Bercuti di KUNDASANG RANAU? Jom singgah ke SUSHI SUJIEKO!

Kepada peminat-peminat SUSHI, jika anda bercuti di Kundasang, Ranau, jangan lupa untuk singgah ke gerai Sushi Sujieko yang terletak di pekan Ranau , Greenview Food Court bersebelahan dengan Petron Ranau. Buat masa ini, Sushi Sujieko hanya beroperasi di Ranau, Sabah dan kemungkinan suatu hari nanti akan beroperasi di bandar-bandar utama negeri Sabah.

Terdapat pelbagai jenis sushi yang sediakan dan admin pasti korang tidak akan berasa rugi kerana sushi dari Sushi Sujieko sangat-sangatt sedap (admin pun sampai tapau bawa balik hari tu..).

 

Oleh sebab hari tu admin pun sudah rasakan sendiri sushi dari Sushi Sujieko ini, admin jamin anda pasti tidak akan rasa rugi singgah di gerai sushi ini. Ketika ditanya oleh pemilik bisnes ini, Suzelah Roslan, dia yang juga berasal dari Ranau merupakan seorang pencinta sushi dan ini yang menguatkan semangatnya untuk jadikan sushi ini sebagai salah satu bisnes utamanya.

Dengan tema,”MADE IN RANAU,TASTE OF JAPAN“, ya admin boleh katakan sushi dari Sushi Sujieko ini berpotensi dan setanding dengan restoran-restoran sushi yang ada sekarang.

Tambahan pula, apa yang lebih menarik, beliau juga menginovasikan sushi ini kepada beberapa citarasa selera sabahan iaitu SUSHI HALAL SABAHAN. Dan antara sushi sabahan yang popular adalah Sushi Tuhau.

Bagi mereka yang ingin membuat majlis-majlis keramaian juga, anda juga boleh menempah sushi sujieko ini yang juga turut disediakan dalam pakej platter sesuai untuk anda makan bersama seisi keluarga.

Anda juga tidak perlu risau kerana harga untuk produk sushi buatan Sushi Sujieko ini adalah berpatutan dan jika sudah rasa sekali, pasti mencari lagi sushi sujieko ini…nyummmm..

Bagi mereka yang kurang gemar dengan Sushi, anda tidak perlu risau, anda juga boleh merasa produk mereka yang lain dan antara yang juga turut popular adalah Korean Chicken Spicy.


(Laparlah pula admin tengok..urmmm)

Tambahan pula,admin dapat lihat banyak respon-respon positif dari para pelanggan mereka sebelum ini, admin pasti dari semasa ke semasa, bisnes mereka ini akan terus berkembang dan jom kita sama-sama support bisnes orang kita kan ^^.

Baiklah,kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Sushi Sujieko, anda boleh layari laman page facebook mereka di https://facebook.com/sujieko. Jangan lupa LIKE page mereka ya ^^.

Tamparuli Jam (Music & Art) 16 – 17 Disember 2017 ini!


Bagi mereka yang mempunyai kelapangan waktu pada 16 – 17 Disember 2017 ini, jangan lupa datang ke Tamparuli Jam (Music & Art) bertempat di Tamparuli Living Arts Centre (TaLac).
Terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada masa tersebut terutama berkaitan muzik & seni lukisan terutamanya.
.
MASUK ADALAH PERCUMA!

 
Temui juga bro Herman Duang pada event Tamparuli Jam nanti yang akan kongsikan ilmu berkaitan Airbrush.

 
Beberapa artis juga akan turut serta antaranya Jonathan Tse, Yazer Yusof, Leo Danniel, Ayumi Yusof , Sarma Cherry,Nathalie Richard termasuk beberapa band tempatan!

Lokasi TaLaC :

Bah jum sama-sama ke event tersebut, Sabahan Dot My pun akan turut serta sekali k ^^
Event FB : https://www.facebook.com/events/1999343713613990/

Filem JIBAM Tampil Kelainan! Mesti Tengok!

