@ Sabahan Dot My, Artikel & Info Sabahan

BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH BAGI TAHUN 2017

Tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah ini khas untuk kamurang yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan  untuk mengikuti kursus-kursus yang disenaraikan seperti dibawah;

(A) BIDANG DAN PERINGKAT PENGAJIAN
1. Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
Juruukur Pertanian
Jurukur Bahan Perakaunan
Kejuruteraan Sains Tulen
Kesihatan dan Perusahaan Ternak Seni Bina (Architecture)
Pengurusan Hartanah Teknologi Maklumat
2. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)
Akuakultur Perikanan
Ekonomi Pertanian
Farmasi Perubatan
Juru Ukur Bahan Perhutanan
Kejuruteraan Perubatan Veterinar
Komunikasi Psikologi
Matematik Sains Alam Sekitar
Muzik Sains Biologi Marin
Pelancongan dan Hospitaliti Sains Bioteknologi
Pendidikan Sains dan Teknologi Makanan
Pengajian Islam Sains Komputer
Pengangkutan dan Logistik Sains Tulen (Biologi/ Kimia/ Fizik)
Pengurusan Ladang Seni Bina (Architecture)
Pengurusan Hartanah Teknologi Maklumat
Pentadbiran Perniagaan TESL
Perakaunan Undang-Undang
Pergigian
 
(B) KELAYAKAN MEMOHON
1. Had Umur
Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.
2. Kelayakan Akademik
Kursus Diploma
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon.  Lulus dengan kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar.
Kursus Sarjana Muda
Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.3.  Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.
Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
Perubatan, Pergigian dan Farmasi
Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/MatrikulasiTawaran biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja.
Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) kecuali Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.
 
(C) CARA MEMOHON
Permohonan dibuat melalui ‘online’ dengan melayari sesawang :www.biasiswa.sabah.gov.my  mulai  23  Mac  2017  Pemohon hendaklah  mempunyai e-mel peribadi  yang  aktif.
 

Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
Keputusan permohonan boleh disemak melalui online.
Kursus-kursus Matrikulasi/Asasi/Foundation tidak ditaja.
Tarikh tutup permohonan ialah 22 April 2017 Permohonan selepas tarikh tersebut TIDAK akan dipertimbangkan.
Untuk keterangan lanjut layari laman web Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah

Previous ArticleNext Article
Anak jati Sabah berasal dari Kudat, Sabah yang mula berjinak lebih 11 tahun dalam pemasaran internet sejak tahun 2008 lagi bermula dari penulisan blog .Seorang yang berpengalaman dan berkemahiran dalam pelbagai bidang termasuk fotografi, videografi, membina laman web, rekabentuk grafik, penyelenggaraan komputer, rangkaian internet , sistem linux termasuk server dan banyak lagi. Founder Khaiz Group. Seorang Ambivert. Peminat setia dragon ball.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend