101 Cerita MAMUT Lombong Tinggalan Berharga

Mamut

Lombong Tembaga Mamut menyimpan 101 cerita disebalik pembukaannya. Tapi tetap ramai generasi kini yang tidak tau kisah disebalik pembukaan lombong Mamut ni. Dulu-dulu Sabah pernah menjadi antara pengeluar tembaga (kumprum) utama dunia. Time tu, siapa yang ndak kanal nama lombong Mamut atau lebih kena kenal sebagai ‘Mamut Copper mine’ (MCM). Pendek cerita pembukaan lombong ni memang banyak membawa perubahan besar terdapat masyarakat khususnya pembangunan ekonomi. Tetapi kesan yang buruk yang dibawa oleh lombong ni pun tetap ndak boleh kita sangkal.

Mamut
Sebelum Penerokaan

Dengan menggunakan dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam-logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut, Bambangan dan Lohan.
Dalam pertandingan sengit beberapa negara untuk mendapat tawaran permit penerokaan, Jepun Union yang diwakili oleh OMRD (Ohio Mining Rights Decision) telah berjaya menang tender tersebut dan diberi permit untuk penerokaan ke atas sekitar Mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral-mineral yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD.
Pada masa penerokaan itu, sedalam 15,620 m telah digali dan didapati rizab bijih mineral hampir 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembaga. Yang lain cuma bijih-bijih perak dan emas.
Dijadikan cerita, perlombongan tanah Mamut oleh OMRD bermula pada tahun 1970. Dan selepas 5 tahun beroperasi, pada November 1975, penghantaran kali pertama bijih tembaga telah diangkut ke jeti Usukan dan seterusnya di bawa ke Jepun untuk penapisan di negara tersebut.
Mamut
Perlombongan Mamut 1972

 
Mamut
Perlombangan tahun ke 14 1984

MamutTapi, pada akhir tahun 1999 tanah lombong ini terpaksa ditutup sebab berlaku limpahan air bercampur tembaga mengalir ke sawah, sampai ianya merosakkan tanaman dan membunuh haiwan peliharaan sama berhektar-hektar tanah rosak pun rosak. Akibat pencemaran dari lombong ini, ramai petani yang kehilangan kebun dan rumah. Lombong ini akhirnya muflis kerana terpaksa membayar pampasan yang banyak kepada penduduk terlibat.
Mamut
 
Kajian terhadap kepekatan logam berat di dalam Sungai Mamut, Ranau Sabah yang dijalankan pada bulan Februari 2007 menunjukkan walaupun Lombong Tembaga Mamut telah berhenti beroperasi sejak tabun 1999, kepekatan logam berat masih tinggi di dalam Sungai Mamut, Ranau Sabah. (Kalau maw lagi detail pi kamurang rujuk > Yahya Jelimin, (2007) Kajian logam berat di dalam air Sungai Mamut, Ranau. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
 
 
Sebenarnya, salah satu perkara yang menjadi kebimbangan penduduk sehingga kini ialah melimpahnya air berasid daripada lombong itu ke sungai-sungai sekitar. Sekarang pun belum ada tindakan daripada mana-mana pihak walaupun telah membangkitkan isu ini kepada parlimen. Pun begitu, sekarang ni lombong ini telah menjadi  danau buatan yang menarik untuk dikunjungi (ni pendapat penulis semata-mata. Jadi, tanya mereka yang pakar kalau kamu maw pi sana).
Mamut
 
Sumber
Sabah Sarawak Union – United Kingdom (SSU-UK)
Universiti Malaysia Sabah Institutional Repository
SabahUp2Date.blogspot.com
 
 
 

LEMBANGAN MALIAU ‘LOST WORLD OF MALAYSIA’

Maliau Basin

Namanya jarang disebut sebagai bukti ‘kemisteriannya’ dan tidak ramai yang berpeluang memasuki kawasan hutan asli Lembangan Maliau atau lebih dikenali sebagai Maliau Basin yang terletak di bahagian tengah selatan Sabah-Keningau.

Lembamgan Maliau dalam peta
Lembamgan Maliau dalam peta

Kunjungan hanya dibenarkan kepada mereka yang diberikan kebenaran untuk melawat oleh Yayasan Sabah. Selepas diwartakan sebagai kawasan pemuliharaan pada 1981, hutan dara yang mengandungi ekosistem paling terlindung dan tidak terusik di dunia itu masih menyimpan banyak misteri kepada kita semua.
Kesempatan menjejakkan kaki ke kawasan itu meninggalkan sedikit rasa kempunan kerana persinggahan sehari tidak memberi banyak peluang untuk saya menceritakan dengan lebih terperinci keistimewaan yang terdapat di Lembangan Maliau.
Apa yang dikongsikan di sini sekadar pengalaman satu malam berada di situ yang diolah dengan maklumat-maklumat daripada risalah pelancongan yang disediakan pihak pengurusan.
Namun, beberapa keping gambar dan perkara yang dilalui semasa mengikuti Ekspedisi Isuzu Dura Mission ke kawasan itu dapat merumuskan bahawa negara hanya memiliki satu aset seperti Lembangan Maliau malah tidak ada sepertinya di mana-mana di dunia ini.
Memandangkan tempoh persinggahan yang terhad, pihak penganjur memilih ‘jalan pintas’ untuk memberi peluang kepada kami melihat Kawasan Hutan Simpan Perlindungan Kelas 1 itu.

Kawasan Hutan Simpan Perlindungan Kelas 1
Kawasan Hutan Simpan Perlindungan Kelas 1

Kunjungan udara menaiki helikopter selama 10 minit memperlihatkan keindahan kawasan seluas 588 kilometer (km) persegi yang digelar oleh golongan penyelidik dan pencinta alam semulajadi sebagai The Lost World of Sabah.
Dari jauh terpampang cenuram setinggi kira-kira 1,600 meter yang jika berwarna merah pasti menyamai bentuk Grand Canyon, di Arizona. Dan melihat ketebalan hutan di kawasan itu, ia tidak ubah seperti melihat hutan Amazon di dalam Discovery Channel.
Keadaan fizikal bumi itulah yang membentuk lembangan menjadi hutan tanah rata dan berbentuk bulat yang dikatakan ‘memerangkap’ segala penghuninya daripada meninggalkan hutan itu. Di dalam kawah berbentuk bulat itu, hidupan liar dikatakan membiak dalam dunia mereka sendiri. Mungkin mirip dunia Jurasik.
Di tengah-tengah hutan dipterokap itu mengalir Sungai Maliau yang menghasilkan puluhan air terjun. Yang terbesar adalah Air Terjun Maliau yang mengalir deras di atas tujuh lapisan batu gergasi. Pandangan dari udara yang begitu menakjubkan. Curahan air kuning jelas menunjukkan hutan itu padat dengan tumbuhan-tumbuhan gergasi.

Puluhan air terjun
Puluhan air terjun
basinbasin
Antara air terjun Maliau

Difahamkan, jika meredah hutan dari Pusat Pembelajaran Lembangan Maliau (MBSC) yang menjadi tempat penginapan pelawat, perjalanan ke lokasi itu biasanya mengambil masa berhari-hari.
Lembangan Maliau juga salah satu daripada kawasan tadahan air luas yang melimpahkan air melalui saliran tunggal yang akhirnya bertembung dengan Sungai Kinabatangan, laluan air sungai terbesar di Sabah. (peace V)
Menurut Ranjer Hutan Unit Hospitaliti dan Rekreasi, Mohd. Rafi Bunggau, terdapat lebih daripada 80 mamalia dikenalpasti menghuni hutan itu termasuk gajah Asia, badak sumbu, beruk proboscis, beruang matahari, harimau dahan, seladang, kijang dan pelbagai jenis haiwan mursupial.

Lembangan Maliau
Mursupial

Ketika mengikuti safari malam berhampiran chalet penginapan (pusat penyelidikan) pada sebelah malamnya, haiwan seperti musang dan rusa beberapa kali kelihatan tidak jauh dari laluan yang kami gunakan.
Suasana di situ juga tidak pernah sunyi daripada kicauan unggas. Maklumat daripada pihak pengurusan menyatakan lebih daripada 290 spesies burung termasuk burung Bekia dan burung Jambul menghuni hutan itu.
Di celah-celah pepohon renek pula tersembunyi lebih 35 spesies amfibia, antaranya katak yang berumah di dalam periuk kera dan hidupan invertebrata seperti ketam dan lebah air.
Selain itu, lembangan juga menjadi habitat kepada tidak kurang daripada satu perempat spesies burung yang disahkan terancam oleh Kesatuan Pemuliharaan Dunia (IUCN).
Rekod flora daripada penyelidikan sejak 1996 pula mengklasifikasikan lebih daripada 1,800 spesies tumbuhan, termasuk enam spesies periuk kera, 80 orkid dan pokok Agathis gergasi.
Lembangan Maliau juga disahkan sebagai lokasi kedua penemuan habitat spesies Rafflesia Tengku-Adlinii di Sabah.
Dengan begitu banyaknya keunikan dan juga misteri Lembangan Maliau yang masih yang belum terungkai layaklah jika kita menyifatkan Lembangan Maliau ini sebagai khazanah negara dan dunia yang harus kita kekalkan dan tidak harus diteroka. Biarkan ianya tetap misteri sebagai hadiah kita kepada generasi akan datang.

