Artikel & Info Sabahan

101 Cerita MAMUT Lombong Tinggalan Berharga

Mamut

Lombong Tembaga Mamut menyimpan 101 cerita disebalik pembukaannya. Tapi tetap ramai generasi kini yang tidak tau kisah disebalik pembukaan lombong Mamut ni. Dulu-dulu Sabah pernah menjadi antara pengeluar tembaga (kumprum) utama dunia. Time tu, siapa yang ndak kanal nama lombong Mamut atau lebih kena kenal sebagai ‘Mamut Copper mine’ (MCM). Pendek cerita pembukaan lombong ni memang banyak membawa perubahan besar terdapat masyarakat khususnya pembangunan ekonomi. Tetapi kesan yang buruk yang dibawa oleh lombong ni pun tetap ndak boleh kita sangkal.

Mamut
Sebelum Penerokaan

Dengan menggunakan dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam-logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut, Bambangan dan Lohan.
Dalam pertandingan sengit beberapa negara untuk mendapat tawaran permit penerokaan, Jepun Union yang diwakili oleh OMRD (Ohio Mining Rights Decision) telah berjaya menang tender tersebut dan diberi permit untuk penerokaan ke atas sekitar Mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral-mineral yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD.
Pada masa penerokaan itu, sedalam 15,620 m telah digali dan didapati rizab bijih mineral hampir 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembaga. Yang lain cuma bijih-bijih perak dan emas.
Dijadikan cerita, perlombongan tanah Mamut oleh OMRD bermula pada tahun 1970. Dan selepas 5 tahun beroperasi, pada November 1975, penghantaran kali pertama bijih tembaga telah diangkut ke jeti Usukan dan seterusnya di bawa ke Jepun untuk penapisan di negara tersebut.
Mamut
Perlombongan Mamut 1972

 
Mamut
Perlombangan tahun ke 14 1984

MamutTapi, pada akhir tahun 1999 tanah lombong ini terpaksa ditutup sebab berlaku limpahan air bercampur tembaga mengalir ke sawah, sampai ianya merosakkan tanaman dan membunuh haiwan peliharaan sama berhektar-hektar tanah rosak pun rosak. Akibat pencemaran dari lombong ini, ramai petani yang kehilangan kebun dan rumah. Lombong ini akhirnya muflis kerana terpaksa membayar pampasan yang banyak kepada penduduk terlibat.
Mamut
 
Kajian terhadap kepekatan logam berat di dalam Sungai Mamut, Ranau Sabah yang dijalankan pada bulan Februari 2007 menunjukkan walaupun Lombong Tembaga Mamut telah berhenti beroperasi sejak tabun 1999, kepekatan logam berat masih tinggi di dalam Sungai Mamut, Ranau Sabah. (Kalau maw lagi detail pi kamurang rujuk > Yahya Jelimin, (2007) Kajian logam berat di dalam air Sungai Mamut, Ranau. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
 
 
Sebenarnya, salah satu perkara yang menjadi kebimbangan penduduk sehingga kini ialah melimpahnya air berasid daripada lombong itu ke sungai-sungai sekitar. Sekarang pun belum ada tindakan daripada mana-mana pihak walaupun telah membangkitkan isu ini kepada parlimen. Pun begitu, sekarang ni lombong ini telah menjadi  danau buatan yang menarik untuk dikunjungi (ni pendapat penulis semata-mata. Jadi, tanya mereka yang pakar kalau kamu maw pi sana).
Mamut
 
Sumber
Sabah Sarawak Union – United Kingdom (SSU-UK)
Universiti Malaysia Sabah Institutional Repository
SabahUp2Date.blogspot.com
 
 
 

Previous ArticleNext Article
Anak jati Sabah berasal dari Kudat, Sabah yang mula berjinak lebih 11 tahun dalam pemasaran internet sejak tahun 2008 lagi bermula dari penulisan blog .Seorang yang berpengalaman dan berkemahiran dalam pelbagai bidang termasuk fotografi, videografi, membina laman web, rekabentuk grafik, penyelenggaraan komputer, rangkaian internet , sistem linux termasuk server dan banyak lagi. Founder Khaiz Group. Seorang Ambivert. Peminat setia dragon ball.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend