nekochan

Im Sabahan..

Asal Usul Tarian Igal-Igal

igal-igal

Tarian igal-igal adalah tarian tradisional suku kaum Bajau P​antai Timur, yang ​diambil daripada perkataan inggeris ‘eagle’ yang bermaksud helang. Oleh kerana itu gerak tari igal-igal seperti gerakan seekor helang. Menurut seorang penduduk tempatan, Sanungan Bulungan, 80 tarian igal-igal ini ada kaitannya dengan kisah seorang gadis cantik bernama Arung Salamiah yang berhadapan masalah cinta penuh dramatik dengan pemuda sekampung bernama Tanjung Kalang.
Mengulas lanjut, Arung Salamiah dipinang oleh Datu Atik, yang terkenal sebagai seorang yang zalim dan mempunyai ramai isteri, kerana tertarik melihatnya melakukan persembahan. “Keluarga Salamiah terpaksa menerima pinangan tersebut kerana menghormati keluarga ternama itu dan demi menjaga maruahnya, Salamiah melarikan diri ke sebuah gua dan dikatakan ghaib ketika bersembunyi. “Tetapi ​se​hingga kini ada yang mengatakan melihat kelibat Salamiah di gua tersebut sedang mengintai seolah-olah menanti kekasihnya yang telah pun dibunuh oleh pengikut-pengikut ​Datu Atik tadi,” jelasnya ketika ditemui di Dataran Regatta Lepa.
Bagi memperkenalkan semula lagenda sejarah cinta klasik pasangan kekasih tersebut, Pertandingan Ratu Lepa dan Anugerah Arung Salamiah pasti diadakan serentak dengan Sambutan Regatta Lepa yang disambut pada April saban tahun.
Menurut Sarungan, peserta yang menerima anugerah Arung Salamiah perlulah dapat mencontohi keperibadian wanita lagenda tersebut yang bukan sahaja cantik dan pandai menari, tetapi juga bijak. “Mereka mesti mempunyai semua kombinasi ciri-ciri Salamiah agar dapat menjadi contoh kepada para gadis keturunan Bajau untuk sentiasa menjaga maruah dan keperibadian yang tinggi sebagai seorang wanita,”​katanya.
Selain itu, K​aum Bajau merupakan kaum yang sangat unik kerana mempunyai firasat yang kuat seperti boleh merasai angin melalui deria bau dan mengetahui arah angin. Igal juga sama kerana ia bersifat semula jadi, tanpa berlatih pun kaum Bajau akan tetap pandai menari kerana mengigal adalah melalui hati. Seharusnya, generasi muda kini menanam semangat cinta akan warisan budaya dan tidak berasa malu untuk mengangkat martabat budaya bangsa sendiri agar tidak ditelan zaman.
kredit gambar @AZMAN JUMAT

Elak Simpan Telefon Bimbit Anda Di 6 Tempat Ini

  • Sebagai pengguna telefon bimbit/handpone/smartphone sebaiknya jangan kamurang sembarangan simpan atau meletakan telefon bimbit sebab jika salah menyimpan telefon bimbit kamurang akan menanggung risiko yang bakal terjadi.
    Sebaiknya kita mengetahui di manakah tempat yang tidak sesuai diletakan telefon bimbit kita itu. Di bawah ini disenaraikan beberapa tempat yang kurang sesuai jika kamurang mahu menyimpan telefon bimbit.
    1. Jangan Simpan Dalam Poket Seluar
    Sebagai pengguna telefon bimbit lelaki biasanya kita selalu menyimpan telefon di dalam poket seluar namun kajian mengatakan elektrostatik & elektromagnetik yang dihasilkan ‘smartphone’ ini boleh membuat lelaki menjadi mandul, dan mengundang tindak balas yang tidak baik pada kita. Selain itu jika kita jika kita lupa meletakkan telefon di dalam seluar silap-silap telefon tersebut boleh juga termasukan ke dalam mesin cuci pakaian.
    2. Jangan Letakkan Bersama Barang Elektronik
    Jangan simpan telefon bimbit kamurang dekat dengan barang elektronik lain contohnya di dekat TV atau laptop sebab barang elektronik boleh mengeluarkan medan elektonik yang tinggi yang boleh membuat ‘handphone’ kesayangan kamu itu menjadi rosak.
    3. Dilarang Dekat Kunci Kereta
    Dalam keadaan tertentu, telefon bimbit yang digunakan dalam kenderaan akan memberikan kesan sampingan terhadap peralatan elektronik kenderaan. Telefon yang diletakkan terlalu dekat dengan kunci kereta ternyata boleh menghapus kod elektronik yang ada di kunci kereta tersebut. Terutama bagi kereta mewah. (Emm..)
    4. Jangan Diletakkan Dekat Komputer
    Komputer, laptop dan telefon bimbit sama-sama memancarkan gelombang elektromagnetik. Jika berada dalam jarak yang dekat, maka keduanya akan saling memberi kesan. Pasti kedua barangan ini paling kamu sayang. Maka sebaiknya jangan diletakkan terlalu dekat diantara keduanya.
    5 Jangan letakkan dekat Gas yang mudah terbakar
    Pasti kamurang terfikir dengan meletakkan ‘handphone’ kamu dekat dengan gas boleh membuat gas meletup. Padahal tidak begitu, melainkan jika telefon kamu berada dekat dengan gas yang mudah terbakar boleh mengakibatkan telefon kamurang tidak dapat berfungsi dengan baik.
    6. Jangan sesekali menyimpan atau diletakkan telefon bimbit kamurang di dalam kereta Berkunci
    Meninggalkan atau meletakkan telefon bimbit kita di dalam kereta akan dapat dilihat oleh orang luar. Pasti boleh mengundang kecurian selain mungkin, telefon kamurang akan dicuri dan kereta kamu pun mungkin akan dirosakkan. (Hee..)
    Jadi apa lagi.. SHARE info bermanfaat ini sebagai peringatan kita bersama.

TUARAN- TAWAR MENAWAR ATAUPUN KERANA AIR SUNGAI YANG TAWAR

Menurut kata orang tua-tua, Pekan Tuaran suatu masa dulu terkenal dengan tamu minggunya. Pekan ini menjadi tumpuan orang ramai yang datang dari semua pelusuk negeri Sabah. Orang ramai datang ke pekan ini semata-mata untuk berjual beli. Ada penduduk yang datang memperdagangkan hasil pertanian mereka, dan ada juga yang datang sekadar membeli-belah.
Pekan Tuaran
Kebanyakan mereka yang datang ke Pekan Tuaran membawa hasil pertanian yang hendak dijual meggunakan sampan atau rakit. Hasil tanaman atau ternakan ini akan dijual dan kebanyakan akan ditukar dengan barang-barang lain.
Sikap tawar-menawar adalah telah menjadi kebiasaan orang-orang yang datang ke tamu Pekan Tuaran. Sempena dengan tawar menawar inilah, nama Tuaran diambil dan sehingga kini nama Tuaran masih digunakan.
Selain itu, ada juga cerita yang mengatakan bahawa asal usul nama Tuaran ini adalah diambil sempena dengan nama sebatang sungai yang airnya tawar dan terletak berhampiran dengan Pekan Tuaran. Itulah dia Sungai Tuaran yang juga merupakan antara sistem perhubungan dan pengangkutan terpenting bagi penduduk suatu masa dulu.
Demikian kunun kisah asal-usul nama Tuaran ni.
*sumber Library Sabah State Archives

Sejarah nama Pitas- Nopitas

Pitas

Daerah Pitas terletak kira-kira 195 kilometer dari Kota Kinabalu dan 132 kilometer dari Kudat. Bersempadan dengan Daerah Kota Marudu di sebalah barat, Daerah Beluran dan Paitan di sebelah timur. Populasi penduduk kebanyakannya adalah daripada etnik Rungus dan Orang Sungai (termasuk Tambanuo), dan sedikit daripada kaum Cina serta kaum etnik minoriti yang lain.
Pitas
Suatu masa lalu, nama daerah ini sinonim dengan daerah Kudat. Ramai yang beranggapan bahawa Pitas adalah Kudat. Golongan veteran masih dengan pemikiran bahawa ‘Pitas di bawah Kudat’. Ini disebabkan sebelum tahun 1975, daerah ini ditadbir oleh daerah Kudat. Semua urusan pentadbiran dilakukan di Kudat dengan menggunakan motorbot menyeberangi Teluk Marudu yang memakan masa perjalanan sekitar 3 jam. Pada masa yang sama, sewaktu zaman Jepun, ramai orang Cina di Kudat yang melarikan diri ke Pitas dan membuka petempatan di tebing-tebing Sungai Bengkoka. Oleh itu penduduk tempatan akan menumpang motorbot peniaga Cina ke Kudat untuk memasarkan hasil pertanian.
Nama Pitas adalah berasal dari perkataan “NOPITAS” iaitu perkataan bahasa Suku Kaum Sungai yang bererti ‘terputus’. Pada masa itu Sungai Bengkoka dilanda banjir dan akibat arus banjir yang deras Sungai Bengkoka telah terputus. Maka perkataan “NOPITAS” (Terputus) diabadikan oleh penduduk pada masa itu menjadi Pitas sehingga sekarang.
Pitas
Pada tahun 1975, Pitas dinaiktaraf menjadi daerah penuh dengan wujudnya cawangan beberapa agensi kerajaan seperti JKR, Pondok Polis, Pendidikan dan Kesihatan. Walau bagaimanapun, dengan kemudahan dan bilangan staf yang terhad, tidak banyak urusan rasmi yang dapat diselesaikan di sini. Kebanyakan masih merujuk di Kudat. Menjelang awal 80-an tapak Pekan Baru Pitas telah dikenalpasti dengan bermulanya pembinaan bangunan Urusetia. Sejak itu daerah ini mulai berubah wajah dengan lebih banyak agensi kerajaan dibuka(dinaiktaraf). Apabila jalan raya ke Kota Marudu mulai boleh digunakan penduduk mulai menggunakan kereta menuju ke Kudat. Pengangkutan melalui laut semakin tidak popular sehinggalah ‘menutup operasi’ sekitar tahun 1997.
Walaupun Pitas dikatakan menjadi daerah penuh namun pada dasarnya masih banyak agensi kerajaan yang ‘belum berdikari’ kerana masih bernaung dari Kudat sepert, JKR, Jabatan Air dan Jabatan Kesihatan.
Sumber Pejabat Daerah Pitas
Blog Maklin Masiau

Disebalik Nama Kunak-Suatu ketika dahulu

Kunak

Daerah Kunak meliputi kawasan 438 batu persegi atau 1134km. Daerah ini terletak di sebelah Tenggara Pantai Timur Negeri Sabah. Ia bersempadan dengan Tawau di Selatan, Daerah Lahad Datu di Utara, dan Semporna di Timur. Kedudukan daerah ini ialah di antara Garis Lintang 4.41 darjah utara serta Garis Bujur 118.15 darjah Timur. Jarak jauh dari Tawau ialah 88km, Semporna 90km, Lahad Datu 78km dan Kota Kinabalu 500 km.
Kunak
Nama asal Daerah Kunak ialah Mostyn. Pada asalnya Mostyn ditadbir oleh sebuah syarikat besar yang menguasai kawasan pembalakan daerah ini dikenali sebagai Sabah Timber Company. Syarikat ini telah membina sebuah jambatan panjang bagi membolehkan kapal-kapal besar berlabuh untuk memuatkan kayu balak.

Kunak
Kapal M.V.Kunak berlabuh di kg pangkalan

Bermula dari kisah pelabuhan kapal inilah Mostyn ditukar namanya kepada Kunak, mengikut nama sebuah kapal dagang asing M.V.Kunak. Kapal dalam kelas 5,000 tan tersebut adalah kepunyaan Straits Steamship Company yang dibeli dari sebuah syarikat perkapalan Belanda, KPM pada tahun 1960. Jelaslah bahawa daerah ini mendapat namanya selepas tahun 1960.
Jumlah penduduk Daerah ini ialah seramai 44,000 orang (Banci 2000). Suku kaum utama di daerah ini adalah kaum Bumiputera keturunan Bajau dan Suluk dan kaum-kaum lain adalah Bugis, Kadazan dan Cina. Adalah dianggarkan lebih 95 peratus penduduk di daerah ini adalah Bumiputera beragama Islam
Pada asasnya Daerah Kunak merupakan daerah pertanian. Dianggarkan 80,000 hektar kawasan tanah adalah sesuai untuk pertanian. Tanaman utama di aderah ini ialah kelapa sawit, koko, getah dan kelapa. Di samping pertanian, Daerah Kunak juga terkenal dengan perusahaan perikanan. Daerah Kunak menghasilkan purata 25,000 metrik tan hasil-hasil laut setahun. Pembalakan juga merupakan salah satu aktiviti penting pada masa dahulu tetapi sektor ini tidak lagi aktif masa ini.
Sumber Pejabat Daerah Kunak

Trypophobia- Lubang-lubang yang menyeramkan

trypophobia

Trypophobia
Ada macam-macam jenis fobia sekarang ni, fobia dengan haiwan seperti lipas, giuk dan fobia dengan ketinggian atau laut dan banyak lagi. Tapi pernah kamu dengar orang yang fobia dengan lubang-lubang kecil yang banyak. Dengar seja lubang-lubang pun macam menakutkan sudah kan. Dan kamurang tau, istilah untuk mereka yang fobia sama lubang-lubang kecil ini ialah ‘Tyrpophobia’.
Istilah ini sebenarnya baru seja wujud sekitar tahun 2000-an, dimana dicipta oleh seorang wanita dari Ireland yang melihat banyak gambar ‘menggelikan’ atau menyeramkan berupa tompokan lubang-lubang kecil yang ada di internet.
Berdasarkan laporan dalam jurnal Psychological Science pada tahun 2013, lebih kurang 18 peratus perempuan dan 11 peratus lelaki menderita fobia ini iaitu merasa ndak selesa bila Nampak banyak lubang dengan pola berulang contohnya seperti sarang semut dan sarang lebah.
Mereka yang kebanyakannya akan merasa ngeri, geli, jijik seterusnya rasa cemas dan takut. Bagi kes yang teruk penderita trypophobia akan sakit kepala dan mengalami kesukaran bernafas dan denyutan jantung semakin laju.
Menurut kajian yang dibuat oleh Geoff Cole dan Arnold Wilkins dari University of Essex, setiap dari kita sebenarnya cenderung memiliki fobia ini tanpa kita sedar, tapi ndak serius. Satu hal yang kita dapat buat supaya dapat menyembuhkan fobia ini ialah dengan selalu melihat gambar lubang-lubang kecil sehingga kita ndak geli atau kita biasa suda dengan tu pola lubang-lubang.
Jadi jum kita check dan tinguk gambar-gambar dibawa yang merupakan formasi lubang-lubang kecil daripada yang kurang extream sehingga yang extream. Kalau kamurang rasa geli suda awal-awal maknanya kamurang pun ada ni fobia ataupun penderita trypophobia. Jadi selalu-selalu la kita tinguk tu gambar sampai kita ndak geli lagi.

trypophobia
Sarang lebah

trypophobia
Bekas bila tekan-tekan tu kacang pis

trypophobia
Batu karang

trypophobia
trypophobia
trypophobia
trypophobia
 
trypophobia
trypophobia
trypophobia

KENAPA NAMANYA BELURAN

beluran

Daerah Beluran, dahulunya lebih dikenali sebagai Daerah Labuk-Sugut dan telah wujud sejak awal Pentadbiran British North Borneo Charterd Company, ia merupakan antara Daerah yang terawal di Negeri Sabah.
Nama Beluran diambil sempena nama bukit yang menjadi “Land Mark” pekan ini, iaitu dalam bahasa Dusun Labuk, Sungai dan Tidong disebut “BULUDAN”. “Buludan” atau “buudan” bermaksud bukit. Nama tersebut digunakan oleh setiap etnik yang tinggal disitu. Bagi suku kaum Tidung Sambel “buud” atau “bulud” bagi Tidung Bangaweng bermaksud bukit, manakala “buudan” atau “buludan” bermaksud merujuk tempat yang berbukit iaitu tempat kedudukan balai polis sekarang ini.

