Borneo Ant House, Produk Pelancongan Baru Sabah Kini Dibuka!



TUARAN – Borneo Ant House, galeri bawah tanah seumpamanya di Malaysia bakal menjadi tarikan pelancongan baharu di Sabah apabila mula menerima kehadiran pengunjung mulai 1 Julai ini.
Galeri berkonsepkan rumah semut yang dilancarkan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun itu terletak di Kampung Kindu, Lebuhraya Tuaran-Tenghilan, di sini, kira-kira 41 kilometer dari Bandar raya Kota Kinabalu.
Pengarah Eksekutif Borneo Ant House, Sufiah Abd Rahim Lee berkata konsep dan idea galeri merangkap taman tema itu diilhamkan oleh suaminya Tarmizi Sandhu beberapa tahun lalu sebelum mengambil langkah seterusnya kerana melihat ada potensi untuk dibangunkan sebagai produk pelancongan.
Beliau yang juga seorang pesara guru berkata projek itu diusahakan bersama anggota keluarganya pada 2015 di atas tanah seluas 1.2 hektar dengan kos perbelanjaan kira-kira RM700,000.
“Selepas dua tahun, galeri dan taman tema ini siap dibina. Tidak hanya untuk menarik pengunjung beriadah serta memanfaatkan kualiti masa bersama keluarga, Borneo Ant House ini juga adalah platform untuk membuka peluang pekerjaan kepada penduduk di sini,” katanya yang ditemui pemberita selepas majlis pelancaran galeri tersebut.

Terdahulu, ketika berucap, Masidi turut memuji kesungguhan dan keberanian keluarga Sufiah untuk melabur bagi mewujudkan produk pelancongan di Sabah yang sememangnya mempunyai masa depan cerah memandangkan negeri ini adalah lubuk pelancongan.
“Inovasi dan kreativiti adalah dua elemen yang amat diperlukan dalam industri pelancongan. Produk pelancongan itu juga mesti mempunyai tarikan tersendiri yang dapat menarik pengunjung. Jika kita (Sabah) mempunyai lebih banyak produk pelancongan, maka akan lebih ramai pengunjung datang,” katanya.
Galeri tersebut dibahagikan kepada tiga bilik yang mempamerkan keindahan serta keunikan Borneo merangkumi bilik pameran semut dengan 463 replika semut, warisan budaya dan pedang.
Sebelum memasuki galeri berkenaan, pengunjung terlebih dahulu akan disambut oleh replika semut gergasi di pintu masuk galeri seterusnya menyuntik keterujaan pengunjung apabila meneroka bilik pertama galeri itu yang penuh dengan replika semut di dinding.
Selain itu, ia turut mempunyai taman tema dengan menerapkan keindahan alam semula jadi di persekitarannya serta rumah pokok moden dan laluan pejalan kaki jambatan gantung disediakan untuk pengunjung berjalan sambil menikmati udara nyaman selain dilengkapi kafeteria.
Bagi mereka yang berminat, harga tiket masuk ke Borneo Ant House untuk rakyat Malaysia ialah RM9 (kanak-kanak berusia antara 7 dan 12 tahun serta warga tua) dan RM19 (dewasa); manakala bagi pengunjung antarabangsa pula RM18 (kanak-kanak berusia antara 7 dan 12 tahun serta warga tua) dan RM36 bagi dewasa. – BERNAMA
Layari laman web mereka , https://borneoanthouse.com

TAJAU – Warisan Generasi

tajau

Tajau adalah panggilan di dalam dialek masyarakat yang ada di Borneo yang mana ianya merupakan sejenis tempayan yang agak sinonim dengan etnik pribumi Dusun/Murut di Sabah mahupun Etnik Iban di Sarawak. Tempayan di kalangan masyarakat Borneo adalah satu barangan warisan yang diperturunkan dari generasi ke generasi.
Berbalik pada kisah ‘warisan Tajau’ masyarakat Borneo,pada suatu waktu dahulu, tajau memainkan peranan yang besar di dalam keluarga masyarakat-masyarakat etnik di Borneo kerana ianya adalah bekas yang digunakan untuk menyimpan beras bagi kegunaan harian. Sebenarnya sejak dahulu kala lagi mempunyai kedudukan yang ekslusif di dalam masyarakat kerana mereka yang memilikinya juga menentukan kekayaan sesebuah keluarga itu.

