Tamparuli Jam (Music & Art) 16 – 17 Disember 2017 ini!


Bagi mereka yang mempunyai kelapangan waktu pada 16 – 17 Disember 2017 ini, jangan lupa datang ke Tamparuli Jam (Music & Art) bertempat di Tamparuli Living Arts Centre (TaLac).
Terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada masa tersebut terutama berkaitan muzik & seni lukisan terutamanya.
.
MASUK ADALAH PERCUMA!

 
Temui juga bro Herman Duang pada event Tamparuli Jam nanti yang akan kongsikan ilmu berkaitan Airbrush.

 
Beberapa artis juga akan turut serta antaranya Jonathan Tse, Yazer Yusof, Leo Danniel, Ayumi Yusof , Sarma Cherry,Nathalie Richard termasuk beberapa band tempatan!

Lokasi TaLaC :

Bah jum sama-sama ke event tersebut, Sabahan Dot My pun akan turut serta sekali k ^^
Event FB : https://www.facebook.com/events/1999343713613990/

Jom Ke Tamu Gadang Ke-19 2017! Ada Artis Popular!

Bah tidak lama lagi Tamu Gadang!
Dalam beberapa hari lagi, Tamu Gadang Ke-19 2017 akan bermula.
Tanpa kita sedari, Tamu Gadang kini telah masuk tahun ke-19 dan setiap tahun, terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena program Tamu Gadang ini.
Tamu Gadang kali ini dijangka bermula dari 14 Nov – 21 Nov 2017.
Baiklah, admin kongsikan beberapa program menarik yang akan berlangsung pada Tamu Gadang Ke-19 ini nanti :

Selain itu juga, terdapat juga artis-artis popular yang akan memeriahkan program Tamu Gadang kali ini antaranya ialah Haqiem Rusli, Ernie, Wany Hasrita, Putera Band , Shamim, Atmosfera dan banyak lagi!

Oklah dari semasa ke semasa, admin akan kemaskini jika terdapat sebarang perubahan ataupun pertambahan untuk program Tamu Gadang kali ini ya! Sabahan Dot My akan berada untuk program Tamu Gadang kali ini. Jumpa di sana!

GingKaras, Satu Lagi Medium Hiburan Di Sabah!


Selain Sabahan Dot My, terdapat lagi beberapa komuniti baru Sabahan muncul antaranya ialah GingKaras.
GingKaras merupakan sebuah laman komuniti sosial terbaru di Sabah, yang banyak memberi info berguna kepada masyarakat mengenai seni dan hiburan tempatan Sabah, sukan dan kecergasan, keusahawanan, dan pelbagai lagi pengisian menarik.
GingKaras adalah sebuah medium informasi dunia maya/internet yang bernaung di bawah Borneo Legend Broadcasting Sdn Bhd.
Teman penghibur para pembaca dan penonton, dibangunkan pada awal Ogos 2017, GingKaras dengan tagline ‘Layan Abis’ boleh dilayari menerusi laman sosial Facebook atau laman webnya di www.gingkaras.com.
GingKaras.com buat masa ini lebih banyak memainkan peranan dalam rancangan berbentuk video menerusi GingKaras TV.Menampilkan barisan-barisan krew mereka antaranya Keewon, Ben Simon, Ateng dan banyak lagi.

Ditanya mengapa mereka memilih nama GingKaras, GingKaras merupakan istilah, panggilan dan ungkapan yang merujuk kepada perhubungan persahabatan yang begitu erat di antara dua, tiga atau ramai kawan dalam sesebuah kumpulan.
Melihat kepada perhubungan yang sedia terjalin dalam kalangan pekerja atau kakitangannya, maka pihak pengurusan Borneo Legend Broadcasting Sdn Bhd telah sebulat suara memilih nama GingKaras sebagai nama yang bakal menjadi jenama baharu mewakili syarikat produksi berkenaan.
Untuk info lanjut mengenai GingKaras, anda boleh layari terus laman web mereka melalui https://gingkaras.com . Terdapat video-video menarik yang dihasilkan oleh mereka..Jum tengok!

Makna ‘Baru-nah’ Disebalik Nama Brunei

brunei

Etnik Brunei adalah salah satu kaum minoriti di Sabah. Suku kaum ini banyak terdapat di Wilayah Persekutuan Labuan, Membakut,Beaufort,daerah Papar,Bongawan serta beberapa daerah lain ,di Negara Brunei Darussalam dan terdapat juga di Lawas dan Limbang Sarawak.
Asal usul etnik ini di Sabah sangat berkait rapat dengan sejarah Kesultanan Brunei. Suatu masa dahulu, sebelum kedatangan penjajah British di Sabah, Sabah merupakan salah satu jajahan takluk KesultananBrunei. Oleh sebab itulah terdapatnya etnik Brunei di Sabah.
Sabah mula terpisah Kesultanan Brunei pada 11 Ogos 1865 apabila konsul Amerika, Charles I. Moses menubuhkan ‘American Trading Company’ di Ellena (Kimanis), Sabah. Ini diikuti lagi dengan penjajahan British, Jepun, British Colony dan akhirnya sehinggalah penyertaan Sabah dalam ‘Membentuk’ Negara Persekutuan Malaysia bersama-sama dengan Malaya, Singapura dan Sarawak pada 16hb September 1963.
Seperti mana etnik-etnik lain, etnik Brunei juga mempunyai sejarah yang tersendiri mengenai asal usul nama ‘Brunei’. Berdasarkan catatan tradisi lisan yang diperoleh daripada Syair Awang Semaun, perkataan ‘Brunei’ berasal daripada perkataan ‘baru nah’. Mengikut ceritanya,rombongan klan atau Sakai yang dipimpin Pateh Berbai (dari Kerajaan Paggaruyung Minangkabau)pergi ke Sungai Brunei untuk mencari tempat mendirikan negeri baru. Setelah mendapati kawasan itu berkedudukan strategik(diapit oleh bukit, air, mudah untuk di kenali ,memudahkan pengangkutan, dan kaya ikan),maka mereka pun mengucapkan perkataan ‘baru nah’ yang bererti tempat itu sangat baik dan berkenan di hati mereka.

brunei
Gambar hiasan

Perkataan ‘baru nah’ itu lama kelamaannya berubah menjadi Brunei.
Adapun jenis-jenis tarian Brunei Asli ini mempunyai pelbagai jenis dan mempunyai makna dan maksudnya tersendiri. Antara jenis-jenis tarian tersebut ialah Tarian Alus Jua Dendang, Tarian Samalindang, Tarian Dundang-Dundang, Tarian Adai-Adai, Tarian Kayum oh Ya Kayum, Tarian Zapin Laila Sembah, Tarian Joget Baju Putih, Tarian Indung Anak, Tarian Naindung,Tarian Medayut / Mendayut, Tarian Lanang Beladu Lanang dan Tarian Dang Mengalai.

brunei
Gambar hiasan

Namun begitu jika menelusuri Sejarah yang di perolehi dari Syair Awang Semaun menyebutkan leluhur Bangsa Brunei berkait rapat dengan Kerajaan Paggaruyung Minangkabau,ini dapat di lihat daripada gelaran-gelaran pembesar Kerajaan Brunei yang ‘sama’ dengan gelaran Kerajaan Melayu, Paggaruyung Minangkabau.

sumber arkib negeri Sabah
sumber gambar; mr google, borneohistory blogspot dll

LEMBANGAN MALIAU ‘LOST WORLD OF MALAYSIA’

Maliau Basin

Namanya jarang disebut sebagai bukti ‘kemisteriannya’ dan tidak ramai yang berpeluang memasuki kawasan hutan asli Lembangan Maliau atau lebih dikenali sebagai Maliau Basin yang terletak di bahagian tengah selatan Sabah-Keningau.

Lembamgan Maliau dalam peta
Lembamgan Maliau dalam peta

Kunjungan hanya dibenarkan kepada mereka yang diberikan kebenaran untuk melawat oleh Yayasan Sabah. Selepas diwartakan sebagai kawasan pemuliharaan pada 1981, hutan dara yang mengandungi ekosistem paling terlindung dan tidak terusik di dunia itu masih menyimpan banyak misteri kepada kita semua.
Kesempatan menjejakkan kaki ke kawasan itu meninggalkan sedikit rasa kempunan kerana persinggahan sehari tidak memberi banyak peluang untuk saya menceritakan dengan lebih terperinci keistimewaan yang terdapat di Lembangan Maliau.
Apa yang dikongsikan di sini sekadar pengalaman satu malam berada di situ yang diolah dengan maklumat-maklumat daripada risalah pelancongan yang disediakan pihak pengurusan.
Namun, beberapa keping gambar dan perkara yang dilalui semasa mengikuti Ekspedisi Isuzu Dura Mission ke kawasan itu dapat merumuskan bahawa negara hanya memiliki satu aset seperti Lembangan Maliau malah tidak ada sepertinya di mana-mana di dunia ini.
Memandangkan tempoh persinggahan yang terhad, pihak penganjur memilih ‘jalan pintas’ untuk memberi peluang kepada kami melihat Kawasan Hutan Simpan Perlindungan Kelas 1 itu.

Kawasan Hutan Simpan Perlindungan Kelas 1
Kawasan Hutan Simpan Perlindungan Kelas 1

Kunjungan udara menaiki helikopter selama 10 minit memperlihatkan keindahan kawasan seluas 588 kilometer (km) persegi yang digelar oleh golongan penyelidik dan pencinta alam semulajadi sebagai The Lost World of Sabah.
Dari jauh terpampang cenuram setinggi kira-kira 1,600 meter yang jika berwarna merah pasti menyamai bentuk Grand Canyon, di Arizona. Dan melihat ketebalan hutan di kawasan itu, ia tidak ubah seperti melihat hutan Amazon di dalam Discovery Channel.
Keadaan fizikal bumi itulah yang membentuk lembangan menjadi hutan tanah rata dan berbentuk bulat yang dikatakan ‘memerangkap’ segala penghuninya daripada meninggalkan hutan itu. Di dalam kawah berbentuk bulat itu, hidupan liar dikatakan membiak dalam dunia mereka sendiri. Mungkin mirip dunia Jurasik.
Di tengah-tengah hutan dipterokap itu mengalir Sungai Maliau yang menghasilkan puluhan air terjun. Yang terbesar adalah Air Terjun Maliau yang mengalir deras di atas tujuh lapisan batu gergasi. Pandangan dari udara yang begitu menakjubkan. Curahan air kuning jelas menunjukkan hutan itu padat dengan tumbuhan-tumbuhan gergasi.

Puluhan air terjun
Puluhan air terjun
basinbasin
Antara air terjun Maliau

Difahamkan, jika meredah hutan dari Pusat Pembelajaran Lembangan Maliau (MBSC) yang menjadi tempat penginapan pelawat, perjalanan ke lokasi itu biasanya mengambil masa berhari-hari.
Lembangan Maliau juga salah satu daripada kawasan tadahan air luas yang melimpahkan air melalui saliran tunggal yang akhirnya bertembung dengan Sungai Kinabatangan, laluan air sungai terbesar di Sabah. (peace V)
Menurut Ranjer Hutan Unit Hospitaliti dan Rekreasi, Mohd. Rafi Bunggau, terdapat lebih daripada 80 mamalia dikenalpasti menghuni hutan itu termasuk gajah Asia, badak sumbu, beruk proboscis, beruang matahari, harimau dahan, seladang, kijang dan pelbagai jenis haiwan mursupial.

Lembangan Maliau
Mursupial

Ketika mengikuti safari malam berhampiran chalet penginapan (pusat penyelidikan) pada sebelah malamnya, haiwan seperti musang dan rusa beberapa kali kelihatan tidak jauh dari laluan yang kami gunakan.
Suasana di situ juga tidak pernah sunyi daripada kicauan unggas. Maklumat daripada pihak pengurusan menyatakan lebih daripada 290 spesies burung termasuk burung Bekia dan burung Jambul menghuni hutan itu.
Di celah-celah pepohon renek pula tersembunyi lebih 35 spesies amfibia, antaranya katak yang berumah di dalam periuk kera dan hidupan invertebrata seperti ketam dan lebah air.
Selain itu, lembangan juga menjadi habitat kepada tidak kurang daripada satu perempat spesies burung yang disahkan terancam oleh Kesatuan Pemuliharaan Dunia (IUCN).
Rekod flora daripada penyelidikan sejak 1996 pula mengklasifikasikan lebih daripada 1,800 spesies tumbuhan, termasuk enam spesies periuk kera, 80 orkid dan pokok Agathis gergasi.
Lembangan Maliau juga disahkan sebagai lokasi kedua penemuan habitat spesies Rafflesia Tengku-Adlinii di Sabah.
Dengan begitu banyaknya keunikan dan juga misteri Lembangan Maliau yang masih yang belum terungkai layaklah jika kita menyifatkan Lembangan Maliau ini sebagai khazanah negara dan dunia yang harus kita kekalkan dan tidak harus diteroka. Biarkan ianya tetap misteri sebagai hadiah kita kepada generasi akan datang.

**Penulisan di atas merupakan dari pengalaman sendiri oleh blogger enck. Abd. Halim Hadi. Sila rujuk blog beliau acrossplanet.