Baru-baru ini, team Sabahan Dot My diberi kesempatan untuk menonton tayangan preview filem JIBAM di GSC 1Borneo, Kota Kinabalu, 7 Disember 2017 yang lepas.
Selain daripada team Sabahan Dot My, terdapat juga tim media online dan juga cetak yang bersama-sama dalam tayangan preview ini.
Bagi mereka yang telah lama meminati novel JIBAM yang ditulis oleh Ujang ini, tentu anda tidak ingin lepaskan peluang untuk menonton filem JIBAM. Admin yakin anda tidak akan menyesal.

Ketika menonton filem ini, pelbagai perasaan yang admin dapat rasa.. gembira,lucu,sedih,marah dan banyak lagi. Tentu sekali, gelagat watak Jibam akan buat para penonton terhibur.
Sejujurnya,admin dapat rasakan keunikkan dan kelainan ketika menonton filem JIBAM ini. Dari segi jalan cerita,watak setiap pelakon, tempat lakonan dan banyak lagi, admin ucapkan ribuan tahniah kepada semua yang terlibat dalam pembikinan filem ini. Ianya bukan sesuatu kerja yang mudah dan sudah tentu hasil kerjasama oleh semua pihak.
Dunia yang bulat, adalah bersegi baginya. Benda yang hodoh menjadi cantik pada pandangan mata. Katak pisang dan binatang kecil adalah teman sepermainannya. Nyanyian untuknya amat pilu mengusik jiwa. Dia disambut, bukan di pesta besar. Sambutan yang diterima adalah sepak terajang dan penghinaan. Air mata adalah teman, tetapi tidak pernah dimengertikan. Dia terus hidup, terus bermain di dalam dunianya. Jibam terus melangkah, penuh gah, memburai rahsia kematian ayahnya. Namun, dia tetap tabah!

 

(Sabahan Dot My Bersama dua pelakon JIBAM, Farah Ahmad & Syafie Naswip)
Interview Sabahan Dot My, 2 Pelakon JIBAM :

Kepada mereka yang belum menonton filem JIBAM, jangan lupa tonton filem JIBAM di pawagam yang berdekatan.. Sama-sama kita support karya ini. Admin pasti anda tidak akan berasa rugi k!
Filem ini sangat sesuai ditonton oleh seisi keluarga, jadi waktu cuti sekolah ni, amat sesuai sekali luangkan masa bersama keluarga menonton filem ini. ^^
“Kalau Kau Menjadi Aku, Aku Yakin Kau Mengerti”

GingKaras, Satu Lagi Medium Hiburan Di Sabah!


Selain Sabahan Dot My, terdapat lagi beberapa komuniti baru Sabahan muncul antaranya ialah GingKaras.
GingKaras merupakan sebuah laman komuniti sosial terbaru di Sabah, yang banyak memberi info berguna kepada masyarakat mengenai seni dan hiburan tempatan Sabah, sukan dan kecergasan, keusahawanan, dan pelbagai lagi pengisian menarik.
GingKaras adalah sebuah medium informasi dunia maya/internet yang bernaung di bawah Borneo Legend Broadcasting Sdn Bhd.
Teman penghibur para pembaca dan penonton, dibangunkan pada awal Ogos 2017, GingKaras dengan tagline ‘Layan Abis’ boleh dilayari menerusi laman sosial Facebook atau laman webnya di www.gingkaras.com.
GingKaras.com buat masa ini lebih banyak memainkan peranan dalam rancangan berbentuk video menerusi GingKaras TV.Menampilkan barisan-barisan krew mereka antaranya Keewon, Ben Simon, Ateng dan banyak lagi.

Ditanya mengapa mereka memilih nama GingKaras, GingKaras merupakan istilah, panggilan dan ungkapan yang merujuk kepada perhubungan persahabatan yang begitu erat di antara dua, tiga atau ramai kawan dalam sesebuah kumpulan.
Melihat kepada perhubungan yang sedia terjalin dalam kalangan pekerja atau kakitangannya, maka pihak pengurusan Borneo Legend Broadcasting Sdn Bhd telah sebulat suara memilih nama GingKaras sebagai nama yang bakal menjadi jenama baharu mewakili syarikat produksi berkenaan.
Untuk info lanjut mengenai GingKaras, anda boleh layari terus laman web mereka melalui https://gingkaras.com . Terdapat video-video menarik yang dihasilkan oleh mereka..Jum tengok!

BEST BAH SABAH : Kota Kinabalu (part 1)


Untuk mereka yang berkunjung ke bandaraya Kota Kinabalu, jangan lepaskan peluang untuk ke beberapa tempat menarik yang terdapat di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
Untuk episod segmen Best Bah Sabah kali ini, Sabahan Dot My membawa anda ke melihat keindahan Kota Kinabalu di beberapa tempat menarik. Antaranya Masjid Bandaraya Likas, Pasar Besar Kota Kinabalu dan juga Bukit Bendera Kota Kinabalu.

Jadi apa tunggu lagi? Jum lihat video di atas 🙂
Penaja Utama :

https://www.facebook.com/PopOutInk
www.popoutink.com

BEST BAH SABAH : Weston Wildlife Park

Jika anda ingin merasakan pengalaman untuk melihat kelip-kelip,bayau dan pelbagai lagi haiwan liar, jangan lepaskan peluang anda untuk mengunjungi Weston Wildlife Park.
Baru-baru ini, Sabahan Dot My melalui segmen Best Bah Sabah berkunjung ke Weston Wildlife Park yang terletak di Beaufort. Bersama krew-krew Sabahan Dot My dan juga salah seorang host Sabahan Dot My, Saiful Maun, tim Sabahan Dot My berpeluang untuk menikmati keindahan serta melihat haiwan-haiwan liar yang terdapat di Weston Wildlife Park.
Jom lihat video Best Bah Sabah : Weston Wildlife Park ini 🙂

 

Promosi Diskaun 50% Pengiklanan (Julai 2017)


Semenjak Sabahan Dot My dibangunkan pada tahun 2016 dan kini telah mencecah melebihi 100,000+ likes page facebook, banyak usahawan-usahawan termasuk pemilik bisnes bertanya mengenai perkhidmatan pengiklanan yang pihak Sabahan Dot My tawarkan.
Tawaran terhad! Sempena jumlah likes Sabahan Dot My yang kini mencecah 100,000.
Kami ingin menawarkan promosi pengiklanan Sabahan Dot My Diskaun 50% untuk
semua pakej-pakej pengiklanan yang kami berikan.
Untuk info lanjut pakej-pakej pengiklanan yang kami tawarkan, sila layari Untuk info lanjut pakej-pakej pengiklanan kami,
layari : https://sabahan.com.my/pengiklanan/
 

100,000 likes @ FB Page Sabahan Dot My!


Syukur, sejak dibangunkan pada 1 Jan 2016, kini (8 June 2017 18:29pm),
Page facebook Sabahan Dot My telah mencecah 100,000 likes.
Data Sabahan Dot My fb
Selain itu juga, reach post pada minggu ini juga naik sehingga 193% dari minggu sebelum ini iaitu sebanyak 1,891,891 reach organic tanpa sebarang kos FB Ads.
Jumlah likes juga pada minggu ini dalam 2 – 3 hari bertambah sehingga 3 ribu likes baru.

 

Mengikut analisis data page Sabahan Dot My juga, antara kemuncak waktu mereka yang online dalam page Sabahan Dot My juga adalah pada pukul 4pm dalam 46 ribu.