Tajau
gambar hiasan

Dahulu harga sebuah tajau yang mempunyai ciri-ciri istimewa begitu berharga sehingga harganya lebih tinggi daripada emas dan beberapa kelengkapan lain seperti tabak, chapak, pinggan-mangkuk lama,
bedil,bebendai mahupun gong.
Terdapat 7 jenis tajau yang paling tinggi nilainya di dalam masyarakat iaitu
• Guchi,
• Sergiu,
• Ningka,
• Petanda Menaga,
• Rusa,
• Salang-salang
• Alas.
Setiap ciri-ciri tajau yang disebutkan ini melambangkan kedudukan sebenar pemiliknya suatu waktu dahulu.
Ironinya, pembuatan tajau bukan dilakukan sendiri tetapi ianya ditempah ataupun dibeli daripada penjual tajau daripada saudagar tembok besar China yang datang berdagang ke kepulauan Borneo suatu waktu dahulu. Dengan simbol-simbol tertentu dan lagi berusia tajau itu lagi mahal harganya di pasaran.

tajau
gambar hiasan

Walau dimana jua ianya berasal namun hakikatnya sememangnya ianya merupakan satu barangan yang
amat berharga di dalam keluarga masyarakat Borneo khasnya Iban dan Suku Kaum Dusun/Murut.
Bagi masyarakat Iban, tajau sebenarnya adalah satu kelengkapan semasa hidup dan mati. Semasa hidup ianya digunakan oleh tuannya untuk mengisi beras dan semasa matinya pula ia digunakan sebagai barangan yang dibawa bersama-sama oleh si mati yang dikenali sebagai “baiya” dan ianya akan dikuburkan bersama-sama dengan si mati. Semua ini adalah mengikut kepercayaan masyarakat yang mengamalkan animesme iaitu pagan, tajau ini akan membawa kesenangan kepada roh si mati di alam lain kelak.
Selain itu ada juga sesetengah masyarakat dahulu kala yang menjadikannya keranda kepada si mati contohnya jika si mati itu adalah kanak-kanak kecil kerana tajau yang sederhana boleh memuatkan mayat si mati namun begitu ianya tidak juga terbatas kepada kanak-kanak kecil yang mati kerana telah terbukti melalui penemuan tajau-tajau lama ada juga sesetengahnya yang besar-besar yang dijumpai memuatkan mayat orang dewasa yang berkemungkinan besar mempunyai hirarki tertinggi di dalam masyarakat suatu waktu dahulu.
Adat pengkebumian menggunakan tajau ini di amalkan oleh masyarakat Iban Sarawak bahkan hal ini juga di amalkan oleh Masyarakat Dusun/Murut yang ada di Sabah. Tetapi kini, ianya lebih banyak digunakan sebagai tempat simpanan nira kelapa ataupun beras yang diampaikan bagi kegunaan semasa musim perayaan ataupun keramaian.
Sumber Arkib Negeri Sabah

Jatah MAHKOTA Kerajaan Borneo Utara (1948)

Jatah MAHKOTA Kerajaan Borneo Utara (1948)

Jatah MAHKOTA Kerajaan Borneo Utara (1948)[/caption], selepas 3 tahun 9 bulan sebagai Borneo Kita di bawah pemerintahan Jepun (19.01.1942 – 11.09.1945) dan sebelum merdeka pada 31.08.1963. Kini Sabah.

Jatah MAHKOTA Kerajaan Borneo Utara (1948)
Jatah MAHKOTA Kerajaan Borneo Utara (1948)

Dokumen sejarah ini didapati dari fail Arkib luar negara (Basel Mission) di Eropah pada 9 Jun 2015.
Duli Yang Maha Mulia Baginda King, dengan titah perentah-nya yang bertarikh pada 13 haribulan September 1948, telah mengurniakan suato Mahkota kerajaan pada jajahan Ta`alok Borneo Utara. Dalam lukisan Mahkota kerajaan itu ada termasok Mahkota kerajaan Negeri2 selat, satu daripada-nya ia-lah Pulau Labuan pada masa sebelum perang dahulu dan juga Mahkota Kerajaan Cartered Company, yang mana mulai dari 1 haribulan November, tahun 1881 hingga sampai pada 15 haribulan July,tahun 1946, telah mempunyai kedaulatan perentahan-nya di-Borneo Utara.
Dalam Lukisan Mahkota Kerajaan itu ; Mahkota Kerajaan Labuan ada juga di-masokkan di-sebelah bawah daripada-nya yang menunjokkan Gunong Kinabalu di-sebelah belakang dan sa-buah kapal layar di-sebelah depan. Di-atas layar sekunyir yang besar pula ada kelihatan huruf ” T ” berarti ia-lah suatu pingat yang di-pakai oleh pasokan tersebut di-bahu-nua, dan ma`ana-nya Tobruk di-mana pasokan yang ke9 itu telah mendapat satu tawarikh kemanangan perang dengan Germans.
Mahkota Kerajaan Cartered Company ada di-masokkan, pertama dengan Singa dan kedua dengan dua tangan yang memegang tiang bendera. Adapun dua tangan itu memberi ‘alamat tentang kerjasama orang2 dalam Borneo Utara ini dengan British untok mendapatkan kemajuan negeri ini.
Adapun maksud chugankata bahasa latin “Pergo et Peragi” itu harti-nya “Bertekun dan bersunggoh2 akan mendapat kejayaan”
*sumber fb Jeffery George

Menariknya Sejarah dan Budaya Etnik Bisaya

Nama “Bisaya” adalah bukan nama sebenar suku kaum ini pada zaman dahulu, terdapat SEJARAH dan juga LAGENDA tersendiri di sebalik nama(Bisaya) sehingga ‘menyebabkan terbentuknya’ satu nama etnik baharu bernama Bisaya pada hari ini.
Masyarakat Bisaya dikatakan antara penerima Islam yang pertama di Pulau Borneo iaitu sejak di awal kurun ke-13 lagi. Masyarakat ini menerima Islam hasil daripada pengaruh yang telah disebarkan oleh pendakwah-pendakwah dari Negara Timur Tengah yang datang berdagang di Pulau Borneo dan akhirnya menyebarkan ajaran Islam dengan penduduk pribumi di Pulau Borneo.
bisaya
Di katakan bahawa sewaktu dahulu, pemerintahan di Pulau Borneo agak kucar-kacir dan banyak penindasan sehingga mengakibatkan masyarakat ini berhijrah daripada tempat asal iaitu dari wilayah Kerajaan Baruni yang telah wujud seawal kurun 977 Masehi lagi. Penghijrahan bagi survival inilah yang telah membentuk masyarakat Bisaya di Sabah yang banyak tertumpu dikawasan Beaufort, Sungai Padas, Sungai Klias, Pulau Gaya dan Labuan manakala bagi Sarawak, masyarakat Bisaya ramai mendiami Sungai Limbang.