Beluran
Ibu pejabat polis daerah Beluran

Pertukaran nama terjadi akibat daripada salah sebutan dan ejaan dalam surat menyurat oleh warga Inggeris yang tidak fasih menyebut perkataan dalam bahasa tempatan menyebabkan BULUDAN bertukar kepada BELURAN dan kekal sehingga kini.
Pejabat Pentadbiran Daerah ini telah ditubuhkan seawal tahun 1916 walaubagaimanapun semua rekod dan data berkenaan telah musnah akibat perang dunia ke dua, dan rekod Pegawai Daerah beberapa tahun juga musnah. Menurut sumber daripada orang lama, Encik B.S Willie telah dilantik sebagai Pegawai Daerah Beluran pada tahun 1945. KLAGAN merupakan Pusat Pentadbiran Daerah Labuk Sugut yang pertama, tetapi kerana kawasan tersebut seringkali dilanda banjir, Pemerintah British telah memindahkan pusat pentadbiran tersebut ke kaki bukit Beluran.
Jumlah penduduk terdiri daripada kaum bumiputera yang terdiri daripada Suku Kaum Kadazan Dusun, Sungai, Tidong, Bajau, Suluk, Rungus, Brunei, Dumpas dan Cina dengan pekerjaan utama, pekebun kecil (Kelapa Sawit), nelayan, peniaga kecil, pekerja ladang dan kakitangan kerajaan dan swasta. Hasil utama Daerah ialah kelapa sawit dan sumber laut.

Misteri Komburongoh -Tenaga Yang Tersembunyi

Komburongoh merupakan satu istilah kepada satu jenis tumbuhan yang penting dalam ritual keagamaan Dusun kuno. Dalam konteks botani, komburongoh merupakan sejenis ‘rumput’. Orang Melayu memanggilnya sebagai “rumput jerangau”. Dalam konteks keagamaan kuno Dusun, ianya merupakan alat medium yang menghubungkan Bobolian dengan alam spiritual (ghaib). Dalam bahasa spiritual Momolianisme pula, tumbuhan ini merupakan semangat yang berunsur “masculine” yang dibangki (membahagi menjadi dua lalu memberikan nama kedua (nama spiritual) dengan satu nama, iaitu “rinokian”, iaitu semangat yang berunsur “feminine”.
fb_img_1477387499332
komburongoh
Cara membuat komburongoh secara ringkasnya seperti berikut :
1. Bobolian akan mencabut Komburongoh, membersihkannya lalu memotongnya. Rinait Mongkorot (mantra semasa memotong) akan diucapkan pada saat memotong tumbuhan ini.
2. Setelah dipotong, Bobolian akan menjalankan ritual “Mongombolit” (memisah-misahkan) di mana Bobolian memisah-misahkan yang mana bahagian potongan yang ada “sundu” (kuasa) dan mana yang tidak memiliki “sundu”. Pada saat memisah-misahkan potongan-potongan ini, Bobolian akan mengucapkan Rinait Mongombolit (mantra).
3. Selepas itu, Bobolian akan menajamkan bambu, lalu mula menjalankan ritual “marangkai” (proses membuat kalung), iaitu mencucukan potongan-potongan Komburongoh di bambu yg ditajamkan. Setelah itu, ianya akan dikeringkan. Pada saat Komburongoh dirangkai, Bobolian akan mengucapkan Rinait Marangkai. Saat Rinait ini diucapkan, semangat Komburongoh akan berkomunikasi dengan Bobolian.
4. Setelah kering, potongan-potongan tadi dijadikan kalung dengan menggunakan tali dan siap untuk dipakai. Untuk memakainya, Bobolian selalunya akan membangunkannya dengan contoh Rinait di bawah ini :
Posik ku diti rinangkai
Tudau ku diti kinoruod
Rinangkai ku Komburongoh
Rinoud ku Rinokian.
komburongoh
Sebagai catatan tambahan, orang tua dulu-dulu (nenek muyang) selalunya membawa komburongohnya ke hutan selama beberapa bulan untuk dibawa bertarak (bertapa). Setelah selesai bertarak, komburongohnya itu akan disangkutkan pada sebatang pohon besar di hutan utk mengujinya. Kalau pokok itu layu mati selepas beberapa hari, maka komburongoh itu sudah memiliki “Sundu (kuasa)” yang sangat kuat.
Sumber Aki Rumantai- 2015

Menariknya Sejarah dan Budaya Etnik Bisaya

Nama “Bisaya” adalah bukan nama sebenar suku kaum ini pada zaman dahulu, terdapat SEJARAH dan juga LAGENDA tersendiri di sebalik nama(Bisaya) sehingga ‘menyebabkan terbentuknya’ satu nama etnik baharu bernama Bisaya pada hari ini.
Masyarakat Bisaya dikatakan antara penerima Islam yang pertama di Pulau Borneo iaitu sejak di awal kurun ke-13 lagi. Masyarakat ini menerima Islam hasil daripada pengaruh yang telah disebarkan oleh pendakwah-pendakwah dari Negara Timur Tengah yang datang berdagang di Pulau Borneo dan akhirnya menyebarkan ajaran Islam dengan penduduk pribumi di Pulau Borneo.
bisaya
Di katakan bahawa sewaktu dahulu, pemerintahan di Pulau Borneo agak kucar-kacir dan banyak penindasan sehingga mengakibatkan masyarakat ini berhijrah daripada tempat asal iaitu dari wilayah Kerajaan Baruni yang telah wujud seawal kurun 977 Masehi lagi. Penghijrahan bagi survival inilah yang telah membentuk masyarakat Bisaya di Sabah yang banyak tertumpu dikawasan Beaufort, Sungai Padas, Sungai Klias, Pulau Gaya dan Labuan manakala bagi Sarawak, masyarakat Bisaya ramai mendiami Sungai Limbang.

Bisaya
Industri Sagu yang diusahakan kaum Bisaya

Jika dilihat daripada bahasa pertuturan pula, Bisaya Sabah bahasa pertuturannya hampir 90% persamaannya dengan bahasa Tatana iaitu bahasa pertuturan masyarakat Dusun Sabah manakala bagi Bisaya Sarawak pula hampir 60% menggunakan bahasa dialek Brunei.
Kehebatan Ilmu Mistik Etnik Bisaya sering diperkatakan,ada lebih kurang 40 jenis ilmu mistik dan kebatinan kaum Bisaya,dan salah satunya adalah “BITAS”.Ilmu Bitas adalah amat di geruni dimana orang lelaki yang terkena ilmu Bitas ini akan ‘kehilangan kemaluan’ dimana kemaluan terasa hilang dan tumbuh di dahi mahupun kemaluan terasa tumbuh di tempat lain. Oleh sebab itu Orang luar(lelaki) yang berniat mempermainkan anak dara kaum Bisaya agar berfikir 100X kerana bukan apa takut kemaluan hilang dan tumbuh di dahi.
Bisaya
Salah satu jenis tarian tradisi kaum ini yang terkenal adalah Tarian Alai Bubu (Sayau Salihid). Tarian ini adalah merupakan sebuah tarian yang berkonsepkan bubu ikan dengan menggunakan bubu/lukah(yang direndam/tenggelamkan di dalam air sungai atau air laut untuk menangkap ikan). Tarian ini ditarikan oleh 6 orang penari, 4 orang pengalai, 4 orang pemuzik serta 2 orang penyanyi.Tarian ini mempunyai Lagenda dan Mitosnya sendiri kerana ia bukan hanya sekedar tarian biasa namun mengandung unsur Mistik dan Jampi yang di sertakan bersama tarian alai bubu ini.
Kenyataannya, banyak lagi sejarah menarik kaum ini yang ramai tidak tahu. Sebagai Sabahan, kita seharusnya mengambil tahu sedikit sejarah berkaitan kaum-kaum yang tinggl di Sabah ini. Tak kenal maka tak cinta, kenal maka kita akan lebih saling hormat menghormati budaya orang lain.
*sumber Arkib Negeri Sabah

Asal-usul Nama PENSIANGAN

pensiangan

Nama daerah Pensiangan berasal daripada pertemuan atau percantuman dua batang sungai yang mengalir. Percantuman atau pertemuan ini membawa kepada terjadinya nama ‘PENSIANGON’ dalam panggilan Bahasa Murut.
Orang dulu-dulu sebilangannya tinggal dipinggir kuala dan batang sungai yang mengalir ini. Mereka membuat pondok-pondok dipinggir sungai tersebut sebagai tempat kediaman mereka.
pensiangan
Apabila sudah sekian lama tinggal di kampung ini maka tibalah penjajah Borneo di situ. Penjajah ini dikenali “Chartered Company”. Seorang daripada Ketua Cartered Company tersebut bertanya berkenaan dengan nama kampung tersebut, lalu penduduk kampung tersebut memberitahu bahawa kampung ini dipanggil “Pensiangon”. Sebaik saja perkataan itu didengar oleh Ketua Chartered Company tadi, maka ia memanggil nama Pensiangon menjadi Pensiangan.
Sehingga kini Pensianganlah yang digunakan. Manakala nama Nabawan adalah sebagai pusat pentadbiran dan ianya sebagai pekan Nabawan dalam daerah Pensiangan. Kami akan bawakan lagi sejarah daerah Pensinagan ni di masa akan datang k.