Khairilizwan Jamros

Anak jati Sabah berasal dari Kudat, Sabah yang mula berjinak lebih 11 tahun dalam pemasaran internet sejak tahun 2008 lagi bermula dari penulisan blog .Seorang yang berpengalaman dan berkemahiran dalam pelbagai bidang termasuk fotografi, videografi, membina laman web, rekabentuk grafik, penyelenggaraan komputer, rangkaian internet , sistem linux termasuk server dan banyak lagi. Founder Khaiz Group. Seorang Ambivert. Peminat setia dragon ball.

Idea-idea Kreatif dengan Stokin Terpakai

stokin

Kalau ada satu soalan yang selamanya tiada jawapan dan tidak dapt dijawab manusia ialah; kenapa stokin saya tinggal satu atau dimana hilang stokin saya yang sebelah?
Tapi kami pun ndak mampu maw jawab ^^’ tapi sekurang-kurangnya kami taw apa maw buat dengan stokin kamu yang tinggal sebelah tu. Ndak pun stoking kamu yang ndak diguna lagi.
Di sini ada beberapa idea yang kami maw SHARE sama kamurang.
1. Holder / Wrapper
stokin
stokin
stokin
stokin
stokin
2. Puppet
stokin
stokin
stokin
stokin
stokin
3. Hand Wrapper
stokin
4. Bracelet
stokin
5. Flower
stokin
Sebenarnya banyak lagi idea yang kamurang bulih check sendiri. Google jak bah. Kan.. ^^

Lebih 10 idea dekorasi menarik botol terbuang.

botol

Siapa yang biasa minum air mineral tu mesti banyak koleksi botol mineral kan. Mungkin ada juga botol-botol kaca yang hanya terbiar di belakang rumah. Selain hantar pi pusat kitar semula untuk dijual apa kata kamu sendiri kitar semula botol-botol tu.
Kamu teda idea? Ndak apa kami akan SHARE beberapa idea menarik dan ‘coolest’ la kunu yang boleh kamu guna untuk jadikan botol-botol yang tidak berguna tu kepada sesuatu yang unik dan berguna. Asalkan kamurang rajin semua pun jadi. ^^
botol
botol
botol
botol
botol

botol
kontener berzip

botol
‘mosquito-free canderlight’

botol
‘Picture frame’

botol
‘Wind chime’

botol
‘bracelet’

botol
‘plastic flower’

botol
botol
botol
botol

10 Sebab Kenapa Orang Perlu Selalu Saling Memeluk

peluk

Bukan seja sebab kita rasa bahagia bila kena peluk, tapi sebenarnya memeluk membawa banyak kesan positif ke atas minda dan fizikal kita tanpa kita sedar.
Fenomena ini sebenarnya telah lama dikaji dan dibuktikan oleh para saintis. (Cuba kamu baca artikel kajian berkaitan ‘pelukan’)
Hari ini, Sabahan Dot My ingin kongsikan kepada kamurang semua kenapa ‘memeluk’ ni baik.
1. Meningkatkan sistem imun badan
Dinyatakan kunu pelukan selama 20 saat atau lebih merupakan sesi terapi terbaik dimana memberi kesan positif kepada badan manusia dan membantu kita menentang penyakit.
2. Membantu menyekat keinginan untuk makan akibat stress
Pelukan menyatakan maksud sokongan dan rasa empati. Apabila kita dipeluk kita akan rasa disayang dan ini juga membantu kita menyekat keinginan untuk makan makanan yang tidak sihat (terutamanya apabila kita berasa sedih atau dalam tekanan).
3. Melambatkan proses penuaan
Dengan berkurangnya tahap stress dan membantu proses melawan keradangan (ndak pasti macam mana tu.. nanti kamu check sendiri ar..), memeluk menjadikan mekanisme penuaan semula jadi dalam badan kita berjalan pada kadar yang lebih perlahan.

4. Kekal tangkas dan memperbaiki kualiti hidup

Memeluk orang tersayang pada awal pagi akan membantu meningkatkan mood kita dan orang yang dipeluk secara ndak lansung membantu kita untuk cas bateri untuk menghadapi sepanjang hari yang tidak menentu.
5. Bantu hadapi saat-saat sukar
Bila sudah kena cas tenaga positif, badan dan minda kita sudah tentu dapat hadapi apa seja kesukaran dan boleh mencari jalan keluar dari setiap masalah (insya Allah).
6. Membuat kita lebih bahagia
Pelukan menyebabkan badan kita merembeskan hormon oxytocin, dimana hormon ini membantu kita dengan merasa gembira dan membantu mengukuhkan ikatan emosi antara pasangan atau ahli keluarga.
7. Membantu menghadapi depresi (kemurungan)
Memeluk bukan sahaja mengurangkan rembesan hormon tekanan, tetapi ia juga meningkatkan rembesan serotonin, yang dikaitkan dengan perasaan baik dan rasa bahagia. Semua ini berfungsi untuk bikin tenang sistem saraf dan memperbaiki keadaan emosi kita secara keseluruhan.
8. Memberi kesan menenangkan pada sistem saraf
Perbuatan memeluk mempunyai pengaruh penenang di kedua-dua jantung dan sistem saraf. Oleh itu, memeluk antara satu sama lain menyebabkan saraf kita lebih ‘relax’, menghilangkan tekanan terkumpul dan ketegangan dalam diri kita.
9. Meningkatkan keyakinan diri
Dengan memeluk ia buat kita berasa selamat. Ia menyebabkan kita kurang terdedah kepada rasa bimbang dan rasa tidak yakin. Apa-apa reaksi adalah sebahagian daripada naluri kita – ia membantu kita di peringkat bawah sedar dan memberikan kekuatan dalam menghadapi pelbagai kesukaran hidup.
10. Meluahkan perasaan yang tidak boleh diluah oleh kata-kata
Pelukan ialah bahasa universal bagi kita menyatakan perasaan seperti sayang, ambil berat dan sokongan kita pada orang sekeliling kita. Tidak kira bahasa apa yang kita cakap, setiap orang di dunia ni menggunakan pelukan sebagai bahasa kasih saying, sokongan dan ambil berat.
Jadi tunggu apa lagi, peluk la selalu orang-orang tersayang kamurang. Dorang dapat kebaikan kamurang pun dapat juga kan.
sumber Bright Side

Antara Cara Elak Anak Meninguk Video Kartun yang 'ndak bagus'

Sejak akhir-akhir ini, viral pasal isu kartun Frozen sama tu watak-watak superhero yang di’porno’kan di salah satu channel di Youtube. Sebenarnya sebelum isu ini dikongsikan, ramai ibu-bapa yang kurang peka akan kehadiran video kanak-kanak yang tidak senonoh ini di laman Youtube kerana kita berpendapat bahawa video kanak-kanak semuanya berkisar kanak-kanak semata-mata. Tetapi hakikat dunia hari ini, apa yang diluar jangkauan pemikiran kita kini menjadi realiti atau kenyataan yang perlu kita hadapi.
Di sini, admin maw kongsikan beberapa cara untuk mengelak anak-anak kita daripada terdedah kepada video tidak bermoral yang sedikit sebanyak boleh bantu ibu-bapa untuk bendung masalah ini. Biar bukan keseluruhan tetapi sedikit sebanyak boleh mengurangkan kerisauan kita. Perkongsian tips ini adalah daripada artikel Says.Com. Semoga bermanfaat.
1. Tandakan restrict mode
step1
step1 b
Pergi ke bahagian setting YouTube dan tanda pilihan ini. Setelah kamurang tanda, beberapa video yang mempunyai inpappropriate content tidak akan dapat dimainkan melalui device kamu lagi.
step2
2. On safety mode
step 2 a
76ef
step 2 a1
Tetapi diingatkan, tidak semua video dapat ditapis kerana sesetengah video tersebut disetkan kepada public.
3. Guna applikasi parental control
23d0
Terdapat tiga fungsi utama aplikasi ini iaitu filtering, observing dan scheduling:
Filtering: Anda boleh memilih laman web mana yang anak anda boleh (white list) dan tidak boleh akses (black list).
Observing: Anda boleh merakam aktiviti anak-anak sepanjang hari.
Scheduling: Mereka hanya boleh online pada waktu tertentu sahaja yang anda telah tetapkan.
INGAT!!! Sekiranya content seperti video di atas disetkan kepada public, kebarangkalian peluang untuk anak anda menontonnya masih tetap tinggi.
Dinasihatkan sebagai ibu bapa, anda seharusnya monitor aktiviti anak-anak tidak kiralah pada telefon pintar, tablet dan sebagainya. Ambil tindakan dan sebarkan!

Kenapa 15-30 Minit Sebelum Waktu Zohor Haram Solat

Solat

Kenapa 15-30 minit sebelum masuk waktu zohor kita diharamkan melakukan sebarang solat? Jawapannya,
1. Ketika itu matahari berada di kemuncak langit sebelum gelincir (masuk Zohor). Disebut juga waktu rembang.
2. Waktu ini diharamkan solat sunat apa pun kecuali:
+ Pada hari Jumaat bagi lelaki yang hadir solat Jumaat
+ Berada di masjidil haram (Mekah, Madinah dan al-Quds)
3. Waktu ini, jin dan syaitan sedang mengambil tenaga mereka kerana ciptaan mereka dari unsur api.
Dengan pancaran matahari yang kuat, tenaga mereka bertambah dengan cepatnya (recharge).
4. Ketika ini jugalah, ahli sihir membuat dan ‘menuju’ ilmu hitam mereka selain pada waktu tengah malam. – menurut Ilmu Perubatan Islam.
5. Manusia pula sebaliknya. Ketika ini, badan berada pada tahap paling lemah.
Maka Islam menggantikan ibadat solat sunat dengan tidur sunat yang namanya Qailulah untuk tujuaan kecergasan fizikal dan juga rohani.
6. Qailulah 15-30 minit sebelum Zohor. Itu yang terbaik.
7. Qailulah juga antara cara untuk awet muda. Kerana ketika tidur, segala tekanan kerja dan kehidupan di siang hari dilepaskan secara semulajadi.
8. Ikuti sunnah, pasti ada kejayaan. Siapa baca sampai habis untung 🙂
Nabi SAW bersabda:
“Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailulah.”

Rahsia Qailulah sebelum solat Zohor

Qailulah

Rahsia disebalik Qailulah sebelum solat Zohor.

Maksud Hadis:
syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.
Sabda Rasulullah s.a.w “Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah” (Riwayat at-Tabrani)
Apa itu Qailulah?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.
Bila waktu paling sesuai untuk amalkan tidur siang?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan tidur siang ini, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.
Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?
Mengikut kajian, 1 minit tidur ini kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.
Tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.
Orang barat memanggil Qailulah sebagai “nap”. Di negara barat biasanya “nap” dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan “nap’ waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.
Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi ‘nap’ ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.
Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari tidur, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi,
kecerdasan dan fokus.
Jadi sama-sama la kita nap sekejap sebelum zohor
Apakah itu Hailulah, Qailulah dan A’ilulah ?
1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (org yg tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.
2- Qailulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat malam).
3- A’ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pd badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.
Kongsi kepada rakan taulan kerana sentiasa memperbaharui ingatan kita dan sebagai peringatan terhadap org yg terlalai…

Panggilan Untuk Kucing Berbeza Di Tiap-tiap Negara Di Dunia

kucing

Pernah kamurang pigi suatu tempat di luar negara dan berjumpa serta cuba memanggil kucing di sana. Sudah pasti kamurang akan sedar bahawa sesetengah mereka tidak bertindak balas dengan panggilan kamurang kan. Mengapa? Kerana di setiap negara, kucing nampaknya bertindak balas terhadap bunyi yang berbeza.
Di England, mereka berkata “CHH-CHH-CHH”. Bagi India, mereka berkata “meow-meow” seperti di Malaysia. Dan ini adalah hanya beberapa contoh! Teruskan ‘scrolling’ untuk senarai bagaimana untuk memanggil kucing di negara-negara yang berbeza.
kucing
KUCING
KUCING
kucing
kucing
kucing
kucing
kucing
kucing
kucing
kucing
kucing
kucing
kucing
kucing
kucing
kucing
kucing
kucing
kucing
kucing
kucing
kucing
kucing
kucing
kucing
*sumber Bored Panda Collection

20 Gincu Ternama Mengandungi Kandungan Plumbum Tertinggi

gincu

Pasti ramai perempuan setuju memakai gincu membuatkan diri lebih cantik sekaligus meningkatkan keyakinan diri. Tetapi benarkah gincu boleh memudaratkan kesihatan seseorang itu?
Dalam satu kajian kecil di Amerika, penyelidik meminta sekumpulan remaja perempuan menyerahkan gincu dan glosses mereka dan menguji mereka untuk logam toksik, termasuk plumbum dan kadmium. Walaupun kandungan logam diubah secara meluas daripada jenama kepada jenama, mereka mendapati bahawa wanita yang memakai gincu dua hingga tiga kali setiap hari boleh menelan melebihi 20 peratus daripada jumlah harian yang yang dianggap selamat di minum lebih lagi-bagi aluminium, kadmium, kromium, dan mangan.
Bergantung kepada pengambilan, dalam beberapa kes ada wanita yang telah melebihi pengambilan harian yang disyorkan untuk kromium, aluminium dan mangan. Plumbum ialah logam yang seharusnya perlu dielak pendedahan sepenuhnya, telah dikesan hampir 75 peratus daripada sampel yang diuji.
Sebahagian daripada bahan kimia ini adalah berbahaya, cadmium sebagai contoh, ialah karsinogen yang telah dijumpai di dalam biopsi kanser payudara dan terbukti menyebabkan sel-sel kanser semasa dalam eksperimen makmal. Logam sering digunakan dalam pewarna mineral, yang memberikan pigmen warna pada gincu, dan juga sering didapati di dalam tanah dan air bawah tanah.
Apa yang penting sebenarnya pendedahan yang membantu pengguna memahami dan menghadkan pendedahan harian mereka.
Kerana tahap plumbum yang tinggi di kalangan orang dewasa boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan dari keguguran hingga kepada sawan. Manakala pendedahan plumbum di kalangan kanak-kanak boleh membawa kepada kerosakan otak yang kekal dan mungkin juga boleh menyebabkan jenayah.
FDA telah menjalankan dua kajian susulan, satu pada tahun 2009 dan satu pada tahun 2012. Kedua-dua kajian mendapati sehingga 7.19 bahagian per juta lebih plumbum, dalam sampel gincu diuji.
Berikut adalah 20 gincu yang mengandungi plumbum yang tertinggi daripada kajian FDA 2012 ke atas 400 warna gincu:
Gincu
Takut dengan pengambilan logam berat tapi tetap mau memakai lipstick? Ujian FDA 2012 telah mendapati kurang daripada satu per juta plumbum yang terdapat dalam jenama Wet n ‘Wild, Bobbi Brown, dan gincu jenama Shiseido.
Jika mahu, kamurang juga boleh membuat semakan pada organisasi yang mempunyai pangkalan data yang mempunyai maklumat mengenai produk kosmetik dan bahan-bahan yang berisiko yang ada di dalam produk tertentu.
Ini ujian yang anda boleh lakukan untuk gincu anda:
1. Calitkan sedikit gincu di atas tangan anda👋
2. Gunakan cincin emas untuk menanggalkan gincu tersebut💍
3. Jika gincu anda bertukar kepada warna hitam,maka ia mengandungi ‘lead’.
*Kebanyakan jenama luar negara yang disenaraikan sebab kalau kita masukkan jenama Malaysia sini kompom banyak yang protes dan cakap kita sengaja maw jatuhkan nama produk tempatan. Paling penting buat research sendiri sebelum mengguna suatu produk. Maw maklumat lagi tepat pi baca artikal lain.
sumber motherjohns

25 Fakta Menarik Tentang Orang Kidal

Sempena meraih Hari Tangan Kiri Sedunia, di sini ialah senarai 25 fakta menarik tentang orang kidal yang jarang orang tahu, dari fakta unik ke lucu dan yang memang menarik. Berikut adalah beberapa trivia menarik yang berkaitan dengan orang kidal.

