BEST BAH SABAH : Simpang Mengayau, Kudat (daytrip)

[Klik Video Di Bawah]

Untuk episod Best Bah Sabah kali ini, Sabahan Dot My akan membawa anda ke salah satu tempat menarik yang popular dan terletak di Kudat, Sabah iaitu Simpang Mengayau.
Tanjung Simpang Mengayau atau Tanjung Simpang Mangazou, juga dikenali sebagai Tip of Borneo dalam Bahasa Inggeris adalah bahagian paling utara Borneo yang terletak di daerah Kudat, di negeri Sabah, Malaysia. Merupakan titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Dalam video Best Bah Sabah kali ini, terdapat 3 persinggahan yang kami kunjungi sebelum ke Simpang Mengayau, antaranya Ulu Kukut Forest Reserve, gerai buah dan kraftangan (sebelum simpang 3 Kota Marudu), Esplanade Kudat.


Tanjung ini telah dibangunkan sebagai tarikan pelancong. Sebuah taman berbentuk persegi telah dibina dengan meletakkan tiang bendera Malaysia dan glob gangsa besar. Glob gangsa menandakan lokasi Tanjung Simpang Mengayau di latitud 7 darjah utara dan longitud 116 darjah timur dengan peta yang memaparkan pulau Borneo adalah timbul dan diletakkan di atas permukaan yang rata pada sudut dengan tulisan untuk menandakan Peta Borneo. Tanjung Sampang Mengayau juga menghidangkan panorama yang indah ketika matahari mula naik dan matahari tenggelam kepada pelancong.
Nama asal Tanjung Sampang Mangazou berasal dari bahasa kaum Rungus, sebuah kumpulan etnik yang tinggal terutamanya di daerah Kudat. Tanjung (tanjung), Sampang (kesatuan) dan Mangazou (pertempuran) perkataan merujuk kepada lokasi ini pertempuran berlaku apabila Rungus etnik mempertahankan wilayah mereka terhadap serangan dari lanun. Menurut legenda, tempat ini adalah dijadikan kawasan pendaratan bagi lanun. (sumber Wikipedia)
p/s Terima kasih juga kepada penaja episod untuk kali ini kerana sama-sama menjayakan program Best Bah Sabah untuk kali ini.
Penaja Utama :
PopOutInk
https://www.facebook.com/PopOutInk
www.popoutink.com
Jika terdaapt sebarang pertanyaan atau ingin menaja program kami?
Sila hubungi page Sabahan Dot My atau 0168668006 (Whatsapp/SMS).

Sejarah nama Pitas- Nopitas

Pitas

Daerah Pitas terletak kira-kira 195 kilometer dari Kota Kinabalu dan 132 kilometer dari Kudat. Bersempadan dengan Daerah Kota Marudu di sebalah barat, Daerah Beluran dan Paitan di sebelah timur. Populasi penduduk kebanyakannya adalah daripada etnik Rungus dan Orang Sungai (termasuk Tambanuo), dan sedikit daripada kaum Cina serta kaum etnik minoriti yang lain.
Pitas
Suatu masa lalu, nama daerah ini sinonim dengan daerah Kudat. Ramai yang beranggapan bahawa Pitas adalah Kudat. Golongan veteran masih dengan pemikiran bahawa ‘Pitas di bawah Kudat’. Ini disebabkan sebelum tahun 1975, daerah ini ditadbir oleh daerah Kudat. Semua urusan pentadbiran dilakukan di Kudat dengan menggunakan motorbot menyeberangi Teluk Marudu yang memakan masa perjalanan sekitar 3 jam. Pada masa yang sama, sewaktu zaman Jepun, ramai orang Cina di Kudat yang melarikan diri ke Pitas dan membuka petempatan di tebing-tebing Sungai Bengkoka. Oleh itu penduduk tempatan akan menumpang motorbot peniaga Cina ke Kudat untuk memasarkan hasil pertanian.
Nama Pitas adalah berasal dari perkataan “NOPITAS” iaitu perkataan bahasa Suku Kaum Sungai yang bererti ‘terputus’. Pada masa itu Sungai Bengkoka dilanda banjir dan akibat arus banjir yang deras Sungai Bengkoka telah terputus. Maka perkataan “NOPITAS” (Terputus) diabadikan oleh penduduk pada masa itu menjadi Pitas sehingga sekarang.
Pitas
Pada tahun 1975, Pitas dinaiktaraf menjadi daerah penuh dengan wujudnya cawangan beberapa agensi kerajaan seperti JKR, Pondok Polis, Pendidikan dan Kesihatan. Walau bagaimanapun, dengan kemudahan dan bilangan staf yang terhad, tidak banyak urusan rasmi yang dapat diselesaikan di sini. Kebanyakan masih merujuk di Kudat. Menjelang awal 80-an tapak Pekan Baru Pitas telah dikenalpasti dengan bermulanya pembinaan bangunan Urusetia. Sejak itu daerah ini mulai berubah wajah dengan lebih banyak agensi kerajaan dibuka(dinaiktaraf). Apabila jalan raya ke Kota Marudu mulai boleh digunakan penduduk mulai menggunakan kereta menuju ke Kudat. Pengangkutan melalui laut semakin tidak popular sehinggalah ‘menutup operasi’ sekitar tahun 1997.
Walaupun Pitas dikatakan menjadi daerah penuh namun pada dasarnya masih banyak agensi kerajaan yang ‘belum berdikari’ kerana masih bernaung dari Kudat sepert, JKR, Jabatan Air dan Jabatan Kesihatan.
Sumber Pejabat Daerah Pitas
Blog Maklin Masiau

