Uncategorized

Hari-Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah)

Hari-hari tasyrik

Hari tasyrik merupakan hari-hari yang jatuh pada tarikh 11, 12 dan 13 Zulhijah. Ia dinamakan tasyrik kerana pada hari tersebut daging korban dibahagikan. Hari tasyrik ialah tiga hari selepas solat Hari Raya Aidiladha.
Hari-hari tasyrik yang turut dikenali sebagai hari-hari Mina ini adalah hari yang dimuliakan oleh Allah dan memiliki keutamaan.
Firman-Nya dan maksudnya,
Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah dalam beberapa hari yang terbilang.
-Surah al-baqarah:203
Hari-hari tasyrik
Di dalam Tafsir Ibnu Kathir, telah dibawa sebuah riwayat daripada Ibnu ‘Abbas yang berkata: ‘hari yang terbilang’ adalah hari-hari tasyrik. Di dalam kitab tersebut, al-Hafiz Ibnu Kathir telah membawa sebuah riwayat daripada Nubayshah Al-Hudzali. Beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda,
Maksudnya:
Hari tasyrik adalah hari untuk makan, minum dan berzikir.
-Hadis riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, no:19797
Hari-hari tasyrik
Menerusi hadis ini, kita dapat fahami dua perkara tentang hari tasyrik.
a) Ia termasuk perayaan Aidiladha. Ia adalah hari untuk makan dan minum serta bergembira. Oleh itu digalakkan berkumpul bersama keluarga serta sahabat dengan menyediakan jamuan makan sesuai dengan adab dan tuntutan syarak yang perlu dijaga dan tidak membazir.
Oleh itu, pada hari tasyrik termasuk dalam hari-hari yang diharamkan untuk berpuasa.
b) Ia adalah hari untuk memperbanyak zikir kepada ALLAH, terutamanya takbir dalam rangka memperbesar serta mengagungkan-Nya.
Di dalam Sahih al-Bukhari telah diriwayatkan dan maksudnya,
Ketika di Mina(pada hari-hari tasyrik), ‘Umar mengumandangkan takbir di dalam khemahnya sehingga orang ramai yang berada di dalam masjid mendengarnya. Maka, mereka dan orang ramai yang sedang berada di pasar turut serta mengumandangkan takbir sehingga kota Mina bergemuruh dengan takbir. Ibnu ‘Umar mengumandangkan takbir di Mina pada hari-hari tasyrik setiap kali selesai melaksanakan solat, di tempat tidurnya, di dalam khemah, di dalam masjid dan ketika dia sedang berjalan pada hari-hari itu.
– Diriwayatkan oleh al-Bukhari di bab Takbir Pada Hari-Hari Mina dan Ketika Berangkat Menuju Arafah di dalam Sahihnya.
Hari-hari tasyrik

Previous ArticleNext Article
Anak jati Sabah berasal dari Kudat, Sabah yang mula berjinak lebih 11 tahun dalam pemasaran internet sejak tahun 2008 lagi bermula dari penulisan blog .Seorang yang berpengalaman dan berkemahiran dalam pelbagai bidang termasuk fotografi, videografi, membina laman web, rekabentuk grafik, penyelenggaraan komputer, rangkaian internet , sistem linux termasuk server dan banyak lagi. Founder Khaiz Group. Seorang Ambivert. Peminat setia dragon ball.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend