Resepi Makanan Sabah

Hinava, Makanan Tradisional Sabahan

Bagi penggemar makanan tradisional, hinava atau hinata merupakan antara makanan tradisional yang paling popular di Sabah. Bagi yang masih tertanya-tanya, istilah atau nama “Hinava” merujuk kepada hidangan yang dihasilkan tanpa perlu dimasak menggunakan api.

Bahan – bahan :

  1. Isi ikan tanpa tulang (boleh gunakan ikan tenggiri atau ikan yu. Boleh juga gantikan isi ikan dengan isi ketam atau sotong)
  2. 6 biji/ulas bawang merah (dihiris nipis)
  3. 4 biji/ulas bawang putih (dihiris nipis)
  4. 4 -5 biji limau kapas (boleh gantikan dengan limau kasturi juga)
  5. Seulas kecil halia (dalam 1 inci)
  6. 3 – 4 ulas/biji cili merah (dihiris nipis)
  7. Sedikit garam dan serbuk perasa
  8. Hirisan peria/ tomato/ bambangan (pilihan)

Cara – cara penyediaan:

  1. Cincang isi ikan (jangan terlalu hancur).
  2. Tuang sedikit air panas ke atas isi ikan selama 1 minit.
  3. Buang air isi ikan/toskan isi ikan.
  4. Gaulkan isi ikan bersama bawang merah, bawang putih, halia, cili merah, garam dan sedikit serbuk perasa.
  5. Perah limau kapas / kasturi untuk mendapat jus masam.
  6. Gaulkan jus limau kapas / kasturi bersama isi ikan.
  7. Campur dan gaul hirisan peria/tomato atau bambangan bersama isi ikan (jika mahu).
  8. Perap selama 15 minit.
  9. Siap untuk dihidang.

Tips:

  1. Pastikan anda gunakan isi ikan yang segar. Jika tidak hinava and akan jadi pahit.
  2. Semasa menghiris limau, pastikan biji limau tidak terhiris bersama kerana jus akan menjadi pahit.
  3. Anda boleh kurangkan jumlah limau jika tidak suka terlalu masam.
  4. Peria biasanya ditambah bagi mengurangkan rasa masam.

SELAMAT MENCUBA!!!

 

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend