BEST BAH SABAH : Kota Kinabalu (part 1)


Untuk mereka yang berkunjung ke bandaraya Kota Kinabalu, jangan lepaskan peluang untuk ke beberapa tempat menarik yang terdapat di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
Untuk episod segmen Best Bah Sabah kali ini, Sabahan Dot My membawa anda ke melihat keindahan Kota Kinabalu di beberapa tempat menarik. Antaranya Masjid Bandaraya Likas, Pasar Besar Kota Kinabalu dan juga Bukit Bendera Kota Kinabalu.

Jadi apa tunggu lagi? Jum lihat video di atas 🙂
Penaja Utama :

https://www.facebook.com/PopOutInk
www.popoutink.com

BEST BAH SABAH : Walai Tokou,Kundasang

[Klik Video]

Untuk mereka yang ingin melancong di negeri Sabah, tidak lengkap jika anda tidak bermalam di Kundasang. Pekan Kundasang yang terletak berhampiran dengan kaki gunung kinabalu ini menjadi salah satu tumpuan pelancong dari seluruh negara kerana keindahan alam dan juga udaranya yang segar.

Baru-baru ini, tim Sabahan Dot My berpeluang untuk berkunjung ke Walai Tokou Homestay yang sangat berhampiran dengan Pekan Kundasang. Walai Tokou yang terletak di Kampung Sinisian telah beroperasi lebih 17 tahun yang lepas merupakan salah satu tempat penginapan yang popular dan menawarkan kos penginapan yang berpatutan.
Kinabalu Merdu Sound
Salah satu kelebihan Walai Tokou, terdapat kumpulan muzik yang menggunakan alat muzik traditional dikenali sebagai Kinabalu Merdu Sound. Kumpulan muzik ini telah dikenali bukan sahaja di negeri Sabah tetapi juga di beberapa luar negara.

Jika anda ingin melihat persembahan video mereka dan juga info mengenai Walai Tokou, jangan lupa tonton video di atas ya 🙂
Penaja Utama :

https://www.facebook.com/PopOutInk
www.popoutink.com