BEST BAH SABAH : Simpang Mengayau, Kudat (daytrip)

[Klik Video Di Bawah]

Untuk episod Best Bah Sabah kali ini, Sabahan Dot My akan membawa anda ke salah satu tempat menarik yang popular dan terletak di Kudat, Sabah iaitu Simpang Mengayau.
Tanjung Simpang Mengayau atau Tanjung Simpang Mangazou, juga dikenali sebagai Tip of Borneo dalam Bahasa Inggeris adalah bahagian paling utara Borneo yang terletak di daerah Kudat, di negeri Sabah, Malaysia. Merupakan titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Dalam video Best Bah Sabah kali ini, terdapat 3 persinggahan yang kami kunjungi sebelum ke Simpang Mengayau, antaranya Ulu Kukut Forest Reserve, gerai buah dan kraftangan (sebelum simpang 3 Kota Marudu), Esplanade Kudat.


Tanjung ini telah dibangunkan sebagai tarikan pelancong. Sebuah taman berbentuk persegi telah dibina dengan meletakkan tiang bendera Malaysia dan glob gangsa besar. Glob gangsa menandakan lokasi Tanjung Simpang Mengayau di latitud 7 darjah utara dan longitud 116 darjah timur dengan peta yang memaparkan pulau Borneo adalah timbul dan diletakkan di atas permukaan yang rata pada sudut dengan tulisan untuk menandakan Peta Borneo. Tanjung Sampang Mengayau juga menghidangkan panorama yang indah ketika matahari mula naik dan matahari tenggelam kepada pelancong.
Nama asal Tanjung Sampang Mangazou berasal dari bahasa kaum Rungus, sebuah kumpulan etnik yang tinggal terutamanya di daerah Kudat. Tanjung (tanjung), Sampang (kesatuan) dan Mangazou (pertempuran) perkataan merujuk kepada lokasi ini pertempuran berlaku apabila Rungus etnik mempertahankan wilayah mereka terhadap serangan dari lanun. Menurut legenda, tempat ini adalah dijadikan kawasan pendaratan bagi lanun. (sumber Wikipedia)
p/s Terima kasih juga kepada penaja episod untuk kali ini kerana sama-sama menjayakan program Best Bah Sabah untuk kali ini.
Penaja Utama :
PopOutInk
https://www.facebook.com/PopOutInk
www.popoutink.com
Jika terdaapt sebarang pertanyaan atau ingin menaja program kami?
Sila hubungi page Sabahan Dot My atau 0168668006 (Whatsapp/SMS).

Sejarah nama Pitas- Nopitas

Pitas

Daerah Pitas terletak kira-kira 195 kilometer dari Kota Kinabalu dan 132 kilometer dari Kudat. Bersempadan dengan Daerah Kota Marudu di sebalah barat, Daerah Beluran dan Paitan di sebelah timur. Populasi penduduk kebanyakannya adalah daripada etnik Rungus dan Orang Sungai (termasuk Tambanuo), dan sedikit daripada kaum Cina serta kaum etnik minoriti yang lain.
Pitas
Suatu masa lalu, nama daerah ini sinonim dengan daerah Kudat. Ramai yang beranggapan bahawa Pitas adalah Kudat. Golongan veteran masih dengan pemikiran bahawa ‘Pitas di bawah Kudat’. Ini disebabkan sebelum tahun 1975, daerah ini ditadbir oleh daerah Kudat. Semua urusan pentadbiran dilakukan di Kudat dengan menggunakan motorbot menyeberangi Teluk Marudu yang memakan masa perjalanan sekitar 3 jam. Pada masa yang sama, sewaktu zaman Jepun, ramai orang Cina di Kudat yang melarikan diri ke Pitas dan membuka petempatan di tebing-tebing Sungai Bengkoka. Oleh itu penduduk tempatan akan menumpang motorbot peniaga Cina ke Kudat untuk memasarkan hasil pertanian.
Nama Pitas adalah berasal dari perkataan “NOPITAS” iaitu perkataan bahasa Suku Kaum Sungai yang bererti ‘terputus’. Pada masa itu Sungai Bengkoka dilanda banjir dan akibat arus banjir yang deras Sungai Bengkoka telah terputus. Maka perkataan “NOPITAS” (Terputus) diabadikan oleh penduduk pada masa itu menjadi Pitas sehingga sekarang.
Pitas
Pada tahun 1975, Pitas dinaiktaraf menjadi daerah penuh dengan wujudnya cawangan beberapa agensi kerajaan seperti JKR, Pondok Polis, Pendidikan dan Kesihatan. Walau bagaimanapun, dengan kemudahan dan bilangan staf yang terhad, tidak banyak urusan rasmi yang dapat diselesaikan di sini. Kebanyakan masih merujuk di Kudat. Menjelang awal 80-an tapak Pekan Baru Pitas telah dikenalpasti dengan bermulanya pembinaan bangunan Urusetia. Sejak itu daerah ini mulai berubah wajah dengan lebih banyak agensi kerajaan dibuka(dinaiktaraf). Apabila jalan raya ke Kota Marudu mulai boleh digunakan penduduk mulai menggunakan kereta menuju ke Kudat. Pengangkutan melalui laut semakin tidak popular sehinggalah ‘menutup operasi’ sekitar tahun 1997.
Walaupun Pitas dikatakan menjadi daerah penuh namun pada dasarnya masih banyak agensi kerajaan yang ‘belum berdikari’ kerana masih bernaung dari Kudat sepert, JKR, Jabatan Air dan Jabatan Kesihatan.
Sumber Pejabat Daerah Pitas
Blog Maklin Masiau