Bisaya
Industri Sagu yang diusahakan kaum Bisaya

Jika dilihat daripada bahasa pertuturan pula, Bisaya Sabah bahasa pertuturannya hampir 90% persamaannya dengan bahasa Tatana iaitu bahasa pertuturan masyarakat Dusun Sabah manakala bagi Bisaya Sarawak pula hampir 60% menggunakan bahasa dialek Brunei.
Kehebatan Ilmu Mistik Etnik Bisaya sering diperkatakan,ada lebih kurang 40 jenis ilmu mistik dan kebatinan kaum Bisaya,dan salah satunya adalah “BITAS”.Ilmu Bitas adalah amat di geruni dimana orang lelaki yang terkena ilmu Bitas ini akan ‘kehilangan kemaluan’ dimana kemaluan terasa hilang dan tumbuh di dahi mahupun kemaluan terasa tumbuh di tempat lain. Oleh sebab itu Orang luar(lelaki) yang berniat mempermainkan anak dara kaum Bisaya agar berfikir 100X kerana bukan apa takut kemaluan hilang dan tumbuh di dahi.
Bisaya
Salah satu jenis tarian tradisi kaum ini yang terkenal adalah Tarian Alai Bubu (Sayau Salihid). Tarian ini adalah merupakan sebuah tarian yang berkonsepkan bubu ikan dengan menggunakan bubu/lukah(yang direndam/tenggelamkan di dalam air sungai atau air laut untuk menangkap ikan). Tarian ini ditarikan oleh 6 orang penari, 4 orang pengalai, 4 orang pemuzik serta 2 orang penyanyi.Tarian ini mempunyai Lagenda dan Mitosnya sendiri kerana ia bukan hanya sekedar tarian biasa namun mengandung unsur Mistik dan Jampi yang di sertakan bersama tarian alai bubu ini.
Kenyataannya, banyak lagi sejarah menarik kaum ini yang ramai tidak tahu. Sebagai Sabahan, kita seharusnya mengambil tahu sedikit sejarah berkaitan kaum-kaum yang tinggl di Sabah ini. Tak kenal maka tak cinta, kenal maka kita akan lebih saling hormat menghormati budaya orang lain.
*sumber Arkib Negeri Sabah

'Pakaian sedondon idea Akim' – Stacy

KUALA LUMPUR: Penyanyi Stacy, 26, mendedahkan idea untuk mereka sekeluarga mengenakan baju sedondon apabila keluar bersiar-siar adalah daripada suaminya sendiri, Akim Ahmad, 25.
Sejak akhir-akhir ini, pasangan selebriti terbabit bersama anak angkat mereka, Bella, sering mencuri perhatian peminat di laman sosial Instagram dengan gaya pakaian sama. “Pastinya ramai tidak dapat menyangka idea untuk memakai baju sedondon adalah daripada Akim.
Saya sendiri tidak pernah terlintas berpakaian sedondon jika sekadar keluar bersantai. “Akim juga mempunyai sikap unik yang tidak diketahui ramai, iaitu gemar untuk keluar berjalan-jalan. Dia boleh merajuk jika permintaannya untuk beriadah tidak diendahkan saya,” katanya kepada BH Online.
Katanya, mereka berdua memang mempunyai jadual kerja seni yang padat demi masa hadapan keluarga. Keadaan itu membuatkan masing-masing ada kalanya tidak sempat untuk bersua muka. “Justeru, saya memahami usaha Akim untuk meluangkan masa bersama,” katanya. Dalam perkembangan terkini, Stacy giat mempromosikan single terbaharu berjudul Romeo, ciptaan suaminya itu.
Pada masa sama, penyanyi ini sedang mengumpul bahan untuk album penuh. “Alhamdulillah, peminat memberikan sambutan memberangsangkan terhadap lagu Romeo. Ramai juga yang tidak menyangka saya tampil dengan lagu berentak sebegini. “Malah saya sendiri keliru sama ada ia harus disertakan dengan tarian rancak atau sebaliknya. Romeo akan dimuatkan di dalam album terbaharu saya, namun belum pasti bila ia akan berada di pasaran?” kata Stacy.
Sumber : http://www.bharian.com.my/node/139487