Mr Himura

Hinava, Makanan Tradisional Sabahan

Bagi penggemar makanan tradisional, hinava atau hinata merupakan antara makanan tradisional yang paling popular di Sabah. Bagi yang masih tertanya-tanya, istilah atau nama “Hinava” merujuk kepada hidangan yang dihasilkan tanpa perlu dimasak menggunakan api.

Bahan – bahan :

  1. Isi ikan tanpa tulang (boleh gunakan ikan tenggiri atau ikan yu. Boleh juga gantikan isi ikan dengan isi ketam atau sotong)
  2. 6 biji/ulas bawang merah (dihiris nipis)
  3. 4 biji/ulas bawang putih (dihiris nipis)
  4. 4 -5 biji limau kapas (boleh gantikan dengan limau kasturi juga)
  5. Seulas kecil halia (dalam 1 inci)
  6. 3 – 4 ulas/biji cili merah (dihiris nipis)
  7. Sedikit garam dan serbuk perasa
  8. Hirisan peria/ tomato/ bambangan (pilihan)

Cara – cara penyediaan:

  1. Cincang isi ikan (jangan terlalu hancur).
  2. Tuang sedikit air panas ke atas isi ikan selama 1 minit.
  3. Buang air isi ikan/toskan isi ikan.
  4. Gaulkan isi ikan bersama bawang merah, bawang putih, halia, cili merah, garam dan sedikit serbuk perasa.
  5. Perah limau kapas / kasturi untuk mendapat jus masam.
  6. Gaulkan jus limau kapas / kasturi bersama isi ikan.
  7. Campur dan gaul hirisan peria/tomato atau bambangan bersama isi ikan (jika mahu).
  8. Perap selama 15 minit.
  9. Siap untuk dihidang.

Tips:

  1. Pastikan anda gunakan isi ikan yang segar. Jika tidak hinava and akan jadi pahit.
  2. Semasa menghiris limau, pastikan biji limau tidak terhiris bersama kerana jus akan menjadi pahit.
  3. Anda boleh kurangkan jumlah limau jika tidak suka terlalu masam.
  4. Peria biasanya ditambah bagi mengurangkan rasa masam.

SELAMAT MENCUBA!!!

 

Pantai Sabandar, Salah Satu Tarikan Menarik Di Tuaran

Bagi anda yang inginkan percutian bajet  (budget), Pantai Sabandar Tuaran merupakan salah satu pantai yang wajib dikunjungi. Pantai yang terletak kira – kira 12 kilometer dari Pekan Tuaran ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Dengan pesisir pantai yang luas dan panjang, pastinya pengunjung yang berkunjung ke pantai ini akan berpuas hati kerana dapat menghabiskan masa menikmati keindahan pantai dan laut. Yang paling penting, yuran kemasukan ke pantai ini adalah percuma. Selain menikmati keindahan pantai dan laut, banyak lagi aktiviti-aktiviti lain yang anda boleh lakukan di sini.

Yuran masuk: Percuma

Aktiviti yang boleh dilakukan :

1) Menikmati keindahan pantai dan laut.

Bagi yang suka melihat matahari terbenam (sunset), fasa matahari terbenam yang paling cantik ialah dari pukul 6.0 petang sehingga 6.30 petang. Tinjau dulu keadaan sekeliling, jika terlalu banyak awan, matahari yang sedang terbenam tidak akan kelihatan.

Fasa Matahari Terbenam di Pantai Sabandar, Tuaran

 

Mandi laut merupakan salah satu aktiviti wajib bagi para pengunjung pantai

 

Air yang mula pasang

2) Mandi – manda

Mandi laut merupakan aktiviti utama jika anda berkunjung ke sini. Pastikan anda membawa tuala mandi dan baju persalinan. Kanak-kanak tidak digalakkan mandi ketika air sedang pasang kerana arus deras boleh menarik sehingga ke tengah laut.

Antara pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk mandi di sini

Pengunjung dengan gelagat masing-masing

3) Menunggang kuda (pony)

Bagi anda yang teringin naik kuda, di sini juga ada beberapa pemilik kuda yang menyewakan kuda mereka untuk pengunjung. Jangan risau, anda akan ditemani ketika menunggang kuda. Lagipun, kuda ni yang jenis kecil (kuda pony).

 

Aktiviti menunggang kuda

Bestnya dapat naik kuda sepanjang pesisir pantai kan

 

4. Berkelah (picnic)

Anda boleh bawa family anda ke sini dan berkelah bersama-sama mereka. Belum terdapat perkhidmatan menyewa tikar getah atau “picnic mat” di sini jadi anda boleh bawa sendiri dari rumah.

 

Best ni dapat picnic di sini, boleh buat BBQ juga

Suasana di Pantai Sabandar Tuaran

Mau ambil gambar kenangan banyak-banyak pun boleh

 5) Pre-wedding photoshoot / gambar family / graduation

Pelbagai “shoot” yang menarik boleh diambil di sini. Anda mahu ambil gambar pre-wedding? Family picture? Graduation Day? Semua pun boleh tau.

Bakal Bride-to-Be yang mengambil gambar pre-wedding di Pantai Sabandar Tuaran

Photoshoot yang cantik berlatar belakang kan laut dan pantai

6) Meluncur air (water surfing)

Penggemar sukan luncur air boleh meluncur air (water surfing) di sini. Tetapi, anda kena bawa papan luncur air (water surf board) anda sendiri.

 

Water surfing sebelum air pasang

Kepuasan yang tidak terhingga jika dapat “surf” di sini

 

Selain itu, tandas awam dan bilik mandi juga disediakan buat para pengunjung. Pondok rehat dan tempat bersantai pun ada.

Bilik mandi dan tandas yang selesa

Kedudukan kerusi santai yang cukup romantik

Kedudukan kerusi menghadap keindahan laut

Salah satu pondok untuk bersantai di sini

Kalau sudah penat berjalan di pesisir pantai boleh duduk di sini

Kawasan rehat dan santai

Gerai makanan halal bagi pengunjung menghilangkan lapar dahaga

Kawasan gerai dan tempat meletak kereta

Pengunjung – pengunjung Pantai Sabandar Tuaran

Terdapat juga padang bola berdekatan pantai

 

Jadi apa tunggu lagi??? Jom ke Pantai Sabandar Tuaran.