Hinava, Makanan Tradisional Sabahan

Bagi penggemar makanan tradisional, hinava atau hinata merupakan antara makanan tradisional yang paling popular di Sabah. Bagi yang masih tertanya-tanya, istilah atau nama “Hinava” merujuk kepada hidangan yang dihasilkan tanpa perlu dimasak menggunakan api.

Bahan – bahan :

  1. Isi ikan tanpa tulang (boleh gunakan ikan tenggiri atau ikan yu. Boleh juga gantikan isi ikan dengan isi ketam atau sotong)
  2. 6 biji/ulas bawang merah (dihiris nipis)
  3. 4 biji/ulas bawang putih (dihiris nipis)
  4. 4 -5 biji limau kapas (boleh gantikan dengan limau kasturi juga)
  5. Seulas kecil halia (dalam 1 inci)
  6. 3 – 4 ulas/biji cili merah (dihiris nipis)
  7. Sedikit garam dan serbuk perasa
  8. Hirisan peria/ tomato/ bambangan (pilihan)

Cara – cara penyediaan:

  1. Cincang isi ikan (jangan terlalu hancur).
  2. Tuang sedikit air panas ke atas isi ikan selama 1 minit.
  3. Buang air isi ikan/toskan isi ikan.
  4. Gaulkan isi ikan bersama bawang merah, bawang putih, halia, cili merah, garam dan sedikit serbuk perasa.
  5. Perah limau kapas / kasturi untuk mendapat jus masam.
  6. Gaulkan jus limau kapas / kasturi bersama isi ikan.
  7. Campur dan gaul hirisan peria/tomato atau bambangan bersama isi ikan (jika mahu).
  8. Perap selama 15 minit.
  9. Siap untuk dihidang.

Tips:

  1. Pastikan anda gunakan isi ikan yang segar. Jika tidak hinava and akan jadi pahit.
  2. Semasa menghiris limau, pastikan biji limau tidak terhiris bersama kerana jus akan menjadi pahit.
  3. Anda boleh kurangkan jumlah limau jika tidak suka terlalu masam.
  4. Peria biasanya ditambah bagi mengurangkan rasa masam.

SELAMAT MENCUBA!!!

 

MANGGA TINEPO

Salam semua, mau try masakan masyarakat Bajau?
Post kali ini kami share resepi masakan Bajau untuk kamu boleh cuba di rumah.
.
Mangga tinepo (Kerabu mangga ditumbuk)
Bahan-bahan
– 3 biji mangga mempelam
– Segenggam ikan bilis
– Cili padi (ikut citarasa)
– Garam secukup rasa
.
Cara Penyediaan
1) Goreng ikan bilis sehingga garing.
2) Tumbuk ikan bilis sehingga lumat.
3) Kupas mangga mempelam (buang kulit dan bijinya).
4) Tumbuk bersama ikan bilis sehingga hancur.
5) Masukkan cili padi dan perasakan dengan garam.
6) Siap dihidang dan sesuai dimakan sebagai pembuka selera.

Sumber : Bajau FOOD Festival

IKAN MASAK AMPAP

Ampap Basung (Ikan masak Ampap)
Bahan-bahan:
300 gram Ikan basung
1 sudu besar Asam jawa
300 ml air
Bahan A (Ditumbuk)
3 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
1 Inci Kunyit
Halia sebesar ibu jari
3 batang serai ( diketuk)
Cili padi (ikut citarasa
1 sudu makan minyak masak
Cara Penyediaan
1) Tumbuk bahan A dan gaulkan dengan ikan sehingga sebati dalam periuk.
2) Perasakan masakan bersama garam, asam jawa dan serbuk perasa. 3) Masukkan minyak dan air pada bahan yang digaulkan tadi.
4) Masak dengan api yang perlahan.
5) Siap dan sedap dihidang dengan nasi panas.
Tips : Masak Ampap sama ada berkuah atau kering. Asam jawa boleh digantikan dengan belimbing besi atau buah mempelam yang masam.
Sumber :Bajau FOOD Festival