Jadual Tamu-tamu di Sabah

Siapa sudah ’round’ semua tamu-tamu di Sabah? Dan siapa nda tau apa tu ‘tamu’? Tamu tu merupakan pasar terbuka yang menjadi pusat jual beli hasil tani di Sabah ni. Setiap pekan dan daerah di Sabah ada tamu durang sendiri.
Penduduk tempatan berkumpul di tamu yang diadakan secara mingguan tetapi berbeza hari di setiap tempat di Sabah ni.
Di bawah ni adalah antara tamu Sabah, tapi nda semua yang disenaraikan. Kalau kamu perasan nda tersenarai tamu tempat kamurang bagitau jak k, nanti kita tambah.

::Jadual Tamu-tamu di Sabah::
Sipitang – Rabu & Khamis
Sindumin – Sabtu
Beaufort – Sabtu
Keningau– Khamis

Tamu
Tamu Gaya Street

Kota Kinabalu:
Tamu Jalan Gaya – Ahad
Kg. Air – Ahad
Tanjung Aru – Sabtu
Penampang Donggongon:
Tamu Donggongon – Ahad ( sebelah station Petronas )
Inanam:
Pekan – Setiap 10 hari
Giant Kolombong – Sabtu dan ahad ( 9.00am-3.00pm )
Manggatal – Setiap 10 Hari
Telipok – Khamis
Tuaran:
Pekan Tuaran – Ahad
Tamparuli – Rabu
Kiulu –  Selasa
Kota Belud –Ahad

Tamu Besar KB
Tamu Besar KB

Kota Marudu:
Pekan KM- Sabtu & Ahad
Goshen- Khamis
Nabalu (Simpangan) – Khamis
Kudat:
Pekan Kudat – Selasa & Rabu
Matunggong Lama – Sabtu
Matunggong Baru – Khamis
Sikuati – Ahad
Membakut – Rabu & Ahad
Papar Ahad
Kinarut – Sabtu
Lok Kawi Sabindo – Sabtu
Bongawan – Sabtu
Tenom – Ahad
Weston – Jumaat
Tawau (Bandar) – Ahad
Sandakan:
Bandar Sandakan – Ahad
Gomantong Jaya – Ahad
Tuaran –Ahad

tamu tuaran
Tamu Tuaran

Ranau:
Pekan Kundasang – Jumaat
Pekan Ranau (Tamu Minggu) – Sabtu
Pekan Ranau (Tamu Malam) – Hujung bulan
Tamu Besar – Hari Sabtu minggu pertama
Pekan Ranau (Tamu Bulan) – Setiap 1hb
Telupid – Sabtu & Ahad
Tambunan – Malam Rabu dan Siang Khamis

Tamu
Tamu Ground Keningau

Keningau:
Tamu Ground  – Ahad
Bingkor – Khamis
Apin-Apin – Sabtu
Nabawan – Rabu & Sabtu
Tambunan – Khamis
Menumbok – Ahad pagi

**Mungkin ada kesilapan dalam senarai di atas terutamanya tentang hari bila tu tamu-tamu. Jadi kalau ada silap tulung BAGItaw k.. (tapi insya Allah betul,k )
Admin maw minta maaf juga kalau ndak dapat senaraikan semua tamu-tamu yang ada di Sabah. Apa kata kamurang tulung kacitaw apa-apa lagi tamu yang ndak tersenarai sini. Nanti baru kita update lagi. ^^

sumber: mr google dan beberapa artikel.. (kamu bulih check untuk kepastian k)

Disebalik Nama Papar

Asal usul nama Papar

Sebut pasal asal-usul nama Papar, terdapat cerita bagaimana Daerah Papar ni dapat  namanya. Antaranya ialah kerana keadaan tanah kawasan Papar itu sendiri yang rata dan landai.  Orang Brunei adalah antara penduduk awal yang mendiami Papar. Dan dalam bahasa Brunei, tanah landai dan rata disebut “papar”.

Asal usul nama Papar
Pekan Papar

Manakala terdapat satu lagi cerita tentang nama Papar iaitu “papar” bermaksud batang-batang kayu hanyut yang banyak terdampar apabila berlaku banjir. (nda pasti itu bahasa kaum yang mana satu).
Papar
Gambar hiasan

Sebelum British memulakan pentadbiran mereka, Papar telah ditadbir oleh pembesar-pembesar tempatan. Ketua daerahmya adalah seorang yang berbangsa bajau  iaitu Datu Amir Bahar. Beliau pernah memimpin satu pemberontakan untuk  menghalau seorang pembesar Brunei yang pada ketika itu menguasai Daerah Papar.
Pembesar Brunei tersebut setelah dihalau keluar dari Papar, kemudiannya telah  menyerah daerah ini kepada dua orang asing iaitu Overbeck dan dua beradik Dent  pada tahun 1877.
Sementara  itu, pegawai British yang pertama ditugaskan di Papar ialah H.L. Leicester. Beliau telah mula bertugas pada bulan Februari 1878 dengan penuh harapan bahawa  beliau boleh mententeramkan keadaan di Papar supaya usaha untuk memperoleh  hasil ekonomi dari kawasan ini boleh dipertingkatkan.
Walau  bagaimanapun, pentadbiran awal British di Papar tidak bertahan lama kerana  masalah kesulitan kewangan.
Ikuti sejarah Papar seterusnya pada penulisan akan datang k atau anda bulih check sendiri di arkib negeri.
Sekian.
 

Kharisma Katering

 

KHARISMA KATERING adalah syarikat pembekal perkhidmatan makanan dan minuman serta katering yang sedang berkembang. Pihak kami menyediakan pelbagai jenis makanan Malaysia mengikut citarasa masyarakat Malaysia.
Kami sedia menyediakan khidmat katering untuk pelbagai majlis, dari majlis profesional hingga ke majlis sosial.Kepelbagaian menu kami menjadikan kami antara pelopor syarikat pembekal makanan yang menjadi pilihan ramai khususnya di Daerah Papar,Lok Kawi hinggalah Beaufort.

Bagi anda yang mencari-cari perkhidmatan katering, silalah hubungi kami. Perkhidmatan kami menjangkaui pelbagai majlis seperti harijadi, kenduri kahwin, mesyuarat syarikat dan lain-lain.
Harga yang kami tawarkan adalah berpatutan.
Hubungi +6012 839 9898 atau emel: rentangkharisma@gmail.com untuk pertanyaan dan tempahan.

www.kharismakatering.com