Uncategorized

Benarkah hidung kemek hidung mancung mencerminkan personaliti diri seseorang?

Hidung

Hah itu yang harus kamurang pastikan sendiri, betulkah bentuk hidung kita ni mencerminkan diri kita? Cuba kamu check mana satu hidung kamurang dan baca huraian personaliti yang dikaitkan di bawah.
1. Nubian Nose 
Anda seorang yang optimis dan pandai mencari penyelesaian kepada apa jua keadaan atau masalah. Anda suka membantu orang lain dan akan memastikan semua orang di sekeliling berasa selesa dengan anda. Dalam masa yang sama, anda juga mempunyai sifat ingin tahu yang lebih daripada orang lain.
2. Greek Nose 
Orang yang memiliki hidung seperti ini jenis yang setia dan disegani. Anda mengambil pandangan yang praktikal dalam kehidupan. Anda tidak suka dengan perhatian dan berusaha menjauhinya. Tidak suka bercakap banyak sehingga dilabel berat mulut.
3. Roman Nose 
Roman nose mempunyai bentuk hidung dengan tonjolan dibahagian lengkungan dan hujungnya mengarah ke bawah. Orang yang memiliki bentuk hidung ini dikatakan mempunyai daya pemikiran yang luar biasa dan kreatif.
Seorang yang bersemangat bila memberi pendapat, tegas dan mempertahankan prinsipnya. Dan anda rela berjuang bermati-matian demi mencapai sesuatu tujuan.
4. Aquiline nose 
Berbanggalah jika memiliki hidung seperti ini. Anda digambarkan seorang yang jujur dan mampu menyelesaikan masalah walau sesukar mana sekalipun. Anda memang dilahirkan sebagai seorang yang pandai mengurus.
5. Blunt Nose 
Anda seorang yang tidak menentu apabila membuat keputusan dan selalunya keputusan anda tidak diterima oleh orang sekeliling. Orang yang memiliki hidung seperti ini akan berusaha untuk perkara yang diinginkan dan biasanya membuahkan berhasil.
6. Hidung Lurus 
Anda adalah seorang yang cepat marah. Anda mempunyai satu perangai iaitu tidak suka diremehkan. Jika orang berurusan dengan anda, mereka akan memilih cara paling baik untuk mengelak dari sifat panas baran anda.
7. Hidung Dengan Benjolan Kecil 
Anda seorang yang murah hati dan tidak kedekut berkongsi sesuatu dengan orang yang anda suka. Anda sangat ringan tulang dalam membantu orang lain, ramai orang menghargai anda. Selain itu, anda sentiasa berwaspada sebelum berkata-kata bagi mengelak orang lain tersinggung.
8. Hidung Dengan Benjolan Besar 
Anda adalah seorang yang sensitif dan boleh merasakan cinta. Anda juga sangat mudah untuk menyanyangi orang lain, oleh sebab itu anda mudah mendapat kawan baru. Dalam pada masa yang sama, anda seorang yang serius jika melakukan sesuatu pekerjaan dan dipercayai.
Bah itu sahaja. Jadi macamana dengan bentuk hidung kamurang, antara 1-8 ada yang sama? Jadi, betul la bentuk hidung mencerminkan personaliti kamurang? Betul atau tidak, jawapan ada pada kamu sendiri dan bergantung pada cara kamurang berfikir.
Sebab admin yakin yang pi ubah tu hidung kan belum tentu boleh ubah perangai dia sendiri. ingat cincai ka, hahagaaa.. Peace no war..
 

Previous ArticleNext Article
Anak jati Sabah berasal dari Kudat, Sabah yang mula berjinak lebih 11 tahun dalam pemasaran internet sejak tahun 2008 lagi bermula dari penulisan blog .Seorang yang berpengalaman dan berkemahiran dalam pelbagai bidang termasuk fotografi, videografi, membina laman web, rekabentuk grafik, penyelenggaraan komputer, rangkaian internet , sistem linux termasuk server dan banyak lagi. Founder Khaiz Group. Seorang Ambivert. Peminat setia dragon ball.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend