Ikan Kaloi Membuatkan Sakinah Popular

Rasanya admin tidak perlu memperkenalkan lagi kepada kamurang Sakinah vs Ondu ni kan. Admin pasti kebanyakkan daripada kamurang kenal sudah dia ni kan terutamanya video parodi “ikan kaloi” yang lucu dan pernah viral sebelum ni.
Ijan atau lebih dikenali sebagai Sakinah merupakan seorang yang sangat berbakat dan mempunyai peminatnya sendiri.Ketika ini sahaja,page Sakinah vs Ondu telah mencecah lebih 117 ribu likes.
Team Sabahan Dot My juga turut berkesempatan untuk temubual ibu dan bapa kepada Ijan @ Sakinah.
Bah jom tonton video ekslusif temubual Sakinah vs Ondu yang dibawa khas dari Sabahan Dot My.

Felicia Mikat

Felicia Mikat yang berasal dari Tambunan dan kini (2016) bersekolah di SMK Badin,Tuaran merupakan pemenang 3 pingat emas, 8TH ASEAN PARA GAMES Singapore 2015.
Adik Felicia Mikat,telah mengharumkan nama Sabah khususnya sekaligus nama Malaysia.
Pihak Sabahan Dot My berkesempatan untuk menghubungi dan menemubual adik Felicia Mikat kita.
Bah jom kita tengok sesi temubual adik Felicia Mikat bersama Sabahan Dot My.
Pihak kami harapkan lebih ramai lagi mereka yang di luar sana terus berusaha menonjolkan bakat mereka dan mengharumkan nama Sabah dan Malaysia.
Tahniah adik Felicia Mikat!
 

Kisah Amos,Penyanyi Sumandak Kiulu

10518840_10205461959645882_6824193641562129113_n
Team Sabahan Dot My berpeluang menemubual penyanyi lagu “Sumandak Mantad Kiulu” iaitu Amos @ Amoster Alex Henry Inter.
Walaupun baru pertama kali berjumpa,amos seorang yang sangat mesra dan memberikan kerjasama yang terbaik kepada pihak kami.
1234750_10201802817849624_1263140956_n
1234188_10201944218344548_379894177_n
Walaupun seorang OKU,Amos sama sekali tidak menganggap ianya satu penghalang untuk menjadikan dia salah seorang atlet OKU yang berjaya mengharumkan nama negara suatu ketika dahulu.
Bah jum kita tonton video Amos @ Sabahan Dot My.

 

Rudy Zil , Penyanyi Lagu "Jahatnya Kamu"

1558462_789064271137863_3276961443109047957_n
Rudy Zil, pemuda berasal dari Tamparuli,Sabah ini popular dengan lagu ciptaannya sendiri iaitu “Jahatnya Kamu”. Rudy Zil mula dikenali dan mempunyai peminatnya sendiri apabila lagu-lagu ciptaannya berjaya menambat hati peminat-peminatnya melalui laman Youtube.
Sebelum ini Rudy Zil bersama pihak Khaiz Production telah berkerjasama untuk menyiapkan beberapa video klip lagunya antaranya lagu Jahatnya Kamu ,Lagu Perpisahan dan beberapa lagi muzik video yang lain pada masa akan datang.

Bah jom kita tonton cerita selanjutnya mengenai Rudy Zil.