Artikel & Info Sabahan

KENAPA NAMANYA BELURAN

beluran

Daerah Beluran, dahulunya lebih dikenali sebagai Daerah Labuk-Sugut dan telah wujud sejak awal Pentadbiran British North Borneo Charterd Company, ia merupakan antara Daerah yang terawal di Negeri Sabah.
Nama Beluran diambil sempena nama bukit yang menjadi “Land Mark” pekan ini, iaitu dalam bahasa Dusun Labuk, Sungai dan Tidong disebut “BULUDAN”. “Buludan” atau “buudan” bermaksud bukit. Nama tersebut digunakan oleh setiap etnik yang tinggal disitu. Bagi suku kaum Tidung Sambel “buud” atau “bulud” bagi Tidung Bangaweng bermaksud bukit, manakala “buudan” atau “buludan” bermaksud merujuk tempat yang berbukit iaitu tempat kedudukan balai polis sekarang ini.

Beluran
Ibu pejabat polis daerah Beluran

Pertukaran nama terjadi akibat daripada salah sebutan dan ejaan dalam surat menyurat oleh warga Inggeris yang tidak fasih menyebut perkataan dalam bahasa tempatan menyebabkan BULUDAN bertukar kepada BELURAN dan kekal sehingga kini.
Pejabat Pentadbiran Daerah ini telah ditubuhkan seawal tahun 1916 walaubagaimanapun semua rekod dan data berkenaan telah musnah akibat perang dunia ke dua, dan rekod Pegawai Daerah beberapa tahun juga musnah. Menurut sumber daripada orang lama, Encik B.S Willie telah dilantik sebagai Pegawai Daerah Beluran pada tahun 1945. KLAGAN merupakan Pusat Pentadbiran Daerah Labuk Sugut yang pertama, tetapi kerana kawasan tersebut seringkali dilanda banjir, Pemerintah British telah memindahkan pusat pentadbiran tersebut ke kaki bukit Beluran.
Jumlah penduduk terdiri daripada kaum bumiputera yang terdiri daripada Suku Kaum Kadazan Dusun, Sungai, Tidong, Bajau, Suluk, Rungus, Brunei, Dumpas dan Cina dengan pekerjaan utama, pekebun kecil (Kelapa Sawit), nelayan, peniaga kecil, pekerja ladang dan kakitangan kerajaan dan swasta. Hasil utama Daerah ialah kelapa sawit dan sumber laut.

Previous ArticleNext Article
Im Sabahan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend