@ Sabahan Dot My, Artikel & Info Sabahan, Uncategorized

Asal Usul Tarian Igal-Igal

igal-igal

Tarian igal-igal adalah tarian tradisional suku kaum Bajau P​antai Timur, yang ​diambil daripada perkataan inggeris ‘eagle’ yang bermaksud helang. Oleh kerana itu gerak tari igal-igal seperti gerakan seekor helang. Menurut seorang penduduk tempatan, Sanungan Bulungan, 80 tarian igal-igal ini ada kaitannya dengan kisah seorang gadis cantik bernama Arung Salamiah yang berhadapan masalah cinta penuh dramatik dengan pemuda sekampung bernama Tanjung Kalang.
Mengulas lanjut, Arung Salamiah dipinang oleh Datu Atik, yang terkenal sebagai seorang yang zalim dan mempunyai ramai isteri, kerana tertarik melihatnya melakukan persembahan. “Keluarga Salamiah terpaksa menerima pinangan tersebut kerana menghormati keluarga ternama itu dan demi menjaga maruahnya, Salamiah melarikan diri ke sebuah gua dan dikatakan ghaib ketika bersembunyi. “Tetapi ​se​hingga kini ada yang mengatakan melihat kelibat Salamiah di gua tersebut sedang mengintai seolah-olah menanti kekasihnya yang telah pun dibunuh oleh pengikut-pengikut ​Datu Atik tadi,” jelasnya ketika ditemui di Dataran Regatta Lepa.
Bagi memperkenalkan semula lagenda sejarah cinta klasik pasangan kekasih tersebut, Pertandingan Ratu Lepa dan Anugerah Arung Salamiah pasti diadakan serentak dengan Sambutan Regatta Lepa yang disambut pada April saban tahun.
Menurut Sarungan, peserta yang menerima anugerah Arung Salamiah perlulah dapat mencontohi keperibadian wanita lagenda tersebut yang bukan sahaja cantik dan pandai menari, tetapi juga bijak. “Mereka mesti mempunyai semua kombinasi ciri-ciri Salamiah agar dapat menjadi contoh kepada para gadis keturunan Bajau untuk sentiasa menjaga maruah dan keperibadian yang tinggi sebagai seorang wanita,”​katanya.
Selain itu, K​aum Bajau merupakan kaum yang sangat unik kerana mempunyai firasat yang kuat seperti boleh merasai angin melalui deria bau dan mengetahui arah angin. Igal juga sama kerana ia bersifat semula jadi, tanpa berlatih pun kaum Bajau akan tetap pandai menari kerana mengigal adalah melalui hati. Seharusnya, generasi muda kini menanam semangat cinta akan warisan budaya dan tidak berasa malu untuk mengangkat martabat budaya bangsa sendiri agar tidak ditelan zaman.
kredit gambar @AZMAN JUMAT

Previous ArticleNext Article
Im Sabahan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend