Lagu Baru SATU DALAM KARYA – Kelvin ft EBI KORNELIS [ID ft MY]

Baru-baru ini, admin ada dengar lagu baru dari Ebi Kornelis bersama seorang penyanyi Kelvin Fordatkossu dari Ambon, Tobelo – Maluku, Indonesia yang bertajuk Satu Dalam Karya [ Goyang Nusantara ]. Bagi admin lagu ini memang menarik dan sangat sesuai juga jika dimainkan di majlis-majlis keramaian.

Menurut Ebi, lagu ini adalah hasil kolaborasi mereka antara dua negara iaitu Malaysia & Indonesia. Video Klip untuk lagu ini juga akan direalisasikan pada 5 Feb 2019 nanti.
Jom ikuti dialog temubual admin bersama Ebi Kornelis untuk lagu ini.

Bagaimana dapat idea untuk menghasilkan lagu tersebut & kerjasama dengan artis indonesia?
Idea ni tercetus dari tahun 2012 lagi bila saya lihat lagu2 berentak poco2 ni mendapat sambutan di mana2 majlis. cuma saya tidak tahu macam mana mahu mula ketika itu.Saya rasa ingin mencipta lagu2 macam begitu tapi macam susah mahu dapat ilham. hinggalah pada hujung tahun 2017.

Saya berkawan dengan penyanyi yang fenomena dengan lagu goyang Tobelo saudara Kelvin. sering mengikuti perkembangannya melalui media sosial. sampai satu hari saya cakap harap dapat kolaborasi dengan saya sebab lagu2 kamu banyak peminat di Malaysia.lepas beberapa bulan kemudia dia setuju dan mahu untuk kolaborasi dengan saya. Dia mahu Feat saya dalam lagu satu dalam karya (Goyang Nusantara). saya setuju dan memberikanya idea. sebab itulah lagu tu agak lain dari yang biasa. ada juga unsur2 Sabah seperti liriknya ada di sebut pasal Daerah Tawau, kinabalu, Malaysia dan Terima Kasih Boss ku.

Lagi satu yang buat saya semakin bersemangat mahu bikin lagu dengan Kelvin asal dari maluku ambon ni. sebab susah mahu tembus di Kuala Lumpur jadi baik saya cuba kolaborasi dengan artis negara jiran. terus ke level antarabangsa. selama ni kita hanya tahu lagu mereka berentak poco2. apakata kali ni kita kenal kan juga unsur2 tempatan Sabah dalam lagu asli mereka.

Siapa penulis & pencipta lagu tersebut?
– Lagu ini dicipta dan ditulis oleh kami berdua, Kelvin fordatkossu & Ebi Kornelis.

Apakah konsep & mesej lagu tersebut yang cuba ditonjolkan kepada masyarakat?
– Menghibur & Mesejnya ialah kita sama2 berasal dari nusantara. sama2 kita jaga kedamaian yang ada di Nusantara. Malaysia dan Indonesia banyak persamaan adat dan budaya. harap melalui lagu ini dua negara semakin mengenal antara satu sama lain. Lagu ini nanti ada tariannya juga.

Apa Cabaran ketika menghasilkan lagu ini?
Cabarannya saya kena menyanyi dalam bahasa maluku ambon. saya takut sebutannya tidam ngam. Tapi alhamdulilah ada yang memuji sebutan saya seperti asli orang Maluku.

Harapan Ebi untuk lagu ini?
Harapan saya lagu ni akan jadi fenomena dan dapat di terima masyarakat seperti mereka menerima lagu2 seperti poco2, jamilah2, lecobiat, Gemu gamire dan Goyang Tobelo.

Apa perkembangan terbaru & perancangan Ebi Untuk tahun 2019?

Perkembangan terbaru saya sibuk dengan beberapa penggambaran yang baru saja selesai iaitu Supertelemovie Seram PUAKA PAK SELAR untuk tayangan ASTRO dan Film aksi Saya sebagai hero juga i sya Allah akan keluar Tahun Ini.

Apa harapan ebi untuk industri seni sabah terutamanya?
Harapan saya sama industri Sabah. harap dapat lebih aktif pada tahun Ini. semoga lebih rancak lagi.Kualiti-kualiti karya2 seni tempatan di harap dapat meningkat, jangan main tangkap muat saja.

Nasihat untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia seni.
Nasihat untuk yang baru berjinak ni…. berani buat berani tanggung. sekali masuk dalam sini Jalan terussss😁


Terima kasih kepada Ebi Kornelis kerana sudi berkongsi cerita dengan Sabahan Dot My, dari kami juga, semoga industri seni di Sabah ini terus berkembang dan semakin mendapat hati di seluruh negara.
Semoga usaha Ebi Kornelis juga menghasilkan lagu ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kedua negara, Malaysia – Indonesia. MUZIK MENYATUKAN KITA SEMUA.

Musik Arr : Alan Darmawan
Cipt : Kelvin Fordatkossu / Ebi Kornelis
Maluku indonesia ka malaysia

Memang talalu jau tapi satu jua mama
Coba angka suara lai
Par dong basudara bai
Bersatu dalam lagu kas tau
Katong baku jaga bae bae

Biar tapele gunung tanjong
Katong beda kampong
Mar seng bisa pele katong pung mau mama..
Goyang Tobelo lai..
Bisa poco poco lai par hibur samua.

Reff:
Dari kinabalu malaysia
Deng tobelo ambon indonesia
Katong dua bale par hibur basudara samua..
Beda negara tak jadi masalah
Bersatu dalam satu karya
Salam damai persaudaraan
Mari kita jaga…

RAP :

MALUKU INDONESIA KE NEGERI JIRAN MALAYSIA
BERSATU DALAM LAGU KOLABORASI BETA DENG DIA
GOYANG TOBELO MACAM POCO POCO
BALE PAR HIBUR BASUDARA SAMUA

DARI TOBELO AMBON KE KINABALU
SINGGAH KE TAUA MEMBELI BELAH
SAYANG MALAYSIA SAYANG INDONESIA
KITA BERSATU DI DALAM LAGU

PALING BAKU MASO BETA DIA SENG BEDA
BIAR BEDA TAMPA KATONG SATU SUARA
TALI PERSAUDARAAN MARI KATONG JAGA
TERIMA KASIH BOSS KU

 

 

Menahan Pilu, Lagu baru dari Atmosfera.

Baru-baru ini, admin dengar lagu baru dari Atmosfera Menahan Pilu (versi akustik), memang terbaik dan pertama kali dengar lagu ini admin sudah jatuh cinta dengan karya ini.

Dikhabarkan, lagu ini adalah ciptaan sendiri dari bapa mereka, Rayner Rupin yang juga sebelum ini pernah menciptakan lagu Atmosfera yang sangat popular iaitu Berakhirlah Sudah.

Ketika dihubungi uyu (manager Atmosfera), dikatakan lagu telah siap sedang menunggu untuk official direalisasikan.

Bagi yang belum menonton lagu terbaru mereka di Youtube, anda boleh tonton video tersebut di channel official rasmi Atmosfera (Jangan lupa subscribe sekali ya 🙂 )


Anda juga boleh subcribe channel mereka di sini :
https://www.youtube.com/channel/UC5hSZz7svxTSVHI1alvljAA

Sama-sama kita tunggu official untuk lagu ini berserta muzik videonya akan datang.


Tajuk Lagu: Menahan Pilu
Lirik/Lagu : Rayner Rupin
Published by Rusa Marketing Sdn Bhd

Kau persiakan cintaku dulu
Kau ragukan hatiku yang jujur
Cinta yang kusangka, kan kekal abadi
Rupanya hanya sementara

Hadirnya penghalang cinta kita
Pujuk rayunya meracunimu
Mencuri cintaku membawa kau pergi
Meleburkan semua impianku

Kini ku tersiksa
Menahan pedih dan sakit hatiku
Kau yang tersenyum bersamanya
Menambah sedih dan pilu hatiku

Mengapa kasihku
Dirimu lemah menempuh dugaan
Janjimu sehidup semati
Sayangnya semua tak kesampaian

Pergilah kau kasih dengannya
Ku relakan walaupun ku sakit
Kuhimpun doaku, moga kau bahagia
Bersamanya selama-lamanya

Kini ku tersiksa
Menahan pedih dan sakit hatiku
Kau yang tersenyum bersamanya
Menambah sedih dan pilu hatiku

Mengapa kasihku
Dirimu lemah menempuh dugaan
Janjimu sehidup semati
Sayangnya semua tak kesampaian

Pergilah kau kasih dengannya
Ku relakan walaupun ku sakit
Kuhimpun doaku, moga kau bahagia
Bersamanya selama-lamanya

© 2018 | RUSA MARKETING SDN. BHD. | All Right Reserved

Kehadiran Lotter Menguatkan Radio VOKFM Sabah!

Kota Kinabalu, 4 Januari 2018, Sabahan Dot My dijemput untuk menghadiri sidang media bagi memperkenalkan penyampai baru & segmen VOKfm 2018.
Selepas 3 bulan dirasmikan dan bersiaran secara online, stersen radio baharu Sabah, VOKfm memulakan misi tahun baru 2018 dengan memperkenalkan seorang lagi penyampai baru bagi memantapkan lagi barisan penyampai sedia ada. Penyampai baru yang dimaksudkan ialah Lotter.

Berbeza dengan kemunculan beliau di beberapa stesen radio tempatan sebelum ini, dengan menggunakan nama “Lotter“, diharapkan kemasukkannya sebagai ahli keluarga baru VOKfm akan memantapkan lagi barisan penyampai sedia ada iaitu Rey Kimara, Beebey, Felix Agus, Ramli Carlo, Maldini, Aedy dan Kapten.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) selaku pengurus stesen VOKfm, Mohammad Faqrullah Azim (Kapten) berkata, pemantapan barisan penyampai ini adalah sebagai persiapan ke arah FM. Ini sekaligus adalah jelas dengan misi untuk sentiasa tampil dengan pembaharuan serta perubahan yang terkini mengikut kehendak pendengar. Dengan gabungan penyampai-penyampai ini, pastinya sesuai dengan visi untuk menjadi satu jenama kebanggaan Sabah. VOKfm akan terus fokus dari segi muzik, hiburan, informasi & pengisian gaya hidup terkini,” katanya.


Menurut pengurus program VOKfm, Rey Kimara pula, “Kehadiran Lotter di VOKfm adalah sebagai pelengkap kepada kekuatan barisan hadapan VOKfm.,” katanya.
VOKfm menjangkakan akan memulakan siaran FM sepenuhnya menjelang awal April dan bakal memberikan impak positif kepada industri penyiaran radio negara selain menjadi medium pengiklanan untuk pelanggan yang mempunyai potensi dan pasaran yang luas di Sabah. Untuk menjadikan VOKfm sentiasa menjadi pilihan pendengar masyarakat masa kini, pelbagai perancangan telah diatur antaranya , penyusunan semula kandungan sedia ada yang akan diperkenalkan bermula 15 Januari melalui kempen Lotter Mencari Segmen. Kempen selama seminggu ini akan memberi peluang Lotter untuk ke udara di semua segmen sepanjang hari dan pendengar diberi peluang untuk memberikan pendapat tentang slot manakah yang sesuai untuk Lotter ke udara.
Buat masa ini, VOKfm bersiaran selama 24 jam dengan pengisian slot segmen bermula 6 pagi hingga 2 pagi. Untuk informasi lanjut, pendengar boleh melayari laman web serta laman sosial media rasmi VOKfm iaitu;
www.vokfmsabah.com
FB/Instagram/Twitter : vokfmsabah

BENGKEL HAKCIPTA, BIKIN LAGU & MUZIK VIDEO DI SABAH


Kota Kinabalu, 24 Julai – Luncai Emas dengan kerjasama FINAS, Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negeri Sabah (JKKN) dan Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) telah menganjurkan Bengkel Hakcipta, Bikin Lagu & Muzik Video kepada hampir 300 peserta yang terdiri daripada kalangan warga industri kreatif negara di Kompleks JKKN, Penampang.
Para peserta yang menyertai bengkel ini didedahkan dengan potensi kerjaya sebagai pemuzik, komposer dan penulis lirik. Selain itu peserta turut diberi penerangan berkaitan kepentingan mendaftar dan menguruskan harta intelek (IP), hakcipta dan tuntutan royalti. Turut disentuh adalah aspek penerbitan muzik video untuk lagu serta kesinambungannya dalam mesej sesebuah filem atau TV.
Tenaga pengajar yang dijemput bagi berkongsi berkaitan program ini adalah Dato’ (Dr) M. Nasir yang juga merupakan penyanyi, komposer, penerbit, penulis skrip Negara, En. Keon Omar, pengarah produksi & penulis lirik, Pn. Jennifah Johari, pengarah & pengurus hakcipta, En. Sham Amir Hussain, penulis lirik, dan Abdul Razak Kassim, pensyarah perfileman.
Sumber : http://www.finas.gov.my/en/bengkel-hakcipta-bikin-lagu-muzik-video-di-sabah/

Tipe-X @ Malaysia (Live In Kota Kinabalu)

Tipe-X
Bebas Pusing, Salam Rindu, Pacar Yang Baik, Genit…..
Siapa yang pernah mendengar tajuk-tajuk lagu di atas, itu merupakan antara lagu-lagu sebuah kumpulan yang memperjuangkan konsep Ska dari Indonesia yang menggelarkan diri mereka sebagai Tipe-X.
Buat pertama kalinya dalam sejarah di Malaysia, Tipe-X bakal menjejakkan kaki mereka, bukan di Kuala Lumpur, tetapi di Sabah, Negeri Di Bawah Bayu pada 10 Disember 2016 ini.
tipe-x
14716209_660426817449269_4437079760568748545_n
Hiburan NST percaya setiap peminat setia Tipe-X sudah pasti berdebar-debar menantikan kehadiran band ini yang masih utuh sebagai band Ska terbaik di Indonesia.
Tipe-X dibentuk pada September tahun 1995, pada mulanya kelompok ini menggunakan nama Headmaster sebagai nama band, namun mereka akhirnya memilih nama Tipe-X bagi memudahkan peminat mereka mengingati band itu.
Album pertama Tipe-X berjudul Ska Phobia diterbitkan pada tahun 1999 dengan single ‘berhantu’ utama bertajuk Genit dan Angan yang sekaligus menaikkan nama Tipe-X di persada seni Indonesia sehingga terjual melebihi 380 Ribu unit dan turut dikenali di negara jiran, Malaysia.
Lagu-lagu seperti ‘Salam Rindu’, ‘Sakit Hati’ dan ‘Selamat Jalan’ pula menjadi kegemaran para muda-mudi sepanjang tahun 2001 sehingga tahun-tahun seterusnya selepas kejayaan Tipe-X mengeluarkan album kedua ‘Mereka Tak Pernah Mengerti’ pada tahun itu yang turut melayakkan mereka menerima Triple Platinum dan terjual melebihi 500 Ribu unit.
Meneruskan perjuangan tanpa kelibat pemain dram mereka, Hendro yang digantikan oleh Aditya Pratama, Tipe-X kembali dua tahun selepas itu (2003) dengan album ketiga berjudul ‘Super Surprise’ yang menampilkan single-single terbaik mereka ‘Karena Cemburu’, ‘Gombal’ dan ‘Pacar Yang Baik’, ternyata Tipe-X masih mempunyai aura tersendiri kerana masih mampu menjual lebih dari 150 Ribu unit dan dan dianugerahi satu platinum.
Dua tahun selepas itu, selepas fenomena kemunculan banyak band baharu dari Indonesia, Tipe-X muncul semula dengan ‘Discography Hitam Putih’ yang sekaligus menyaksikan ulang tahun ke 10 tahun kumpulan Tipe-X dan terjual lebih 120 ribu unit.
‘A Journey’ merupakan percubaan pertama Tipe-X membuat koleksi ‘The Best Of Tipe-X’ dengan menghimpunkan lagu-lagu mereka yang terkenal sekitar tahun 90-an seperti ‘Sakit Hati’, ‘Genit’ dan ‘Mawar Hitam’, termasuk ‘lagu ‘Kamu Penipu’ sebagai single utama album tersebut, dan juga berjaya terjual melebihi 120 ribu unit, dan selepas ‘A Journey’, Tipe-X mengucapkan selamat tinggal kepada Adi yang bergabung dengan Ada Band.
Pada album keenam, Tipe-X bertambah matang dari segi pemilihan lagu-lagunya yang seiring dengan perubahan aliran muzik dunia masa kini, di mana di dalam album berjudul ‘Festival Perasaan’ itu, mereka turut bertindak berani dengan membawa seorang penyanyi dari Kanada, Chelssie Baker yang berduet dengan mereka dalam bahasa Indonesia bertajuk ‘Ciuman Pertama’ selain turut memperkenalkan beberapa pemuzik jemputan.
Biarpun pada waktu itu mereka terpaksa bersaing dengan pelbagai genre muzik dan lagu pilihan yang ada dari seluruh dunia yang pengaruhnya juga sudah menular ke Indonesia, namun Tipe-X tetap berharap album tersebut dapat mengubati kerinduan para peminat terutamanya pencinta muzik Ska sekaligus meyakinkan mereka bahawa Ska itu masih wujud di Indonesia dan kumpulan yang sehingga kini masih ada ialah Tipe-X.
Selepas ‘menghilang’ beberapa lama, pada tahun 2012, Tipe-X kembali mewarnai dunia seni hiburan Indonesia dengan album ‘Seven’ yang turut bermaksud album ketujuh mereka.
Selain memperkenalkan kombinasi pelbagai jenis muzik, Tipe-X turut menemukan pengganti kepada Adi, iaitu Arie Hardjo yang merupakan mantan drummer band rock, U’Camp dan kerap muncul sebagai additional drummer mereka sejak 2007, namun selepas itu Andi Toha (saksofon) pula memilih untuk mengundur diri.
Menariknya, pelancaran album itu dirancang khusus untuk X-Friends dengan nama X-Friends Day, di mana diselitkan lagu-lagu bertajuk ‘Indonesia Juara’, ‘Akibat Kencan Buta’, ‘Pacarku Gila Online’, ‘Pesta’, ‘Happy Birthday’, ‘Senang-senang’, ‘Jangan Rasis’, ‘Cinta Jauh’, dan ‘Rivers Of Bayblon’.
Itu antara lain cerita-cerita mengenai Tipe-X yang sudah pastinya menggamit kenangan zaman sekolah, zaman kolej atau ketika anda membesar mendengar lagu-lagu mereka.
Namun dengan memiliki tiket untuk menyaksikan konsert mereka pada 10 Disember ini, siapa tahu mimpi anda akan menjadi kenyataan.
Difahamkan bahawa selain Tipe-X, turut membual penampilan istimewa pada 10 Disember nanti ialah sebuah band yang mempertaruhkan Aggresive Oi! Punk dan pernah tercalon untuk kategori ‘Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik 2004’, iaitu Roots N Boots dan sebuah band dari Sabah iaitu Gerodok yang terkenal dengan lagu ‘Bulan 8 Di Sandakan’.
Slot satu jam kepada Tipe-X dengan lingkungan 10 hingga 12 lagu-lagu yang terkandung dari album pertama hingga yang terkini rasanya sudah cukup memberi impak kepada para penyokong setia kumpulan dari Jakarta itu.
Menurut penganjur dan merupakan ‘mastermind’ program itu dari pihak Barrom Heroes Shop, dijangkakan kehadiran peminat adalah dalam sekitar 1,500 hingga 2,000 yang terdiri daripada 80 peratus peminat Tipe-X.
Lebih mengujakan, sebagai penghargaan kepada usaha mereka dan para peminat setia Tipe-X, mereka turut mengadakan jualan tiket kepada pembeli ‘early birds’ yang mana cuma berharga RM50 sekeping, sah sehingga 30 Oktober ini.
Selain itu, laman komuniti terkenal, Sabahan Dot My turut diberi penghormatan untuk menjadi media rasmi bagi keseluruhan program itu dari mula hingga akhir, di mana mereka akan turut serta dalam kebanyakan aktiviti Tipe-X di Sabah nanti.
14523053_1744176375833332_476943900048249784_n
Pengasas Sabahan Dot My, Khairilizwan Jamros yang turut membesar dengan lagu-lagu Tipe-X turut menyatakan keterujaannya kerana dapat ‘berbakti’ dalam menjayakan konsert ‘Tipe-X Comes Alive – Live In Kota Kinabalu’ itu nanti.
“Siapa sangka selama ini anda hanya melihat perkembangan Tipe-X di internet atau mendengar lagu-lagu Tipe-X dengan membeli album-album mereka, namun kini berpeluang pula menyaksikan aksi secara ‘Live’, dapat pula bersua muka dengan mereka sebagai media rasmi, memang hebat,” katanya gembira.
14732389_1744176349166668_2674162316586748699_n
Bagi yang ingin mendapatkan tiket earlybird berharga hanya RM50 (sah sehingga 30 Oktober ini) boleh menghubungi krew-krew penganjur seperti Canthay (+60135430434  – Tawau), Joey (+601131450605 – Lahad Datu), Sarax (+60128100994 – Sandakan), Keningau: Tuo – +60146583142, Kota Kinabalu: Kijan –+60 16-586 4497, Saiful – +60179639663, Wan – +60168294760, Apik – +60162645756, Mr. Rody KKMP Studio – +601119568592, Ranau : Rizo – +60165769860, Papar: Yan – +60165847006, Labuan: Hardy – +60 12-862 3670, Brunei: Pandi – +6738642410, atau Mr. Mie – +60135165254
Sumber : New Sabah Times

'Pakaian sedondon idea Akim' – Stacy

KUALA LUMPUR: Penyanyi Stacy, 26, mendedahkan idea untuk mereka sekeluarga mengenakan baju sedondon apabila keluar bersiar-siar adalah daripada suaminya sendiri, Akim Ahmad, 25.
Sejak akhir-akhir ini, pasangan selebriti terbabit bersama anak angkat mereka, Bella, sering mencuri perhatian peminat di laman sosial Instagram dengan gaya pakaian sama. “Pastinya ramai tidak dapat menyangka idea untuk memakai baju sedondon adalah daripada Akim.
Saya sendiri tidak pernah terlintas berpakaian sedondon jika sekadar keluar bersantai. “Akim juga mempunyai sikap unik yang tidak diketahui ramai, iaitu gemar untuk keluar berjalan-jalan. Dia boleh merajuk jika permintaannya untuk beriadah tidak diendahkan saya,” katanya kepada BH Online.
Katanya, mereka berdua memang mempunyai jadual kerja seni yang padat demi masa hadapan keluarga. Keadaan itu membuatkan masing-masing ada kalanya tidak sempat untuk bersua muka. “Justeru, saya memahami usaha Akim untuk meluangkan masa bersama,” katanya. Dalam perkembangan terkini, Stacy giat mempromosikan single terbaharu berjudul Romeo, ciptaan suaminya itu.
Pada masa sama, penyanyi ini sedang mengumpul bahan untuk album penuh. “Alhamdulillah, peminat memberikan sambutan memberangsangkan terhadap lagu Romeo. Ramai juga yang tidak menyangka saya tampil dengan lagu berentak sebegini. “Malah saya sendiri keliru sama ada ia harus disertakan dengan tarian rancak atau sebaliknya. Romeo akan dimuatkan di dalam album terbaharu saya, namun belum pasti bila ia akan berada di pasaran?” kata Stacy.
Sumber : http://www.bharian.com.my/node/139487

Rosario, Juara Bintang RTM 2016

juaraf.transformed
KUALA LUMPUR: Peserta Sabah, Rosario Ninih Chamini Bianis, 21, muncul juara Bintang RTM 2016 menewaskan lima peserta lain dalam program yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini, malam ini. Kejayaan itu menyaksikan Rosario membawa pulang wang tunai RM20,000 dan pakej pelancongan ke Korea.
Selain itu, Rosario juga dipilih juri memenangi kategori Vokal Terbaik seterusnya membawa pulang wang tunai RM5,000. Pada peringkat akhir ini, Rosario menyampaikan lagu Run nyanyian asal Leona Lewis manakala persembahan duet dengan lagu Beribu Sesalan bersama Ernie Zakri.
Sementara itu tempat kedua dimenangi peserta dari Selangor, Nor Fazrina Mohd Gani atau Eryn, 23. Dia membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan pakej percutian ke Bali, Indonesia.
Dia juga turut membawa pulang RM5,000 untuk Persembahan Terbaik. Tempat ketiga pula membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan pakej pelancongan ke Jakarta, Indonesia dimenangi Nur Shafreeza Zainal Abidin atau Eeza, juga dari Selangor.
Sementara itu hadiah saguhati pula masing-masing dimenangi Idris Zulkifli, 19 (Perak), Muhammad Hafiz Ismail, 23 (Kelantan) dan Muhammad Adib Ibrahim, 24 (Pulau Pinang).
Sumber : http://www.bharian.com.my/node/139944