**Penulisan di atas merupakan dari pengalaman sendiri oleh blogger enck. Abd. Halim Hadi. Sila rujuk blog beliau acrossplanet.

Bagaimana Nama Lahad Datu Diberi.

nama lahad datu

Suatu ketika dahulu nama Lahad Datu terkenal sebagai pengeluar kayu balak terbesar di Sabah. Semasa pemerintahan Chartered Company (Pemerintahan British), Lahad Datu merupakan pusat pengeluran tembakau yang beroperasi di Segama. Selain nama Lahad Datu juga pernah terkenal kerana penanaman kelapa untuk menghasilkan kopra.

lahad datu
Lembah Danum

ldatu
Laut

Perkataan“Lahad Datu” berasal dari bahasa Bajau, iaitu “Lahad” bererti ‘tempat’ dan “Datu” berasal daripada golongan orang-orang kenamaan pada zaman dahulu yang bergelar ‘datu’.

Tempat ini mendapat nama kerana penghijrahan golongan Datu-datu dari kerajaan Suluk yang diketuai oleh Datu Puti sebelum tahun 1879 akibat daripada penyerahan kuasa kawasan ini oleh Sultan Brunei kepada Sultan Suluk.

Bermula pada tahun 1890 penghijrahan kerajaan Suluk mula menguasai sebahagian dari Pulau North Borneo.

Mengikut bahasa Idahan pulak, iaitu satu kaum peribumi daerah ini, Lahad Datu dahulunya diberi nama “Kerugau”, yang bererti ‘batu karang bertompok-tompok’ disepanjang pantai bermula dari Kunak hingga ke Membatu, Tungku.

Lahad Datu antara daerah utama yang menyumbang kepada hasil negara. Kepelbagaian sumber ekonominya  tidak dapat disangkal lagi dan ini merupakan keunikan daerah-daerah di Sabah. Untuk info lebih lanjut sila rujuk sumber yang boleh dipercayai.

nama lahad datu
Pekan Lahad Datu

sumber  Pejabat Daerah Lahad Datu

Disebalik Nama Papar

Asal usul nama Papar

Sebut pasal asal-usul nama Papar, terdapat cerita bagaimana Daerah Papar ni dapat  namanya. Antaranya ialah kerana keadaan tanah kawasan Papar itu sendiri yang rata dan landai.  Orang Brunei adalah antara penduduk awal yang mendiami Papar. Dan dalam bahasa Brunei, tanah landai dan rata disebut “papar”.

Asal usul nama Papar
Pekan Papar

Manakala terdapat satu lagi cerita tentang nama Papar iaitu “papar” bermaksud batang-batang kayu hanyut yang banyak terdampar apabila berlaku banjir. (nda pasti itu bahasa kaum yang mana satu).
Papar
Gambar hiasan

Sebelum British memulakan pentadbiran mereka, Papar telah ditadbir oleh pembesar-pembesar tempatan. Ketua daerahmya adalah seorang yang berbangsa bajau  iaitu Datu Amir Bahar. Beliau pernah memimpin satu pemberontakan untuk  menghalau seorang pembesar Brunei yang pada ketika itu menguasai Daerah Papar.
Pembesar Brunei tersebut setelah dihalau keluar dari Papar, kemudiannya telah  menyerah daerah ini kepada dua orang asing iaitu Overbeck dan dua beradik Dent  pada tahun 1877.
Sementara  itu, pegawai British yang pertama ditugaskan di Papar ialah H.L. Leicester. Beliau telah mula bertugas pada bulan Februari 1878 dengan penuh harapan bahawa  beliau boleh mententeramkan keadaan di Papar supaya usaha untuk memperoleh  hasil ekonomi dari kawasan ini boleh dipertingkatkan.
Walau  bagaimanapun, pentadbiran awal British di Papar tidak bertahan lama kerana  masalah kesulitan kewangan.
Ikuti sejarah Papar seterusnya pada penulisan akan datang k atau anda bulih check sendiri di arkib negeri.
Sekian.
 

ASAL USUL NAMA KUDAT

Kudat suatu ketika dulu lebih dikenali di kalangan masyarakat tempatan sebagai “Tanjung Berungus” dan kadangkala juga disebut dengan nama “Tambarungan”. (Rasanya nama ini pun mesti mempunyai maksud dalam bahasa penduduk tempatan).
Nama Kudat
Semasa kedatangan awal peniaga-peniaga Cina di Tanjung Berungus, durang hairan melihat sejenis rumput yang banyak tumbuh di merata-rata tempat. Jadi durang pun bertanya kepada penduduk tempatan yang terdiri daripada suku kaum Rungus ( Penduduk asal daerah Kudat ) yang kemudiannya memberitahu bahawa rumput yang menjadi tanda tanya di kalangan mereka itu ialah “Kutad” yang membawa maksud “rumput lalang” dalam bahasa Rungus.

Nama Kudat
Kaum Rungus

Sebutan “Kutad” oleh peniaga-peniaga Cina itu tadi tidak tepat maka lahirlah nama Kudat yang asalnya daripada rumput lalang (Kutad). Akhirnya, kawasan yang ditumbuhi rumput lalang berkenaan menjadi pusat pertemuan peniaga-peniaga imigran dengan orang tempatan untuk menjalankan aktiviti perniagaan berjual beli secara tradisi.
Nama Kudat
Tamu Kudat

Sementara versi daripada suku kaum Binadan pulak, nama Kudat asalnya daripada perkataan “takkudad aku” yang membawa maksud “ Terkejut aku “. Menerusi cerita, kununnya salah seorang daripada suku kaum Binadan terperanjat dengan bunyi sebuah kapal yang bernama “SANTI” yang ketika itu sedang berlayar dari Limau-Limauan ke Tanjung  Berungus. Peristiwa itu memberikan mereka idea dan bersetuju untuk menamakan Tanjung Berungus sebagai KUDAT. (mungkin ka yang takajut tu urang penting sampai dia sinang-sinang bulih tukar nama tempat??.. emm)
Kudat
Trademarak Kudat

Dua versi cerita itulah yang menjadi kepercayaan dan cerita turun temurun penduduk berkenaan asal usul nama daerah Kudat. Walau apapun ceritanya, ini yang menjadikan kenapa daerah-daerah di Sabah unik kerana setiapnya pasti mempunyai kisah yang menarik dan misteri (hohoo).

Disebalik Nama Keningau

Adakah anda tau cerita disebalik nama Keningau?
Dulu-dulu Daerah Keningau terkenal dengan pokok kayu manis. Kayu manis ketika itu lebih dikenali sebagai “POKOK KONINGAU” oleh penduduk tempatan.
Jambatan Sg. Pegalan, Keningau
Kayu Koningau ini mimang terkenal di kalangan penduduk tempatan sebagai bahan rempah dalam masakan sehingga mendapat jolokan “Raja Rempah Ratus”.
Kayu manis disebalik nama keningau
Kemasyhurannya telah menarik perhatian ramai saudagar-saudagar asing untuk memperdagangkannya di pasaran antarabangsa.
Permintaan ramai yang tinggi terhadap kayu manis menyebabkan daerah ini begitu terkenal di mata saudagar-saudagar tempatan dan asing.
Kalau kamurang maw tau durang la yang  mula-mula memberi gelaran “Kampung Keningau” pada daerah ini sempena nama pokok kayu Koningau(kayu manis). Ini supaya memudahkan durang mengenali kawasan sumber utama kayu manis.
Pekan Keningau
Nama “KENINGAU” terus masyhur dan terkenal serta kekal sehingga ke hari ini sebagai sebuah daerah yang tertua dan terbesar di Bahagian Pedalaman Sabah.
Mengikut isitlah saintifik kayu manis disebut dengan nama Cinnamomun Burmanii dan tergolong dalam familia Lauraceae.
 
Sumber Majlis Daerah Keningau

BEKAS TINGGALAN KOLONIAL BRITISH AREA KK

Jalan-jalan di KK

Bismillahirrahmanirrahiim.. Kota Kinabalu or short form dia KK adalah ibu negeri Sabah, Malaysia. (hehe.. untuk siapa yang tidak tau la). Untuk cerita kali ni kita cerita sikit pasal 5 tempat bekas tinggalan kolonial British area KK. Siapa-siapa yang berminat maw jalan-jalan di KK  bulih la consider ni tempat-tempat ok. Siapa bilang KK ni bandar tempat shopping seja, ada juga bah tempat menarik boleh kita lawat . Tempat-tempat yang bakal dikongsikan ini sebenarnya mempunyai nilai sejarahnya sendiri.

  1. KK Heritage Walk

Kalau kamu jalan-jalan di KK,Sabah dan mahu mencari lebih banyak tinggalan sejarah, cuba try jalan-jalan di KK Heritage Walk. Hanya perlu berjalan 3 jam dan kamu akan menemui  banyak perkara menarik yang orang locals disini pun mungkin tidak tau. Tapi best kamu pigi kalau ada tu tour guide boleh juga dorang tulung-tulung explain dan cerita sama kamurang . Kenapa sampai 3 jam berjalan? Sebabnya sepanjang perjalanan di KK Heritage Walk  ni kamurang akan jumpa banyak struktur atau bangunan bersejarah bekas tinggalan kolonial British yang menarik antaranya ialah The Atkinson Clock Tower, Australia Place, Jesselton Hotel, North Borneo War Memorial dan macam-macam lagi la. Nanti kalau ada masa akan dikongsikan keunikan ini ‘walk’ ok.

  1. The Atkinson Clock Tower.

Kalau jalan-jalan di KK  tempat ni antara tempat bekas tinggalan kolonial British yang wajib pi lawat iaitu The Atkinson Clock Tower. Menurut sumber (Heritage Sabah, blogspot.com), menara jam ini merupakan struktur binaan tertua di Bandar KK yang masih berdiri hingga ke hari ini. Menara jam yang berusia hamper 111 tahun ini dibina sempena memperingati  Francis George Atkinson, iaitu pegawai daerah Jesselton yang pertama.(KK ketika itu). Originally  kena panggil Atkinson Memorial Clock Tower. Menara ini merupakan dedikasi oleh mama Francis George Atkinson kepada anaknya. Sebab dia mati pada umur 28 tahun disebabkan demam Malaria.
 

  1. Bangunan Sabah Tourism Board @ Pejabat Pos Jesselton 1947

OK our next destination yang ada bekas tinggalan kolonial British ialah Bangunan Sabah Tourism Board yang terletak di Gaya Street. Sebenarnya bangunan ini sebelumnya merupakan bangunan Pejabat Pos Jesselton 1947. Umur tu bangunan ni tahun mencecah 100 tahun suda, bangunan zaman British lagi.  Bangunan ini terletak lebih kurang 80 meter seja dari persisiran pantai time 1947 tu, sekarang depan tu bangunan ada bangunan lain sudah. Pun antara bangunan feveret, cantik. Alang-alang sudah jalan-jalan di KK apa kata singgah, kan.

  1. North Borneo Railway @ Vintage Steam Engine Train

Tempat ini jauh sedikit dari area KK. Di Tanjung Aru, terpaksa naik kereta beberapa minit keluar dari bandar KK.  Tapi tatap tidak rugi kalau pigi,sebab antara bekas tinggalan kolonial British yang amat berharga. North Borneo Railway merupakan kereta api  stim yang tertua ada di Sabah dan borneo(kalau nda silap la). Kereta api ini yang dibina pada tahun 1896 oleh pihak British menyusuri keindahan kampung-kampung, pekan-pekan, sawah padi, hutan serta ladang getah dan juga ladang kopi yang pasti akan menggamit nostalgia (macam cerita orang putih dulu-dulu tu). Original railway ranges yang dulu-dulu bermula dari stesen kereta api KK Tanjung Aru dan berakhir ke Pekan Tenom. Tidak pasti kalau sekarang, macam sampai Papar seja. Apa pun, bila lagi maw naik kereta api stim macam cerita orang putih punya tu kan. Try la pigi kalau jalan-jalan di KK, kompom syok.

