Kehadiran Lotter Menguatkan Radio VOKFM Sabah!

Kota Kinabalu, 4 Januari 2018, Sabahan Dot My dijemput untuk menghadiri sidang media bagi memperkenalkan penyampai baru & segmen VOKfm 2018.

Selepas 3 bulan dirasmikan dan bersiaran secara online, stersen radio baharu Sabah, VOKfm memulakan misi tahun baru 2018 dengan memperkenalkan seorang lagi penyampai baru bagi memantapkan lagi barisan penyampai sedia ada. Penyampai baru yang dimaksudkan ialah Lotter.

Berbeza dengan kemunculan beliau di beberapa stesen radio tempatan sebelum ini, dengan menggunakan nama “Lotter“, diharapkan kemasukkannya sebagai ahli keluarga baru VOKfm akan memantapkan lagi barisan penyampai sedia ada iaitu Rey Kimara, Beebey, Felix Agus, Ramli Carlo, Maldini, Aedy dan Kapten.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) selaku pengurus stesen VOKfm, Mohammad Faqrullah Azim (Kapten) berkata, pemantapan barisan penyampai ini adalah sebagai persiapan ke arah FM. Ini sekaligus adalah jelas dengan misi untuk sentiasa tampil dengan pembaharuan serta perubahan yang terkini mengikut kehendak pendengar. Dengan gabungan penyampai-penyampai ini, pastinya sesuai dengan visi untuk menjadi satu jenama kebanggaan Sabah. VOKfm akan terus fokus dari segi muzik, hiburan, informasi & pengisian gaya hidup terkini,” katanya.

Menurut pengurus program VOKfm, Rey Kimara pula, “Kehadiran Lotter di VOKfm adalah sebagai pelengkap kepada kekuatan barisan hadapan VOKfm.,” katanya.

VOKfm menjangkakan akan memulakan siaran FM sepenuhnya menjelang awal April dan bakal memberikan impak positif kepada industri penyiaran radio negara selain menjadi medium pengiklanan untuk pelanggan yang mempunyai potensi dan pasaran yang luas di Sabah. Untuk menjadikan VOKfm sentiasa menjadi pilihan pendengar masyarakat masa kini, pelbagai perancangan telah diatur antaranya , penyusunan semula kandungan sedia ada yang akan diperkenalkan bermula 15 Januari melalui kempen Lotter Mencari Segmen. Kempen selama seminggu ini akan memberi peluang Lotter untuk ke udara di semua segmen sepanjang hari dan pendengar diberi peluang untuk memberikan pendapat tentang slot manakah yang sesuai untuk Lotter ke udara.

Buat masa ini, VOKfm bersiaran selama 24 jam dengan pengisian slot segmen bermula 6 pagi hingga 2 pagi. Untuk informasi lanjut, pendengar boleh melayari laman web serta laman sosial media rasmi VOKfm iaitu;

www.vokfmsabah.com
FB/Instagram/Twitter : vokfmsabah