Artikel & Info Sabahan, Hiburan Sabah

Disebalik Nama Kunak-Suatu ketika dahulu

Kunak

Daerah Kunak meliputi kawasan 438 batu persegi atau 1134km. Daerah ini terletak di sebelah Tenggara Pantai Timur Negeri Sabah. Ia bersempadan dengan Tawau di Selatan, Daerah Lahad Datu di Utara, dan Semporna di Timur. Kedudukan daerah ini ialah di antara Garis Lintang 4.41 darjah utara serta Garis Bujur 118.15 darjah Timur. Jarak jauh dari Tawau ialah 88km, Semporna 90km, Lahad Datu 78km dan Kota Kinabalu 500 km.
Kunak
Nama asal Daerah Kunak ialah Mostyn. Pada asalnya Mostyn ditadbir oleh sebuah syarikat besar yang menguasai kawasan pembalakan daerah ini dikenali sebagai Sabah Timber Company. Syarikat ini telah membina sebuah jambatan panjang bagi membolehkan kapal-kapal besar berlabuh untuk memuatkan kayu balak.

Kunak
Kapal M.V.Kunak berlabuh di kg pangkalan

Bermula dari kisah pelabuhan kapal inilah Mostyn ditukar namanya kepada Kunak, mengikut nama sebuah kapal dagang asing M.V.Kunak. Kapal dalam kelas 5,000 tan tersebut adalah kepunyaan Straits Steamship Company yang dibeli dari sebuah syarikat perkapalan Belanda, KPM pada tahun 1960. Jelaslah bahawa daerah ini mendapat namanya selepas tahun 1960.
Jumlah penduduk Daerah ini ialah seramai 44,000 orang (Banci 2000). Suku kaum utama di daerah ini adalah kaum Bumiputera keturunan Bajau dan Suluk dan kaum-kaum lain adalah Bugis, Kadazan dan Cina. Adalah dianggarkan lebih 95 peratus penduduk di daerah ini adalah Bumiputera beragama Islam
Pada asasnya Daerah Kunak merupakan daerah pertanian. Dianggarkan 80,000 hektar kawasan tanah adalah sesuai untuk pertanian. Tanaman utama di aderah ini ialah kelapa sawit, koko, getah dan kelapa. Di samping pertanian, Daerah Kunak juga terkenal dengan perusahaan perikanan. Daerah Kunak menghasilkan purata 25,000 metrik tan hasil-hasil laut setahun. Pembalakan juga merupakan salah satu aktiviti penting pada masa dahulu tetapi sektor ini tidak lagi aktif masa ini.
Sumber Pejabat Daerah Kunak

Previous ArticleNext Article
Im Sabahan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend