Uncategorized

TIPS MEMILIH BUAH TEMBIKAI YANG ORANG NDAK TAHU

Tembikai

Siapa yang ndak suka tembikai? Kebanyakan orang  suka dengan buah-buahan yang menyegarkan lagi manis. Kadang-kadang kita terfikir kalaulah kita ni petani yang berpengalaman, bulih beli tembikai berair, lazat, yang cukup masak, dan manis. Di sini kami SHARE sama kamurang tips untuk melihat dan memilih tembikai yang masak dan manis.
1.Tompok Kuning
tompok kuning tembikai
Pertama, apa yang kamu bulih check ialah lihat tanda atau ‘spot’ kuning pada buah. Ianya adalah tempat di mana tembikai itu terletak di atas tanah. Buah yang betul-betul masak sentiasa mempunyai tompok kuning atau oren-kuning berkrim, (kalau masih putih belum berapa tu).
2. Garis-garis Pendebungan Lebah.
tembikai
Seterusnya anda lihat garis-garis atau bintik-bintik perang pada tembikai. Garis itu menunjukkan lebah sudah menyentuh bahagian pendebungaan time tu tembikai masih bunga lagi. Lebih banyak pendebungaan oleh lebah, maka lagi manis tu buah.
3. Jantina dan Bentuk
tembikai
Ramai yang tidak tahu bahawa petani sentiasa membezakan tembikai mengikut jantina. Contohnya, yang jantan adalah lebih besar, mempunyai bentuk memanjang, dan rasa berair, manakala yang betina mempunyai bentuk yang bulat dan sangat manis. Di sini terpulang kepada anda memilih isi yang berair mahupun yang manis.
4. Saiz dan Berat
tembikai32
Selain itu, ia adalah lebih baik untuk memilih buah yang bersaiz sederhana ndak terlampau besar atau kecil. Apa yang penting ialah kamu pastikan berat buah ngam sama saiz buah itu sendiri.
5. Tangkai Kering
tembikai
Dan yang terakhir ialah kamurang tinguk pada tangkai tembikai. Kalau kering betul tu tangkai nah kompom masak. Kalau masih hijau maknanya buah dipetik terlampau awal dan mungkin belum masak sepenuhnya.
Ada satu lagi tambahan tips dari admin sendiri iaitu dengan mengetuk-ngetuk kulit luarannya untuk memastikan isi di dalam padat atau tidak. Jadi itu seja beberapa tips, kamurang bulih cuba sendiri untuk pastikan tembikai yang kamu beli masak, sedap dan manis. Kalau ndak yakin jugak kamurang tanya penanam tembikai.(hehehe)
 
sumber gambar mr.google
 
 

Previous ArticleNext Article
Anak jati Sabah berasal dari Kudat, Sabah yang mula berjinak lebih 11 tahun dalam pemasaran internet sejak tahun 2008 lagi bermula dari penulisan blog .Seorang yang berpengalaman dan berkemahiran dalam pelbagai bidang termasuk fotografi, videografi, membina laman web, rekabentuk grafik, penyelenggaraan komputer, rangkaian internet , sistem linux termasuk server dan banyak lagi. Founder Khaiz Group. Seorang Ambivert. Peminat setia dragon ball.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend