Artikel & Info Sabahan

Sejarah nama Pitas- Nopitas

Pitas

Daerah Pitas terletak kira-kira 195 kilometer dari Kota Kinabalu dan 132 kilometer dari Kudat. Bersempadan dengan Daerah Kota Marudu di sebalah barat, Daerah Beluran dan Paitan di sebelah timur. Populasi penduduk kebanyakannya adalah daripada etnik Rungus dan Orang Sungai (termasuk Tambanuo), dan sedikit daripada kaum Cina serta kaum etnik minoriti yang lain.
Pitas
Suatu masa lalu, nama daerah ini sinonim dengan daerah Kudat. Ramai yang beranggapan bahawa Pitas adalah Kudat. Golongan veteran masih dengan pemikiran bahawa ‘Pitas di bawah Kudat’. Ini disebabkan sebelum tahun 1975, daerah ini ditadbir oleh daerah Kudat. Semua urusan pentadbiran dilakukan di Kudat dengan menggunakan motorbot menyeberangi Teluk Marudu yang memakan masa perjalanan sekitar 3 jam. Pada masa yang sama, sewaktu zaman Jepun, ramai orang Cina di Kudat yang melarikan diri ke Pitas dan membuka petempatan di tebing-tebing Sungai Bengkoka. Oleh itu penduduk tempatan akan menumpang motorbot peniaga Cina ke Kudat untuk memasarkan hasil pertanian.
Nama Pitas adalah berasal dari perkataan “NOPITAS” iaitu perkataan bahasa Suku Kaum Sungai yang bererti ‘terputus’. Pada masa itu Sungai Bengkoka dilanda banjir dan akibat arus banjir yang deras Sungai Bengkoka telah terputus. Maka perkataan “NOPITAS” (Terputus) diabadikan oleh penduduk pada masa itu menjadi Pitas sehingga sekarang.
Pitas
Pada tahun 1975, Pitas dinaiktaraf menjadi daerah penuh dengan wujudnya cawangan beberapa agensi kerajaan seperti JKR, Pondok Polis, Pendidikan dan Kesihatan. Walau bagaimanapun, dengan kemudahan dan bilangan staf yang terhad, tidak banyak urusan rasmi yang dapat diselesaikan di sini. Kebanyakan masih merujuk di Kudat. Menjelang awal 80-an tapak Pekan Baru Pitas telah dikenalpasti dengan bermulanya pembinaan bangunan Urusetia. Sejak itu daerah ini mulai berubah wajah dengan lebih banyak agensi kerajaan dibuka(dinaiktaraf). Apabila jalan raya ke Kota Marudu mulai boleh digunakan penduduk mulai menggunakan kereta menuju ke Kudat. Pengangkutan melalui laut semakin tidak popular sehinggalah ‘menutup operasi’ sekitar tahun 1997.
Walaupun Pitas dikatakan menjadi daerah penuh namun pada dasarnya masih banyak agensi kerajaan yang ‘belum berdikari’ kerana masih bernaung dari Kudat sepert, JKR, Jabatan Air dan Jabatan Kesihatan.
Sumber Pejabat Daerah Pitas
Blog Maklin Masiau

Previous ArticleNext Article
Im Sabahan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend