Ikan Kaloi Membuatkan Sakinah Popular

Rasanya admin tidak perlu memperkenalkan lagi kepada kamurang Sakinah vs Ondu ni kan. Admin pasti kebanyakkan daripada kamurang kenal sudah dia ni kan terutamanya video parodi “ikan kaloi” yang lucu dan pernah viral sebelum ni.
Ijan atau lebih dikenali sebagai Sakinah merupakan seorang yang sangat berbakat dan mempunyai peminatnya sendiri.Ketika ini sahaja,page Sakinah vs Ondu telah mencecah lebih 117 ribu likes.
Team Sabahan Dot My juga turut berkesempatan untuk temubual ibu dan bapa kepada Ijan @ Sakinah.
Bah jom tonton video ekslusif temubual Sakinah vs Ondu yang dibawa khas dari Sabahan Dot My.

Felicia Mikat

Felicia Mikat yang berasal dari Tambunan dan kini (2016) bersekolah di SMK Badin,Tuaran merupakan pemenang 3 pingat emas, 8TH ASEAN PARA GAMES Singapore 2015.
Adik Felicia Mikat,telah mengharumkan nama Sabah khususnya sekaligus nama Malaysia.
Pihak Sabahan Dot My berkesempatan untuk menghubungi dan menemubual adik Felicia Mikat kita.
Bah jom kita tengok sesi temubual adik Felicia Mikat bersama Sabahan Dot My.
Pihak kami harapkan lebih ramai lagi mereka yang di luar sana terus berusaha menonjolkan bakat mereka dan mengharumkan nama Sabah dan Malaysia.
Tahniah adik Felicia Mikat!