten menggunakan mesej promosi iklan anda,prospek anda akan mudah cepat mesej iklan yang anda ingin sampaikan dan ini sudah tentu merugikan anda.

flipBlueLine

Mesej promosi yang sama seolah-olah “memukau” pelanggan-pelanggan anda.Bayangkan jika pelanggan-pelanggan anda sering melihat atau mendengar promosi iklan anda yang sama setiap hari,sudah tentu ianya akan mampu “berlegar-legar” di dalam minda mereka.

Saya akan kongsikan lagi beberapa tips ringkas mengenai marketing kepada anda.Nantikan!

Soalan : Apakah ayat iklan TV yang masih bermain di fikiran anda pada masa kini walaupun anda sudah lama tidak melihat atau mendengar iklan tersebut? Kongsikan di ruangan komen… :)

Warna Membantu Membina Jenama Perniagaan Anda! – Khairilizwan

colour2

Adakah anda setuju,jika saya katakan bahawa warna perniagaan anda merupakan salah satu antara perkara yang paling penting untuk perniagaan anda?

Namun,apa yang saya lihat sendiri,terdapat juga para usahawan yang mungkin memandang remeh perkara ini.Padahal,pemilihan warna yang sesuai untuk perniagaan anda adalah sangat penting sekali.

Baiklah,adakah anda dapat teka warna bagi jenama-jenama syarikat ini?

  • Warna utama bagi Facebook? _________ .
  • Warna utama bagi Air Asia? _________ .
  • Warna utama bagi Maybank? _________ .
  • Warna utama bagi Digi? _________ .

Ya! Saya pasti,anda semua pasti dapat menjawab soalan yang saya berikan di atas…Tentu anda bayangkan warna-warna bagi syarikat tersebut.

Sebagai seorang usahawan,anda harus memilih warna yang sesuai untuk perniagaan anda.

Dengan meletakkan warna khas untuk syarikat anda,pelanggan-pelanggan anda tentu sekali lebih mudah mengingati warna syarikat anda dan juga syarikat anda akan dilihat lebih professional dan mempunyai identiti yang tersendiri.

Berikut merupakan panduan pemilihan warna yang anda boleh gunakan bagi memilih warna untuk perniagaan syarikat anda.
Colours-Mean-Brands1-1024x825
color-emotion-1024x897

Saya berharap,artikel ini mampu memberikan anda sedikit panduan bagaimana cara untuk memilih warna perniagaan anda.

Jika anda tidak keberatan,anda boleh kongsikan warna perniagaan yang anda gunakan di ruangan komen 🙂

Oleh : Khairilizwan Jamros (Usahawan Internet Sabah)

 

Program Usahawan Skillpreneur (Slot Biz Online) – Khairilizwan

Alhamdulillah,selesai menjayakan slot asas bisnes online yang dikendalikan oleh saya sendiri bersama Khaiz Group selama 4 jam melalui Program Usahawan SKILLPRENEUR – Slot Bisnes Online yang diadakan di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sabah (KBS),Putatan,Sabah.

IMG_5695

Sedikit huraian ringkas mengenai yang dijalankan ini :
– Pelajar terdiri lebih kurang 30 orang dari IKBN Kinarut,Sabah.
– Hampir keseluruhan peserta yang mengikuti slot ini,masih “0” mengenai bisnes online.
– Saya ambil pendekatan,1 jam berikan sedikit penerangan mengenai bisnes online dan selebihnya membuat tugasan dalam kumpulan.
– Syukur,semua semangat dengar penerangan,walaupun pada mulanya masih “blur” mengenai bisnes online.

:: TUGASAN ::
– Dipecahkan kepada 3 kumpulan.
– Setiap kumpulan diberikan tugasan untuk membuat syarikat/kedai “dummy” mereka sendiri.
– Buat nama syarikat,logo,domain,dan macam2 lagi.
– Buat fan page untuk syarikat mereka (Tutorial cara buat fanpage melalui telefon pintar diberikan).
– Setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan kaedah promosi mereka secara online.
– Setiap kumpulan sangat TEKUN dan SERONOK menyiapkan tugasan.Kelas habis jam 4 petang,hampir jam 6 baru berenti..itu pun kena suruh berhenti eheh..
– Setiap kumpulan memberi penerangan mengenai syarikat “dummy” mereka.Macam-macam gelagat dan idea menarik yang mereka pelajari secara tidak langsung ketika membuat tugasan yang diberikan.
– Alhamdulillah,hampir kesemuanya dari mereka “faham” asas bisnes online,faham sikit-sikit pun satu permulaan yang baik.

Untuk slot Affiliate & Dropship,hanya dapat berikan sedikit pengenalan sahaja..Masa sangat tidak mengizinkan dan terhad,itupun terlajak sedikit dari jam 10 ke jam 10 lebih.

20151123074246

Insyallah,bisnes online di Sabah akan terus berkembang dari semasa ke semasa.Dan kami dari Khaiz Network akan sentiasa memberikan kemampuan yang terbaik untuk mengembangkan perniagaan ini di negeri di bawah bayu ini.

Khairilizwan Jamros
Usahawan Internet Sabah
No.Tel : 0198616716
http://khairilizwan.com