  1. Heritage Building @ The Old Welfare Building

Kalau jalan-jalan di KK juga, jangan lupa singgah selfie dan wefie di sini. Sesuai betul buat photoshoot sini, cantik(backdrop free… hoho). Kini lebih dikenali sebagai Graffiti Centre, merupakan antara bangunan bersejarah peninggalan British yang terselamat semasa Perang Dunia Ke-2. Tetapi sayangnya telah terbakar pada tahun 1992. Kawasan tanah bangunan lama ini telah diserahkan kepada Sabah Art Gallery oleh kerajaan. Dan dengan inisiatif pelukis tempatan yang hebat telah menceriakan lagi puing-puing bangunan lama tersebut. Sejak itu tempat ini menjadi salah satu tarikan pelancong juga penduduk tempatan. Lagipun lukisan graffiti tu dorang tukar-tukar. Jadi tidak juga bosan balik-balik p begambar sana. (kisahnya boleh baca di SabahWarriors.blogspot.com)
Perkongsian kali ini sebenarnya tentang tempat berkaitan bekas tinggalan kolonial British di area KK. Lebih kepada tempat yang ada nilai sejarah time kolonial British lagi. Jadi boleh trip-trip ambil gambar kunun melancong luar negara kan. Tidak rugi bah jalan-jalan di KK ni. Selain dari tempat yang telah disebut, banyak lagi perkara dan tempat menarik di KK ni yang belum kena share. Baru ja area KK ni belum lagi seluruh Sabah. Macam-macam ada. Peace no war!
*sumber gambar adalah daripada image google

TRIVIA SABAH 2! OH SABAH Tanah Airku

Trivia Sabah

SABAH Trivia Bhgn 2 kali ini akan berkongsi 10 lagi keistimewaan Sabah tanah airku. Mimang dengan harapan maw tunjuk kamurang yang Sabah ni memang banyak kelebihan. Bukan maw sumbung tapi mimang kenyataan. (peace no war V J
Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Sandakan Sabah(SORC) merupakan pusat pemuliharaan yang pertama dan terbesar di dunia. (hohoo.. orang utan yang tinggal atas pokok bukan orang Sabah ah.. hahaha.. datang Sabah baru taw.. peace no war 🙂 www. Utusan.com.my
sepilok Trivia Sabah
2 ‘Tip of Borneo’ atau bahagian paling utara Borneo terletak di daerah Kudat, Sabah. Kena panggil Tanjung Simpang Mengayau. Kawasan ini juga kena panggil hujung tanduk Sabah.
mengayau
Pulau Bangi dekat Marudu Bay di Sabah merupakan pulau terbesar di Malaysia.
Gunung Kinabalu ialah gunung tertinggi di Malaysia (dan Asia Tenggara) dengan ukuran mencecah 4095m, diikuti Gunung Trusmadi dan Gunung Tambuyukon yang kesemuanya terletak di Sabah.
Spesies kera hantu dan merupakan primat terkecil di dunia iaitu Tarsier hanya terdapat di Borneo Sabah dan Sarawak.
kera hantu
6. Salah satu kawasan pemuliharaan terkaya di dunia dengan lebih 200 species pokok sehektar (dengan keluasannya ialah 438km persegi) terletak di Lembah Danum, 70km barat Lahad Datu.
Menara Tun Mustapha (Menara Yayasan Sabah) merupakan satu daripada empat bangunan di dunia yang dibina menggunakan teknologi “bangunan tergantung” iaitu dengan disokong rod keluli regangan tinggi. (Wikipedia.org)
menara
8.Sabah mempunyai gugusan gunung berapi tidak aktif dan Gunung Maria di Bombalai, Tawau merupakan bekas gunung berapi(pernah meletup) yang sudah berusia lebih kurang 27 ribu tahun. (http://geology.um.edu.my)
maria
Penduduk di dunia yang paling banyak yang mengguna perkataan ‘bah’ pada perbualan. (Betul ka tidak.. :P)
Pengeluar utama hasil bumi di Malaysia, contohnya petroleum dan gas, minyak kelapa sawit, getah dan koko. Tetapi laporan Bank Dunia 2010 pernah mengesahkan Sabah paling miskin di Malaysia. (Pelik tapi benar.. tapi sekarang nda lagi kali la..V)
Perhatian:
Penulisan di atas adlah bersumber drpd artikel dalam buku, surat khabar dan artikel online yang boleh dipercayai. Segala kekurangan dan kesilapan adalh dari diri penulis sendiri. Untuk lebih kompom sila baca artikel yang lain juga k. Harap artikel ini dapat membantu. Peace no war V