Sempena 100,000 likes ini, Sabahan Dot My akan muncul dengan beberapa program-program baru melibatkan komuniti,usahawan termasuk artis-artis di Sabah.
.
Nantikan update-update terkini daripada kami ^^
“Support Sabahan, Support Sabahan Dot My”
.
Team Sabahan Dot My
(Dibangunkan oleh Khaiz Group)
 p/s Jika anda seorang pemilik bisnes dan ingin mendapatkan servis pengiklanan dari Sabahan Dot My, Hubungi kami 🙂 admin@khaiz.com | 0198616716 – Khaiz (Whatsapp/SMS)

Final PitchBorneo 2016 : Siapa Bakal Membawa Pulang Geran RM20,000?

pitchborneo1Klik untuk menonton video :

Akhirnya setelah selesai destinasi terakhir PitchBorneo 2016 di Tawau, 15 – 16 Okt 2016 yang lepas, kini tiba masanya para finalist berentap ke pentas final PitchBorneo 2016.
Pentas final ini kemungkinan besar akan diadakan di Klagan Hotel Regency,1Borneo,Kota Kinabalu pada 18 – 20 Nov 2016 ini.
pitch
Apa itu PitchBorneo?
PitchBorneo merupakan program yang dibangunkan oleh SATA dan disokong penuh oleh Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (Sabah) .
Melalui program ini, peserta – peserta PitchBorneo diberi peluang untuk membentangkan idea bisnes mereka dan 10 idea bisnes yang terbaik akan mendapat geran sebanyak RM20,000.
Program ini tidak hanya terhad kepada mereka yang telah menjalankan perniagaan sahaja tetapi juga mereka yang mempunyai idea bisnes hebat walaupun belum bermula.
Pitch Borneo
Sepanjang Sabahan Dot My mengikuti program ini sebagai media rasmi online untuk PitchBorneo 2016 ini, kami melihat banyak idea-idea bisnes menarik yang dibentangkan oleh usahawan-usahawan Sabahan. Bukan itu sahaja, semangat-semangat para usahawan muda Sabahan juga perlu dipuji dan dicontohi oleh usahawan-usahawan lain di luar sana.
Begitu juga dengan pihak SATA,yang diketuai oleh presidennya tuan Saverinus Phillip Kitingan, kita dapat lihat keseluruhan krew-krew PitchBorneo yang terlibat dalam menjayakan program ini sentiasa bekerjasama dan saling tolong menolong antara satu sama lain.


img_0559
Terdapat 6 finalist untuk 4 daerah utama sebelum ini,bermaksud ada 24 finalist yang akan ke final PitchBorneo 2016 ini.

Siapakah diantara 24 finalist yang akan membawa pulang geran RM20,000 pada final PitchBorneo 2016 ini?

Nantikan….

[BTS] Di Sebalik Tabir: Video Ads Sakinah

Khaiz Production baru sahaja selesai melakukan penggambaran bersama Sakinah. Seperti biasa mood bagi video-video yang mengetengahkan Sakinah bakal diwarnai dengan dialog,emosi dan reaksi spontan daripada beliau. Proses penggambaran tidaklah mengambil masa yang terlalu lama. Kami bermula pada jam 1 petang dan selesai kira-kira jam 5 petang tadi. Kami bawakan kepada anda sorotan gambar untuk sedikit preview “behind the scene” video pada kali ini.

img_9857
Sakinah Character in the Making

img_9861
Mr Khai

Selesai sedikit proses “brief” tentang jalan cerita, kami mula mengatur barang dan posisi kelengkapan yang kami bawa. Sakinah seorang yang sangat profesional dalam etika kerja walaupun kadangkala “character” yang dikenali umum adalah sebaliknya. Proses penggambaran menjadi mudah dengan input dan sokongan idea daripada beliau.

 

Produk yang ingin diketengahkan adalah kopi dan daging kambing. Sekarang, cuba bayangkan dialog dan situasi yang berlaku melalui snapshot daripada video shot yang kami paparkan kepada anda di bawah.

7 6 4 3 2 1

Sehingga artikel ini ditulis, proses penyusunan video ini belum bermula. Video dijangka akan siap sebelum minggu hadapan. Jangan lupa untuk sama-sama kita saksikan celoteh dan karenah Sakinah dalam video pendek yang dihasilkan oleh Khaiz Production pada kali ini.