Fakta Saintifik Orang Kidal/ Mengguna Tangan Kiri

• Terdiri daripada 5% hingga 10% daripada penduduk dunia
• Lebih cenderung untuk mempunyai alahan /alergik
• Lebih terdedah kepada migrain
• Kecenderungan untuk menjadi insomnia
• Lebih banyak mengunakan otak sebelah kanan
• Tiga kali lebih cenderung untuk menjadi penagih alkohol – sebelah kanan otak mempunyai toleransi yang lebih rendah kepada alkohol!
• Cenderung untuk mencapai baligh 4-5 bulan lebih lambat daripada pengguna tangan kanan
• Lebih cenderung untuk mengalami gagap dan disleksia
• Dua kali lebih berkemungkinan untuk menjadi seorang lelaki
• Lebih baik pada persepsi 3D dan pemikiran
• Lebih baik dalam melakukan pelbagai tugas (multi-tasking)
• Purata hidup 9 tahun kurang daripada orang mengguna tangan kanan (kajian ini telah disangkal! Baca lagi artikal lain k)
Trivia Menarik Orang Kidal
• Ada pen khas untuk orang kidal! Sepa tau? kidal
• Boleh menjadi seorang pemain besbol,pemain tenis, perenang, peninju dan atlet yang sangat baik (hampir 40% daripada pemain tenis atas adalah lefties).
• Mereka meraihkan hari tangan kiri sekali setahun pada 13 Ogos – International Left Handers Day
• Melukis sesuatu menghadap ke kanan.
• Sembuh daripada strok lebih cepat.
• Kecenderungan untuk mempunyai kerjaya yang melibatkan ‘kekreatifan’.
• Tujuh Presiden A.S. sehingga kini, 4 daripadanya ialah kidal.
• Graduan kolej yang mengguna tangan kiri 26% cenderung menjadi lebih kaya daripada graduan yang menulis menggunakan tangan kanan.
• Pada papan kekunci QWERTY terdapat 1447 perkataan Inggeris dapat ditaip dengan tangan kiri, manakala hanya 187 ditaip dengan tangan kanan.
Statistik Unik Orang Kidal
• Lebih cepat menyesuaikan mata untuk melihat semasa berada dalam air
• Sedikit yang dapat menggulung lidah mereka berbanding orang biasa
• Kuku tumbuh lebih cepat pada tangan kiri daripada kanan
*Jadi itu la antara fakta-fakta menarik antara orang kidal ni. Kalau maw tau lagi detail atau kesaihan fakta-fakta dia atas apa kata kamurang rajin-rajin pi baca artikal lain k.

Putat Town (Putatan) dan Pokok Putat

Sejarah Awal Putatan
Sebelum tahun 1884, Putatan adalah sebuah daerah jajahan Kesultanan Brunei tetapi pada 24 Mac 1884 daerah ini telah diserahkan oleh Pengiran Muda Damit Tajuddin bin Pengiran Muda Hashim , wakil Kesultanan Brunei kepada William Hood Treacher, Gabenor British North Borneo Company.
Pejabat Pentadbiran atau Residence Office pemerintahan Inggeris terletak di Kampung Lok Bonu ditepi sungai Putatan.
PUTAT
Kedudukan daerah ini yang berada dekat dengan Pekan Api-Api (kini bandaraya Kota Kinabalu) menjadikan daerah ini sebagai ‘station’ persinggahan kepada perusahaan getah dan bahan-bahan mentah seperti kayu dan bahan-bahan pembinaan bangunan yang dibawa dengan keretapi dari Tenom.
Barang-barang terutamanya kepingan getah dipunggah untuk diproses dikilang yang terletak bersebelahan Stesyen keretapi sebelum dibawa ke pelabuhan di Api-Api untuk diekspot ke luar negeri.
Atas sebab inilah daerah ini dijadikan sebagai pusat pentadbiran oleh pemerintahan Inggeris untuk mengendalikan kawasan perindustrian berasaskan getah dan bahan-bahan mentah yang lain.
Sungai Putatan merupakan sebuah sungai yang menjadi nadi perhubungan penduduk daerah Putatan ketika itu. Selain daripada laluan utama para nelayan mencari rezeki ke laut, sungai ini juga bersambung dengan sungai Moyog dan Petagas juga menjadi laluan perahu kecil kepada mubaligh kristian untuk mudik ke Donggongon.
Berdasarkan cerita lisan orang tua-tua di Kg. Ulu Putatan, Sungai ini juga menjadi laluan kepada Paduka Mat Salleh dan askar-askarnya bersembunyi di Kubu yang dibina di atas bukit kota (Memorial Tun Mustafa) di Kg. Ulu Putatan selepas menyerang Pulau Gaya sebelum menyusup keluar menuju Inanam.
Asal-usul Nama
PUTATT
Putatan mendapat namanya daripada sejenis pokok yang digelar Pokok Putat yang tumbuh dengan banyak di sekitar daerah Putatan. Berdasarkan cerita lisan, daerah ini sebelumnya adalah sebuah pekan kecil yang dikenali sebagai ‘Putat Town’ oleh penjajah Inggeris.
PUTAT
Namun di kalangan penduduk tempatan, ‘Putat Town’ dikenali sebagai Putatan atas sebab sebutan dalam dialek tempatan hinggalah ke hari ini.
Walau bagaimanapun kesaihan tentang asal usul nama daerah ini daripada gabungan Putat dan Tan masih dipertikaikan kerana nama daerah ini telah wujud sebelum kedatangan pihak Inggeris pada tahun 1881 dan nama Putatan tercatat dalam sejarah pemerintahan Kesultanan Brunei.