KENAPA NAMANYA BELURAN

beluran

Daerah Beluran, dahulunya lebih dikenali sebagai Daerah Labuk-Sugut dan telah wujud sejak awal Pentadbiran British North Borneo Charterd Company, ia merupakan antara Daerah yang terawal di Negeri Sabah.
Nama Beluran diambil sempena nama bukit yang menjadi “Land Mark” pekan ini, iaitu dalam bahasa Dusun Labuk, Sungai dan Tidong disebut “BULUDAN”. “Buludan” atau “buudan” bermaksud bukit. Nama tersebut digunakan oleh setiap etnik yang tinggal disitu. Bagi suku kaum Tidung Sambel “buud” atau “bulud” bagi Tidung Bangaweng bermaksud bukit, manakala “buudan” atau “buludan” bermaksud merujuk tempat yang berbukit iaitu tempat kedudukan balai polis sekarang ini.

Beluran
Ibu pejabat polis daerah Beluran

Pertukaran nama terjadi akibat daripada salah sebutan dan ejaan dalam surat menyurat oleh warga Inggeris yang tidak fasih menyebut perkataan dalam bahasa tempatan menyebabkan BULUDAN bertukar kepada BELURAN dan kekal sehingga kini.
Pejabat Pentadbiran Daerah ini telah ditubuhkan seawal tahun 1916 walaubagaimanapun semua rekod dan data berkenaan telah musnah akibat perang dunia ke dua, dan rekod Pegawai Daerah beberapa tahun juga musnah. Menurut sumber daripada orang lama, Encik B.S Willie telah dilantik sebagai Pegawai Daerah Beluran pada tahun 1945. KLAGAN merupakan Pusat Pentadbiran Daerah Labuk Sugut yang pertama, tetapi kerana kawasan tersebut seringkali dilanda banjir, Pemerintah British telah memindahkan pusat pentadbiran tersebut ke kaki bukit Beluran.
Jumlah penduduk terdiri daripada kaum bumiputera yang terdiri daripada Suku Kaum Kadazan Dusun, Sungai, Tidong, Bajau, Suluk, Rungus, Brunei, Dumpas dan Cina dengan pekerjaan utama, pekebun kecil (Kelapa Sawit), nelayan, peniaga kecil, pekerja ladang dan kakitangan kerajaan dan swasta. Hasil utama Daerah ialah kelapa sawit dan sumber laut.

Disebalik Nama Papar

Asal usul nama Papar

Sebut pasal asal-usul nama Papar, terdapat cerita bagaimana Daerah Papar ni dapat  namanya. Antaranya ialah kerana keadaan tanah kawasan Papar itu sendiri yang rata dan landai.  Orang Brunei adalah antara penduduk awal yang mendiami Papar. Dan dalam bahasa Brunei, tanah landai dan rata disebut “papar”.

Asal usul nama Papar
Pekan Papar

Manakala terdapat satu lagi cerita tentang nama Papar iaitu “papar” bermaksud batang-batang kayu hanyut yang banyak terdampar apabila berlaku banjir. (nda pasti itu bahasa kaum yang mana satu).
Papar
Gambar hiasan

Sebelum British memulakan pentadbiran mereka, Papar telah ditadbir oleh pembesar-pembesar tempatan. Ketua daerahmya adalah seorang yang berbangsa bajau  iaitu Datu Amir Bahar. Beliau pernah memimpin satu pemberontakan untuk  menghalau seorang pembesar Brunei yang pada ketika itu menguasai Daerah Papar.
Pembesar Brunei tersebut setelah dihalau keluar dari Papar, kemudiannya telah  menyerah daerah ini kepada dua orang asing iaitu Overbeck dan dua beradik Dent  pada tahun 1877.
Sementara  itu, pegawai British yang pertama ditugaskan di Papar ialah H.L. Leicester. Beliau telah mula bertugas pada bulan Februari 1878 dengan penuh harapan bahawa  beliau boleh mententeramkan keadaan di Papar supaya usaha untuk memperoleh  hasil ekonomi dari kawasan ini boleh dipertingkatkan.
Walau  bagaimanapun, pentadbiran awal British di Papar tidak bertahan lama kerana  masalah kesulitan kewangan.
Ikuti sejarah Papar seterusnya pada penulisan akan datang k atau anda bulih check sendiri di arkib negeri.
Sekian.