TRIVIA 1! SABAH OH SABAH Tanah Airku

Sabah Trivia

IA pernah digelar North Borneo semasa era penjajahan. Semuanya disebabkan kedudukannya yang berada paling atas pulau borneo. Kepelbagaian bentuk muka bumi yang istimewa menyimpan seribu satu cerita dan sebahagiannya masih menjadi misteri sehingga hari ini pasti menarik perhatian sesiapa sahaja yang datang ke tanah bertuah ini. Jadi jum kita tinguk sikit trivia pasal ni Sabah. Bangganya jadi orang Sabah.
Sering dirujuk Sabah negeri di bawah bayu adalah disebabkan kedudukan Sabah yang sangat strategik di bawah laluan angin monsoon. (Nda juga bah selalu kena landa ribut, terima kasih pada negara jiran Filipina yang kiranya pelindung Sabah.
Sabah dapat nama dari pokok pisang yang dipanggil ‘Pisang Sabaa’.
Di hutan Sabah (pulau borneo) terdapat bunga terbesar di dunia iaitu Bunga Refflesia yang juga merupakan Bunga Rasmi Sabah.
 Rafflesia
Sabah juga menjadi penghuni gajah terkecil di dunia iaitu Borneo Pygmy Elephant yang hanya dapat dapat dijumpai di hutan-hutan Sabah dan kawasan pulau borneo seja. (ironi banyak suda ni gajah mati kena bunuh maw ambil gading dia..)
Gajah
Hutan hujan tropika di borneo merupakan hutan hujan tropika paling tua di dunia iaitu menjangkau 130 juta tahun , 70 juta tahun lebih tua dari hutan Amazon di Brazil. (mesti anaconda borneo lagi besar.. hohohoo)
Sabah juga ada besen yang paling besar di dunia(hahaxx). Maliau Basin atau Lembangan Maliau berbentuk macam besen disempadani tebing tinggi merupakan kawasan hutan misteri yang tidak pernah diteroka selama berjuta-juta tahun dan akhirnya diwartakan sebagai ‘Lost World of Sabah’. Maliau Basin juga merupakan kawasan paling banyak air terjun di Malaysia. (baca lebih lanjut di www. Amazingsabahborneotravel.com)
MaliauBasin_1
Taman Negara Kinabalu, Sabah merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO yang pertama diwartakan di Malaysia pada 2 December 2000 selain Gua Mulu di Sarawak. Luasnya lebih tu Singapura iaitu 75370 hektar. Juga merupakan Taman Negara yang pertama ditubuhkan di Malaysia.
Via ferrata yang tertinggi di dunia ada di Gunung Kinabalu (Guiness Book of Record) dengan ketinggian antara 3.400m dan 3.800m. (via ferrata ialah jalan gunung terdiri daripada rel,anak tangga dan kabel yang menancap pada batu)
via-ferrata-Mt-Kinabalu
Pokok Seraya Kuning Siput (Shorea faquetiana) merupakan pokok tropika tertinggi di dunia dengan ketinggian 88.32m juga terletak di Tawau Hills Park, Sabah. (ke 10 tertinggi di dunia kalau tidak kira jenis pokok)
Pulau Sipadan tersenarai dalam 77 bentuk muka bumi yanag ajaib dan terbaik di dunia oleh New 7 Wonders of Nature Votes Committee. (. Pulau Sipadan terbentuk daripada sebuah gunung berapi di dasar laut dan satu-satunya pulau di Malaysia yang bersifat demikian)
Sabah adalah sebuah Negara sebelum pembentukan Malaysia. Sabah telah dimerdekakan oleh Brtish pada 31 Ogos 1963. (Baca kupasan lebih lanjut di diari-alaminda.blogspot.my dan wikipedia.org/sejarah_Sabah)
Perhatian:
Penulisan di atas adlah bersumber drpd artikel dalam buku, surat khabar dan artikel online yang boleh dipercayai. Segala kekurangan dan kesilapan adalh dari diri penulis sendiri. Untuk lebih kompom sila baca artikel yang lain juga k. Harap artikel ini dapat membantu. Peace no war V