Jadual Tamu-tamu di Sabah

Siapa sudah ’round’ semua tamu-tamu di Sabah? Dan siapa nda tau apa tu ‘tamu’? Tamu tu merupakan pasar terbuka yang menjadi pusat jual beli hasil tani di Sabah ni. Setiap pekan dan daerah di Sabah ada tamu durang sendiri.
Penduduk tempatan berkumpul di tamu yang diadakan secara mingguan tetapi berbeza hari di setiap tempat di Sabah ni.
Di bawah ni adalah antara tamu Sabah, tapi nda semua yang disenaraikan. Kalau kamu perasan nda tersenarai tamu tempat kamurang bagitau jak k, nanti kita tambah.

::Jadual Tamu-tamu di Sabah::
Sipitang – Rabu & Khamis
Sindumin – Sabtu
Beaufort – Sabtu
Keningau– Khamis

Tamu
Tamu Gaya Street

Kota Kinabalu:
Tamu Jalan Gaya – Ahad
Kg. Air – Ahad
Tanjung Aru – Sabtu
Penampang Donggongon:
Tamu Donggongon – Ahad ( sebelah station Petronas )
Inanam:
Pekan – Setiap 10 hari
Giant Kolombong – Sabtu dan ahad ( 9.00am-3.00pm )
Manggatal – Setiap 10 Hari
Telipok – Khamis
Tuaran:
Pekan Tuaran – Ahad
Tamparuli – Rabu
Kiulu –  Selasa
Kota Belud –Ahad

Tamu Besar KB
Tamu Besar KB

Kota Marudu:
Pekan KM- Sabtu & Ahad
Goshen- Khamis
Nabalu (Simpangan) – Khamis
Kudat:
Pekan Kudat – Selasa & Rabu
Matunggong Lama – Sabtu
Matunggong Baru – Khamis
Sikuati – Ahad
Membakut – Rabu & Ahad
Papar Ahad
Kinarut – Sabtu
Lok Kawi Sabindo – Sabtu
Bongawan – Sabtu
Tenom – Ahad
Weston – Jumaat
Tawau (Bandar) – Ahad
Sandakan:
Bandar Sandakan – Ahad
Gomantong Jaya – Ahad
Tuaran –Ahad

tamu tuaran
Tamu Tuaran

Ranau:
Pekan Kundasang – Jumaat
Pekan Ranau (Tamu Minggu) – Sabtu
Pekan Ranau (Tamu Malam) – Hujung bulan
Tamu Besar – Hari Sabtu minggu pertama
Pekan Ranau (Tamu Bulan) – Setiap 1hb
Telupid – Sabtu & Ahad
Tambunan – Malam Rabu dan Siang Khamis

Tamu
Tamu Ground Keningau

Keningau:
Tamu Ground  – Ahad
Bingkor – Khamis
Apin-Apin – Sabtu
Nabawan – Rabu & Sabtu
Tambunan – Khamis
Menumbok – Ahad pagi

**Mungkin ada kesilapan dalam senarai di atas terutamanya tentang hari bila tu tamu-tamu. Jadi kalau ada silap tulung BAGItaw k.. (tapi insya Allah betul,k )
Admin maw minta maaf juga kalau ndak dapat senaraikan semua tamu-tamu yang ada di Sabah. Apa kata kamurang tulung kacitaw apa-apa lagi tamu yang ndak tersenarai sini. Nanti baru kita update lagi. ^^

sumber: mr google dan beberapa artikel.. (kamu bulih check untuk kepastian k)